Pt. 27

306 38 24
                                    

"Ya ampun semangatnya anak kau ni! Nama dia apa?" Namjoo angkat badannya dan letakkan di atas peha.

"Nama penuh dia Lee Junghae, mungkin nama dia tak terlalu sedap tapi bagi aku dah bagus" Jungwoo senyum dan berikan botol susu kepada Namjoo kerana Junghae telah tunjuk tanda dia lapar lagi.

"Sedaplah nama dia tu, jangan lah fikir bukan-bukan" Namjoo menggeleng kepala mendengar katanya.

"Dulu nenek kepada ayah dia pernah culik dia dan panggil sebagai Hanlin. Doktor sahkan dia dah meninggal sebab sesak nafas tapi tak lama kemudian dia menangis dengan kuat" Jungwoo menundukkan kepala dan lap airmata yang keluar.

Namjoo letakkan Junghae di bawah semula dan segera peluk Jungwoo sambil usap belakang badannya.

"Be strong, aku tahu yang kau kuat sampai diuji macam ni" Namjoo gosok belakang badan Jungwoo supaya bertenang.

"Takde apa-apa lah,benda dah lepas pun sekarang dia membesar dengan sihat. Macam mana dengan kau kat sekolah?" Jungwoo mengesat sisa airmata yang keluar dan tersenyum semula.

"Serius memang bosan gila selepas kau berhenti. Kau takde rancang nak masuk balik ke selepas habis pantang? " Namjoo menyelak rambut ke belakang kerana tutup mata.

"Aku memang dah tak masuk situ dah. Budak-budak sekolah semua mengata aku ni jahat sebab ada anak luar nikah. Diorang taktahu yang aku kena culik sampai sebulan sebab keluarga aku tak mahu kecohkan tapi aku tak tahu macam mana diorang boleh dapat tahu aku mengandung tu"

Jungwoo ambil anaknya dan tepuk dengan perlahan kerana dia terganggu dengan perbualan mereka.

"Eh, macam mana diorang boleh tahu? Bukan guru kelas dengan aku je yang tahu? " Namjoo terkejut menggaru kepala mendengar kata-katanya.

"Aku taknak buruk sangka tapi aku rasa cikgu yang bocorkan lah. Aku tahu sebab abang aku cerita masa dia pergi beli barang makanan.
Ada budak pakai baju sekolah kita asyik membawang lepas tu sebut nama penuh aku." Jungwoo geram bila teringat yang abang-abang dia cerita.

"Biasalah orang asyik nak jatuhkan hukum. Kalau tak keberatan, aku nak tengok buku kehamilan kau boleh tak? Aku teringin nak tengok gambar ultrabunyi Junghae masa dalam perut kau dulu"

Namjoo menggangkat kening kiri dan Jungwoo tunjuk di rak depan mereka menggunakan kaki kanan.

"Aku letakkan kat situ sebab malas nak bawa masuk bilik. Setiap kali pergi checkup terus sambar kat rak ni.
Aku banyak kali cuba gugurkan kandungan ni tanpa minta tolong klinik tapi mak ayah aku tak bagi dan sekarang aku dah sayang sangat kat dia"

Jungwoo melihat jam atas dinding dan merungut kerana jururawat yang sepatutnya datang ke rumah belum sampai lagi.

Namjoo bangun dan duduk semula selepas mengambil buku. Dia buka dengan perlahan-lahan dan teruja melihat gambar Junghae semasa usia beberapa minggu.

"Aduh, dia hisap jari dalam perut kau lah" Namjoo tunjukkan gambar imbas 3D yang jauh lebih mahal dari ultrabunyi kerana boleh nampak muka bayi sedangkan ultrabunyi hanya nampak semuanya hitam putih.

"Itu lah, daddy dengan eomma pun terkejut masa doktor scan perut aku tu. Kemudian dia diam tau dalam perut, sehari sebelum aku bersalin baru dia tendang kali pertama" Jungwoo ambil buku itu dan tunjukkan setiap beberapa minggu dia kena datang klinik atau hospital.

"Comel dowh walaupun masa tu dia belum besar lagi." Namjoo tengok halaman seterusnya dan lihat satu gambar ultrabunyi kelihatan ada satu biji kacang kecil.

"Itu scan pertama aku, masa aku dapat larikan diri tu. Aku balik rumah dan tahu-tahu dah ada kat hospital, Renjun eonnie cakap aku mengandung tapi aku tak percaya, doktor bagi gambar ni lah dekat aku sebagai bukti" Jungwoo mengusap gambar itu dan pandang anaknya yang telah tidur kerana mengantuk tunggu jururawat.

"Tok toktok --Puan Jungwoo ada di rumah tak? Saya jururawat yang ditugaskan datang sini"

Bunyi itu dari luar dan Namjoo bangun untuk membuka pintu. Jungwoo agak takut sebab dia tak tahu macam mana pemeriksaan Junghae akan berjalan kerana dia baru menjadi ibu.

"Maafkan saya Puan Jungwoo sebab datang lambat hari ni. Puan ingat saya lagi tak? Saya Mina" Dia menunduk banyak kali dan letakkan payung di tempat khas.

"Awak yang jadi penjaga kat bilik bayi tu kan? Awak dah kena tukar shift ke?" Jungwoo duduk semula dan tengok Mina keluarkan peralatan dari beg.

"Sekarang saya dah tukar dekat bahagian lain. Bilik bayi dah diperketatkan keselamatan dan sekurang-kurangnya mesti ada 3 jururawat sekarang " Mina keluarkan penimbang mudah alih dan ambil kain lampin untuk timbang berat terkini Junghae.

"Saya nak kena bukakan baju dia atau biarkan je?" Jungwoo ambil anaknya dan berikan kepada Mina.

"Kita mesti bogelkan dan kena buka lampin dia sekali" Mina membuka bajunya satu persatu dan Namjoo perhatikan saja kerana berminat.

Mina letakkan dia diatas kain yang letak dihamparkan dan ikat pada cangkuk(?) penimbang lalu mula menimbang.

"Uwek uwek! " Junghae bergerak-gerak dan kencing walaupun baru diletakkan.

"Aigoo ya anak eomma kencing" Jungwoo segera ambil tisu basah dan lap kencingnya yang terkena badan.

Mina melihat berat tadi dan terkejut beruk kemudian dia tunjukkan kepada Namjoo serta Jungwoo.

"Dah naik 5KG! Puan beri dia susu apa sampai berat dia menaik mendadak cenggini" Mina ambil buku dan catat rekod.

Jungwoo menggeleng kepala kerana dia hanya berikan susu badan dan kadang-kadang susu formula saja.

Mina sambung buat kerja dan mencatat dalam buku khas. Selepas semuanya selesai, dia minta diri untuk balik.

Jungwoo pakaikan baju Junghae semula dan ngempeng (susukan) sedangkan dia dah minum terlalu banyak susu.

"Kenapa dia panggil kau Puan? Kau bukannya kahwin pun, Cik lebih molek dan afdal dekat aku" Namjoo menggaru kepala yang gatal dengan kelemumur.

"Aku kan dah ada anak, mestilah panggil Puan. " Balas Jungwoo lagi.

Namjoo keluarkan satu bungkusan kecil yang telah disorokkan dalam beg tangan.

"Apaan ini? Kado ultah ya? " Jungwoo letakkan anaknya dan ambil dari tangan Namjoo.

"Aku cuma mampu bagi ni je sebagai hadiah sempena kelahiran anak kau" Namjoo suruh buka dengan cepat dan Jungwoo hanya turuti.

"Wah baju pink! Takpe weh, aku boleh terima" Jungwoo ketawa-ketawa melihat baju itu.

"Aku ingat anak kau perempuan, tu yang beli semua berkaitan merah jambu tu juga" Namjoo menunduk kerana rasa malu tapi Jungwoo belek-belek baju tu dan terima dengan senang hati.

"Takkan pakaikan baju pink anak aku boleh buat dia jadi pondan. Come on lah, buang pemikiran kolot tu" Jungwoo menggeleng dan lipat semula masukkan dalam kotak seperti mula-mula dibuka tadi.

Namjoo bangun dan peluk Jungwoo untuk kali terakhir kerana dia perlu bergegas ke suatu tempat.

-TBC

SORRY SEBAB DAH TAKDE LAWAK DEKAT CERITA NI. AKU CUBA PERAH IDEA TAPI TAK BOLEH KELUAR

Part Junghae terkencing tu berdasarkan cerita sebenar adik aku masa baru keluar hospital HAHAHAHA!

Sekarang dah 9tahun dah budak gemuk sekarang ranting tu XD XD



[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now