Pt. 40

372 41 13
                                    

Jungwoo berjalan-jalan sekitar taman bersama Junghae yang baru pandai jalan. Perutnya besar seperti mengandung 9 walaupun baru 7 bulan.

Mereka pergi taman yang berdekatan sekolah lama Jungwoo dan ramai pelajar yang masih berpakaian uniform melepak di sana kerana telah dibenarkan balik.

Junghae berjalan dengan riang dan ketawa sendiri bila dengar bunyi dari kasut yang dipakaikan oleh Xiaojun.

"Eomma, hiks hiks! " Junghae tersadung batu kecil semasa berlari dan menangis kerana sakit.

Jungwoo dengan perut besarnya terpaksa lari untuk dapatkan Junghae yang jauh dari dia.

"Macam mana Junghae boleh jatuh ni? Beritahu siapa yang buat, biar eomma marah dia!"

Jungwoo menyinsingkan lengan baju dan Junghae dengan tersedu-sedu perlahan-lahan tunjukkan batu kecil sebelah ibunya.

Jungwoo pukul batu tu dengan perlahan dan marah sampai orang pandang sebab ingatkan dia dah gila.

"Biasa buat anak aku menangis! Dah, eomma dah pukul batu tu. Jaga dia sebab buat kesayangan eomma menangis"

Jungwoo bersihkan pasir pada seluarnya dan cium pipinya supaya berhenti menangis.

Dia ambil plaster dalam beg dan letak pada kaki Junghae yang telah lebam disebabkan jatuh tadi.

Namjoo terpandang Jungwoo yang sedang pujuk anaknya dan terus pergi ke sahabatnya.

"Dah lama tak jumpa kau, Junghae dah besar weh! Dulu aku tengok masih lagi kecil kemudian menangis. Perut kau dah besar lah, boleh pegang tak?" Namjoo lepaskan pelukan dan pandang perutnya kerana tidak percaya.

"Boleh je, anak aku tengah tendang ni. Mungkin gembira dengan kedatangan kau" Jungwoo ambil tangan Namjoo kemudian letakkan di perutnya.

"Dia tak tendang lah, kenapa eh?" Namjoo mengalihkan tangan kerana tidak rasa apa-apa gerakkan.

"Sayang, Makcik Namjoo nak rasa kamu tendang tu. Tendanglah perut eomma lagi" Jungwoo mengusap perutnya dan rasa tendangan lagi.

"Weh, dia tendang lagi! Kuat betul, berkali-kali pula tu" Namjoo usap perut Jungwoo dan duduk di kerusi yang disediakan.
"Aku masuk 7 bulan weh tapi macam tengah tunggu hari je. Aku rasa adik Junghae ni lagi besar dari abang dia" Jungwoo tarik tangan anaknya dan suruh duduk disebelah.

"Aku rasa kau boleh bersalin normal lagi, dulu Junghae besar gedabak sampai dia lah bayi paling popular dekat hospital masa tu" Namjoo ambil Junghae dan dudukkan dia dekat peha.

"Huh? " Junghae pandang Namjoo dengan pelik kerana dia tak kenal siapa yang sedang dukung dia sekarang.

"Ini Makcik Namjoo, kawan sekolah eomma. Dia pernah jumpa masa eomma berpantang dulu"

Setelah Jungwoo jelaskan kepada dia, baru lah Junghae tak buat muka pelik lagi dan biarkan Namjoo peluk badan gemuknya.

"Kau dengan dia je ke kat taman ni? " Namjoo mencubit pipi pau Junghae. Jungwoo cepat-cepat menggeleng kepala.

"Aku datang dengan Xiaojun oppa, dia tengah beli air tapi lama pula dia pergi dari tadi. Aku syak dia ambil ais dari kutub utara"

Jungwoo buka selipar dan buang pasir halus yang terperangkap dalam.

Xiaojun datang tak lama kemudian dengan bawa makanan ringan dan minuman soda dari kedai yang agak jauh dari taman.

"Balik pun, ingat nak kena hantar location dekat telefon tadi. " Jungwoo ambil air soya dan minum tanpa pandang muka abangnya. Xiaojun sengih seperti kerang busuk dan ambil Junghae yang duduk diatas Namjoo.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now