Pt. 30

323 40 28
                                    

Mereka semua pulang selepas penat kerja seharian di pejabat.
Jaehyun bawa kereta pertama, Taeyong kedua, Taeil pula kereta ketiga dan gantikan Sooman sebagai pemandu ketika mereka datang tadi.

Johnny termenung tentang kejadian di tempat kerja dan tidak berkelip mata langsung dari tadi.

"Kenapa tu bro? Termenung macam ikan dari tadi" Yuta yang duduk di tengah menyiku tangannya. Johnny terus sedar dan betulkan duduk.

"Takde apa-apa lah, aku cuma teringat anak bini kat rumah je" Johnny berdehem dan buat tiada apa-apa yang berlaku.

"Kau mesti teringat Bettyna (betina) tu dari tadi. Perempuan apa macam tu cuba rosakkan perkahwinan kau" Taeil pandang dari cermin dan menggeleng bila teringat.

"Itu lah, pandai pula kau teka apa benda dalam otak aku. Ye lah, masa aku belum kahwin dulu takde pula orang nak. Dah ada dua anak ni muncul pula penyibuk dalam hidup" Johnny ke depan dan bercakap sambil gerakkan tangan.

"Daddy tak tahu lah apa nak jadi dengan orang tu. Tapi daddy harap kamu semua tak ada isteri lebih dari satu, hargai lah mereka yang dah berkorban untuk kamu semua"

Sooman memberi nasihat walaupun dia berkahwin empat kali, dia berkahwin bukan untuk suka-suka. Dia berkahwin dengan janda, orang tidak berkemampuan. Dan banyak lagi.

Semua isteri dia bukan berasal dari keluarga senang atau pun berpangkat tinggi dalam masyarakat.

Taeil, Yuta dan Johnny menggangguk faham dengan kata-kata ayah mereka.

Mereka semua telah sampai rumah ketika senja dan terus buka pintu kereta kerana tidak sabar mahu peluk kesayangan masing-masing.

Saera dan Minyoo berdiri didepan pintu menunggu kepulangan suami mereka.

Semua menantu sedang menyiap makan malam di dapur dan buat bising supaya nampak meriah.

Dohee, Doyeon dan Younghee bermain anak patung di ruang tamu manakala yang lelaki pula main robot dan berkongsi.

"Kami dah balik! " Sooman membuka pintu dan semua kanak-kanak pergi mendapatkan ayah masing-masing.

"Appa dah balik! " Juno berlari dengan laju dan peluk kaki ayahnya. Jeno senyum dan letakkan dia diatas leher.

"Budak gemuk, jaga eomma tak hari ni?" Jeno pegang dia dengan berhati-hati dan masuk kedalam dapur.

"Mestilah Juno jaga eomma, JUNO TAK GEMUK! " Dia protes dan mendengus geram kerana Jeno panggil dia gemuk. Tapi, memang betul pun sebab dia kuat makan.

Haechan cuba sedaya-upaya berjalan sebab Gyeom tarik kaki dia dan permintaan mahu makan aiskrim tak dilayan oleh ayahnya.

"Appa tak boleh belikan aiskrim, cikgu hari tu dah bising sebab gemuk sangat. Nak kena rotan ke? " Haechan menggeleng dan Gyeom merayu walaupun dah terseret dari jauh.

"Appa cakap tak boleh, memang tak boleh" Haechan berhenti dan dukungnya walaupun berat.

Gyeom pukul dadanya dan Haechan langsung tak rasa sakit sebab dia pukul terlalu perlahan.
Mara basuh tangan selepas selesai memasak dan bukakan tali leher suaminya, Jaehyun letakkan beg kerja di bawah dan pegang muka isterinya.

"Awak, nanti lepas kita selesai makan. Saya nak bagitahu sesuatu dekat awak" Mara alihkan tali di lehernya dan Jaehyun mengerutkan dahi kerana pelik.

"Apa dia yang penting sangat tu sampai tak boleh beritahu dekat sini sekarang? " Jaehyun mencubit pipinya dan duduk di meja kerana akan makan malam.
Mara duduk disebelah dan tarik tangan Jaehyun lalu diletakkan di perutnya yang masih kempis.

"Awak akan jadi ayah" Mara senyum melihat muka Jaehyun teramat terkejut dan gerakkan tangan Jaehyun di perut dia.

"Tahniah Mara dan Jaehyun! " Sooman angkat cawan dan mereka juga pegang cawan sebagai tanda tahniah kerana ahli keluarga mereka akan bertambah lagi.

Mark hanya menggeleng kepala kerana cemburu. Dia minum dan tidak angkat cawan seperti yang lain.

"Mari kita semua makan. Mara, makan banyak-banyak untuk bayi dalam perut kamu" Saera potong ayam panggang dan beri paha untuk menantunya.

Mara dan Jaehyun makan dengan malu. Minyoo tambah nasi lagi untuk semua orang.

"Mommy, tambah nasi lagi untuk Haechan! " Haechan berikan pinggan yang letak kosong dan Minyoo berikan nasi dengan banyak.

"Ini dah tiga pinggan kau makan, bela saka ke? " Tanya Taeyong tanpa rasa bersalah.

"Biar lah dia nak makan banyak mana pun. Awak tu yang makan sikit sangat" Yesung menggeleng dan paksa suaminya makan lagi walaupun perut Taeyong dah buncit.

"Appa dah gemuk macam Gyeom HAHAHA!" Gyeom yang berisi yang duduk diatas pangkuan Hyejin hanya ketawa tanpa henti kerana ayahnya dibahan teruk-teruk.

Haechan menolak pinggan yang masih lagi ada nasi belum habis dan bancuh tangan di singki. Kemudian duduk semula untuk jaga Gyeom sementara Hyejin belum selesai makan.

"Hei Hyuck, kamu belum habiskan. Menangis nasi tu sebab kamu tak makan dia sampai licin" Saera menyinsingkan lengan baju dan suap tapi Haechan menggeleng.

"Makan lah, biasalah adik-beradik buat lawak" Minyoo memujuk dan baru lah Haechan buka mulut untuk disuap.

"Dah ada anak satu pun masih tak matang ke? " Soal Winwin dan semuanya pandang kearahnya.

"Dia terasa hati tu, janganlah buat Haechan sedih lagi" Sooman suruh Saera sambung suap sampai habis.

Selepas mereka semua habis makan, mereka masuk bilik dan mandi kerana badan rasa melekit.

Johnny keluar dari bilik air dan duduk diatas katil sambil mengeringkan rambut dengan tuala yang dipakai tadi.

Johnny pakai baju lengan pendek berwarna kelabu dan seluar pendek hitam paras lutut.

"Awak, saya rasa nak ambil anak angkat lagi lah" Haera menyikat rambut didepan meja mekap.

"Saya tak kisah pun, tapi awak dah tanya dengan anak kita pasal ni? " Johnny sangkut tuala dan baring kemudian bermain dengan Youngbin yang baru lepas minum susu.

"Dia lah yang minta saya carikan, dia kata tak kisah perempuan atau lelaki" Haera duduk di katil dan pandang suaminya yang telah tidur semasa main dengan Youngbin.

"Tidur pula laki aku ni, cakap dengan angin tadi rupanya" Haera selimutkan badannya dan baring sambil menatap Johnny yang tidur sambil berdengkur.

-TBC





[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now