Pt. 43

379 42 60
                                    

Jungwoo menjenguk luar pintu sekejap dan bila telah pastikan tiada orang di luar. Baru dia keluar wad dan berjalan perlahan mahu pergi ke taman dalam hospital.

"Perfect!" Jungwoo bercakap dengan perlahan dan pegang perutnya yang telah masuk 8 bulan.

"ADIK NAK PERGI MANA?!"

"Mampus!" Jungwoo berhentikan langkah dan menoleh kearah suara tadi.

"Lucas oppa, adik nak pergi jalan-jalan kejap je" Jungwoo pandang abangnya yang lengkap berpakaian doktor, pakai sut putih dan letak stelekop di leher.

"Kan dah sarat tu, tak payah lah paksa diri. Memang lah bagus untuk senang beranak tapi oppa takut sesuatu akan terjadi" Lucas pegang tangan adiknya dan suruh masuk bilik semula.

"Jungwoo cuma nak pergi taman je, aegi yang cakap" Dia usap perutnya dan minta belas kasihan.

Lucas pandang perut besar adiknya dan rasa kesian kalau tak benarkan pergi ke taman. Bukannya jauh dari bilik Jungwoo.

"Ya lah, jangan lama-lama nanti. Oppa ada kerja yang nak diselesaikan, Jeno pun oppa kena pantau keadaan dia juga" Lucas pegang kedua bahu Jungwoo dan bawa pergi ke tempat yang disebutkan tadi.

Jungwoo ambil satu tangan Lucas dan letakkan pada perutnya.

"Baby tendang sekarang ni, oppa taknak rasa ke?" Jungwoo gerakkan tangannya dan Lucas tersenyum bila rasa tendangan kuat.

"Jaga eomma baik-baik ya selepas lahir nanti?" Lucas mengusap perutnya lagi dan berhenti jalan kerana Jungwoo berhenti.

"Pp-perut rasa sakit, tak tahu kenapa" Jungwoo usap perutnya sekali lagi dan lantai yang mereka sedang berdiri basah dengan air yang tidak diketahui.

You know what i mean.

"Woo, adik kencing ke?" Lucas tanya soal bodoh sedangkan yang keluar tadi adalah air ketuban, masa Jungwoo telah sampai!

"Ah hiks, neomu appo" Jungwoo sedikit lagi mahu terjatuh kerana tidak tahan dengan rasa sakit di perut kalau bukan sebab Lucas tahan tadi.

Lucas suruh dia tunggu di situ dan ambil kerusi roda berdekatan kemudian pergi ke bilik bersalin.

"Ada sesiapa doktor boleh sambut pesakit ni tak?" Lucas pandang semua jururawat di situ tapi takde satu pun yang hirau sehinggalah ada satu jururawat datang dekat kerana lihat Jungwoo telah kesakitan yang amat.

"Awak pun doktor, kenapa tak sambut dia terus ja?" Dia periksa Jungwoo dan memang betul yang dia mahu bersalin.

"Saya bukan doktor sambut kelahiran! Awak ingat seorang doktor boleh tahu banyak perkara ke? Perubatan ni ada banyak jurusan tahu tak? Sakit tuan, sakit puan, ortopedik, PATRIOTIK TIK TIK SEMUA LAH!" Lucas rasa bengang apatah lagi Jungwoo dah menangis sebab tidak boleh tahan.

"Kita tunggu lah doktor dia datang baru bersalin." Sekali lagi dia beri jawapan bangang.

"Pesakit ni adik saya tahu tak? Takkan saya nak tunggu lama-lama biarkan dia beranak kat lantai macam haiwan, haiwan pun pandai cari tempat tersorok nak beranak"

Selepas Lucas tidak dapat tahan amarah, baru lah jururawat tadi cari doktor yang boleh sambut dan ada bilik yang kosong boleh mereka gunakan.

"Jungwoo belum masuk 9 bulan lagi, kenapa dia keluar cepat sangat?" Jungwoo cuba bertenang sebelum mereka masuk bilik bersalin.

"Mungkin dia tak sabar nak jumpa ahli keluarga dia" Lucas baringkan dia di katil dan doktor yang mahu menyambut tadi masuk kedalam bilik.

Jungwoo pegang tangan Lucas disebelah dan keluarkan tenaga sebanyak mungkin.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now