Pt. 37

319 39 80
                                    

Hansol dari tadi peluk Chenle dan tidak biarkan abangnya buat kerja dengan senang.

"Hyung handsome lah~" Hansol mengeselkan kepala pada badannya.

Chenle yang sedang menaip dalam telefon hanya biarkan perbuatan adiknya walaupun dalam hati rasa macam nak sepak terajang dari tadi melekat dekat badan seperti ikan bandaraya hinggap di bot pemancing.

"Nak apa Hansolie?" Chenle menggosok rambut adiknya dan sambung bermesej dengan kawan-kawan.

"Nak dukung~" Hansol mengeselkan kepala seperti kucing minta makan dan mencium pipi Chenle.

"Kau tu kan dah besar, dah sekolah tinggi pun macam budak-budak" Chenle mencubit pipinya dan keluar dari bilik.

"Alo hyung! " Hansol ikut dari belakang dan peluk kakinya sehingga seluar Chenle hampir londeh.

"Apa yang bising-bising ni?" Saera menggaru kepala kerana gatal dan Hansol berhenti dari peluk kaki Chenle.

"Dia ni dari tadi minta nak dukung. Buang tabiat agaknya" Chenle menjeling tajam kepada Hansol yang sengaja bulatkan mata supaya nampak comel.

"Biar lah dia nak dukung, Hansol anak bongsu" Saera memujuk Hansol yang berlakon menangis.

"Mama! Dia dah berat macam gajah! " Chenle menghentakkan kaki kerana tidak setuju.

"Takde tapi-tapi, cuma dukung je dia" Saera menggerakkan jari telunjuk dan Chenle mendengus kerana menyampah.

Chenle rendahkan diri dan gendong adiknya. Hansol gembira bukan main bila dapat yang diingini.

"Benda simple pun dia dah gembira sangat, kamu tak sayang adik kamu ke? " Saera membelai wajah mereka berdua. Chenle turunkan Hansol setelah lama dukung di belakang badan.

"Takde, Chenle sayang dengan dia tapi berat dia macam bapa gajah. Bapa gajah pun tak berat macam dia ni" Chenle meregangkan badan dan terhenti apabila mendengar suara orang menjerit dari tingkap bawah.

"NAK KAHWIN!!! "

"wtf" Chenle segera turun dari tangga dan pergi ke arah bunyi yang didengari.

Saera yang tahu apa terjadi hanya menggeleng kepala dan masuk kedalam bilik semula bersama Hansol.

"Kamu ni kenapa meroyan nak kahwin? Hari tu Mark, sekarang kamu pula yang menggatai asam pedas" Sooman cuba untuk lepaskan kaki dari Jisung yang tidak mahu lepas.

"Jisung dah besar lah. Daddy tolong lah pinangkan anak Makcik Jennie dengan Pak Kai tu, nama anak diorang Simon! " Jisung merayu dan Sooman tergaru-garu kepala.

"Apa jadah nama perempuan dibagi Simon? Ingat Simon Says ke apa" Taeil keluar dari bilik dan tarik adiknya dari peluk kaki Sooman.

"Nama penuh dia Riana Simon Kim! " Jisung meronta-ronta minta dilepaskan.

"Chenle pun tak kahwin lagi tahu tak? Yang kamu ni sibuk sangat nak ikut jejak abang kamu sangat kenapa? Tahu hal rumahtangga tak? " Sooman menyoal seperti pendakwah raya dan Jisung mengganguk laju seperti rap Soyeon G-IDLE.

"Jisung dah khatam satu buku tentang hal rumahtangga. Jisung dah tengok video macam mana nak pratice! " Jisung mengelap airmata palsu yang keluar.

"Video apa hah yang kau tengok tu? Bagitahu kami!" Chenle menyinsing lengan baju dan cengkam kolar baju yang dipakai Jisung macam dia tak pernah tengok video 'tu'.

"Macam mana nak pujuk perempuan kalau badmood. Bukan tengok video bukan-bukan! Ingat macam Renjun noona dengan Jeno hyung ke? Siap mengaku tengok pula tu"

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now