Pt. 16

367 39 20
                                    

Renjun terus pergi ke hospital setelah diberitahu oleh Kun yang Jungwoo telah bersalin dan melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 4kg pada pukul 2 petang.

"Eomma, Jungwoo mana? Renjun nak melawat dia" Dia menghampiri Manda yang duduk di luar bilik.

"Dia sekarang kritikal, doktor cakap kena bersedia takut apa-apa akan terjadi pada dia" Balas Manda lalu sandarkan kepala pada dinding kerana terlalu pening.

"Baby pula macam mana? Sekarang dia kat mana?" Renjun mengoyangkan tangannya berkali-kali dan Manda mengatakan di bilik bayi.

Renjun terus pergi bilik bayi dan menghampiri Lucas yang sedang dukung anak buah mereka yang baru lepas minum susu formula.

"Lucas, ini anak Jungwoo kan?" Matanya mula berkaca-kaca dan Lucas hanya mengganguk perlahan lalu berikan kepadanya untuk dukung pula.

"Doktor cakap dah boleh tengok Jungwoo tapi kena pakai baju khas dan bersihkan tangan dulu. Kami tak berani tengok keadaan dia sekarang, kalau Renjun nak pergi. Pergi jelah" Lucas duduk dan pejam mata sekejap.

"Beratnya dia ni, lagi berat dari budak lain. Dah bagi nama belum untuk dia ni?" Renjun mendodoikan dia untuk tidur semula dan pandang Lucas yang duduk di kerusi.

"Belum lagi, kami tunggu Jungwoo sedar dulu sebab mana tahu dia ada nama yang dia nak. Kalau dia takde, barulah kami yang namakan dia nanti" Balas Lucas dan buka ingstagram kerana bosan.

"Renjun nak melawat Jungwoo. Jaga dan tolong tenggokkan anak saudara kita baik-baik, kalau berlaku sesuatu nanti kat dia. Siaplah Injun belasah Lucas!"

Renjun beri semula kepada Lucas dan berlari pergi ke bilik yang menempatkan Jungwoo.

Renjun melangkah masuk bilik setelah dapat keizinan dan pakai pakaian khas untuk elakkan terjangkit sesuatu dari pesakit.

"Jungwoo, eonnie datang melawat ni. Awak mesti suka kalau eonnie datang ni" Renjun duduk di kerusi yang disediakan dan usap kepalanya.

Dia menggerakkan jari-jemari bila mendengar suara Renjun di telinganya.

"Anak Jungwoo comel tau, dia lelaki dan terima kasih sebab tak bencikan dia" Cecair jernih keluar dari mata Renjun tanpa dia sedari dan genggam tangan adiknya yang cuba untuk membuka mata.

Jungwoo membuka mata dengan berlahan dan mengerdipkan mata kerana kepala berdenyut-denyut kemudian pandang kakaknya yang telah tersenyum lebar kerana gembira.

"Eonnie.. " Dia cuba bercakap disebalik topeng oksigen yang dipakai.

"Ya, eonnie datang ni" Renjun bangun dan tekan butang kecemasan untuk panggil doktor.
"Sakit.. " Jungwoo menunjukkan perut dan bahagian bawah yang telah dijahit kemudian Renjun senyum kerana faham.

"Eonnie pun pernah rasa macam tu juga. Takpe, tak lama pun rasa sakit tu" Renjun mencium dahinya supaya tidak takut dan doktor berserta dengan pembantunya masuk untuk periksa keadaan Jungwoo.

Doktor letakkan stelekop di dadanya untuk dengar bunyi degupan jantung dan suluh matanya. Selepas itu lakukan pemeriksaan lain pula.

Jururawat menanggalkan wayar yang berselirat di badannya dan juga bantuan oksigen kerana Jungwoo telah boleh bernafas dengan sendiri.

"Ini satu keajaiban, dia telah stabil dalam masa yang singkat. Kami akan pindahkan dia ke wad lain dan boleh keluar hospital dalam berapa hari nanti" Ujar salah satu jururawat kepada Renjun dan usung katil Jungwoo menuju bilik baru.

Renjun hanya mengganguk faham dan turut serta usung katilnya. Bila telah sampai, mereka naikkan penghadang besi takut Jungwoo tidur ganas dan tergolek ke bawah.

Mereka tukar IV bag yang baru dan tambah bantal dan keselesaan Jungwoo semasa baring.

Setelah semuanya selesai, mereka keluar dan tinggal Renjun dan Jungwoo berdua dalam bilik.

"Aegi uwu mana?" Jungwoo menarik lengan baju Renjun dan kuatkan diri untuk bangun kerana tidak mahu asyik berbaring.

"Sekejap eonnie pergi ambil dia. Lucas ada tengokkan dia dari semalam" Renjun mengecup dahinya dan keluar untuk pergi ke bilik bayi.

"Lucas, Jungwoo dah sedar dan telah dipindahkan ke wad biasa tapi jangan masuk dulu sebab Renjun nak ajar dia something sikit" Renjun keluar dari bilik bayi setelah ambil bayi lelaki tu.

Lucas dengan malas hanya mengganguk dan ikut Renjun pergi ke bilik Jungwoo tapi dia duduk di luar dulu kerana telah dilarang masuk kedalam.

Manda dan Sooman balik ke rumah sekejap untuk bersihkan diri dan berehat sekejap sebelum akan datang hospital semula.

"Ini dia anak Jungwoo" Renjun membuka pintu dan menghampiri katilnya sebelum letakkan bayi itu di badan Jungwoo.

"Anak Jungwoo, eonnie tengok ni!  Uwu dah ada anak" Jungwoo mengalirkan air mata dan cium anaknya berkali-kali.

Renjun juga mengalirkan airmata sekali melihat scenario anak dan ibu didepannya.

"Sayang anak eomma" Jungwoo senyum dan dukung dengan berhati-hati kerana takut badannya yang masih lagi lembut.

"Jungwoo pandai tak susukan anak? Eonnie nak ajar ni sebab susu ibu penting untuk perkembangan anak kita" Soal Renjun dan Jungwoo hanya menggeleng dengan laju.

Renjun ketawa melihat muka adiknya dan dia ajar mengikut langkah yang pernah dipelajari sebelum ni.

Walaupun agak susah sedikit kerana Jungwoo agak takut dan dia banyak yang tidak tahu.

Berapa minit kemudian, Jaehyun datang bersama Mara dan Saera sambil membawa buah-buahan sebagai buah tangan dan bertanya khabar.

"Jungwoo, oppa nak dukung anak Jungwoo boleh tak? Sekejap je nanti oppa dengan eonnie pulangkan" Jaehyun memujuk dan dia menggeleng serta berikan pandangan tajam.

"Bagilah oppa dengan eonnie main dengan dia sekejap. Nanti mereka pulangkan balik lah" Saera juga terpaksa pujuk dan Jungwoo tetap dengan keputusannya.

"Tak boleh! Ini anak Jungwoo nanti Jaehyun oppa culik dia" Dia memberikan pandangan tajam kepada semua orang.

"Sekejap je, nanti kami bagi balik" Mara merayu dan barulah Jungwoo bagi walaupun teragak-agak.

"Comelnya dia, semoga saya cepat-cepat mengandung juga" Mara bermain dengan pipi tembam dan Jaehyun pula dengan rambut nipisnya.

"Hiks hiks, Junghae! Jaehyun oppa nak ambil Junghae dari uwu!"  Jungwoo akhirnya menangis kerana terlampau takut anaknya akan diambil orang.

"Dah, diaorang dah pulangkan Junghae, jangan menangis-nangis" Saera tepuk badannya dan Jungwoo senyum kegirangan kerana Junghae telah berada dipangkuannya.

Jaehyun dan Mara menggaru kepala melihat Jungwoo terlebih lindungi anaknya sampaikan ahli keluarga pun dia marah.

Saera dan Renjun hanya ketawa melihat Jungwoo mengendong Junghae dan tidak mahu serahkan kepada orang lain walaupun seminit pun.

Hatta bila pergi untuk pemeriksaan di bilik lain sekejap pun, Jungwoo akan asyik minta balik walaupun baru sampai.

-TBC

SEMOGA JAEHYUN DAN MARA DIKURNIAKAN ZURIAT DAN BERHARAP TIDAK BERLAKU SEBARANG PERKARA BURUK.








[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now