Pt. 33

314 72 28
                                    

Jungwoo telah lama keluar hospital sejak 3 minggu lepas dan nasib baik luka tikaman itu dijaga dengan baik dan tidak bernanah atau dijangkiti kuman.

Tapi apa yang membuat dia serabut adalah, dia mengandung lagi disebabkan perbuatan BI pada hari itu.

Jungwoo masih lagi muda tapi anaknya hampir masuk dua. Sudahlah tidak kahwin, budak sekolah dia punya membawang lagi teruk dari mana-mana persatuan membawang di dunia termasuklah di Zimbabwe.

"Jungwoo, kamu kena berhenti salahkan diri" Manda masuk bilik dan hentikan Jungwoo dari pukul kepala sendiri.

"Kesian dengan anak, apa pula kata orang bila tengok nama ayah takde dalam pendaftaran dan takde sijil kahwin pula" Jungwoo meringkuk lagi dan Manda peluknya.

"Kami semua ada untuk kamu, jangan teragak-agak untuk luahkan perasan kepada kami semua. Dah berapa hari kamu tak main dengan anak kamu, si Junghae tu asyik menangis walaupun pakcik dia dah buatkan susu paling sedap didunia" Manda menepuk badannya dan mengecup berkali-kali.

"Mana dia? Biar Jungwoo beri susu badan dekat dia" Jungwoo mengelap airmata yang keluar dan tersenyum semula.

"Semua yang berlaku mesti ada hikmah, eomma tahu yang eomma tak rasa seperti kamu kena" Manda keluar dan bawa Junghae kepada dia.

Jungwoo menyambut dan mencium pipinya berkali-kali kerana rasa bersalah telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu beberapa hari.

"Eomma, semuanya telah berlalu dan kita kena lalui hari yang akan datang. Jungwoo dah reda dengan apa yang berlaku dan tak salahkan kandungan ni lagi" Jungwoo menyusukan anaknya yang telah berapa hari lapar kerana menolak semua susu.

"Kamu nak makan apa-apa tak? Eomma boleh masakkan untuk kamu" Manda bangun dan tepuk kain untuk hilangkan kotoran halus.

"Takde apa-apa dah, eomma boleh berehat sekarang kat bilik" Jungwoo mendonggakkan kepala dan mengganguk perlahan.

Manda keluar dan berborak dengan Ji Ran tentang pokok hiasan yang mereka baru tengok di kedai berdekatan pasaraya.

Jungwoo kembali memandang anaknya yang telah kenyang.
Dia cium lagi sekali untuk melepaskan rindu yang teramat.

"Junghae, tak lama kamu akan ada adik. Eomma harap kamu tak salahkan eomma"

Dia bangun dan letakkan di atas katil untuk tidurkan anaknya. Semasa sedang menepuk badan Junghae untuk tidur, Jungwoo berfikir bagaimana mahu menyara anak-anaknya nanti.

Dia tidak mahu asyik mengharapkan keluarga saja walaupun keluarga dia teramat mampu tanggung hidup dia.

Hendery masuk dan letakkan bubur ayam di meja untuk makan petang berserta susu hangat khas ibu mengandung.

"Nasib baik kau susukan dia, berat badan dia makin susut. Abang pergi klinik, jururawat bising pula" Hendery duduk di tepi katil dan mengusap rambut anak saudaranya yang telah tidur.

"Oppa tahu tak mana kedai nak ambil perempuan sebagai pekerja sambilan atau sepenuh masa?" Jungwoo bangun dari berbaring dan Hendery menggeleng kerana dia tidak tahu langsung.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal ni? Jungwoo kan muda lagi untuk bekerja, kami boleh sara kamu berdua, termasuk dalam perut tu" Hendery tunjuk perut Jungwoo dan menggeleng kepala tidak setuju.

"Sampai bila adik nak harapkan orang? Adik kena berdikari dan tak mahu susahkan orang lagi" Jungwoo mengikat rambut dengan getah dijumpai di lantai.

"Jungwoo kan mengandung, tak boleh buat kerja berat-berat nanti janin boleh jatuh. Atau adik sengaja nak gugurkan kandungan ni? " Hendery mula syak dan Jungwoo menggeleng kerana apa yang dicakapkan tu adalah tidak benar.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now