Pt. 47

335 39 77
                                    

Jaehyun bangun dari katil dan pergi kearah buaian elektrik anaknya. Dia keluarkan Jeonglin dan tepuk badannya sambil bernyanyi lagu untuknya.

"Bila habis sudah waktu ini.
Tak lagi berpijak pada dunia.
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu 🎶"

Jeonglin membuka mata dan tersenyum kerana suka dengan nyanyian ayahnya.

"Suka tak dengar suara appa?" Jaehyun ciumnya dan Mara masuk bilik untuk beri susu.

"Dah besar anak lelaki eomma ni. Senyum-senyum mesti best main dengan appa" Mara goncang botol susu supaya serata dan berikan kepada Jaehyun.

"Appa tadi nyanyi lagu untuk dia. Jeonglin ketawa sebab suka dengar kan?" Jaehyun pandangnya dan suapkan susu yang diberi tadi.

Charli lalu bilik mereka dan ketuk sebelum masuk. Jaehyun serta Mara senyum sebagai tanda boleh masuk bilik mereka.

"Boleh tak nak pegang Jeonglin sekejap? Kalau tak boleh, takpelah" Charli bermain dengan jari sendiri dan Jaehyun hulurkan tanpa banyak tanya.

"Huwarghh" Jeonglin menguap dan Charli segera tutup dengan tangan.

"Hati-hati kepala dia tu, pegang elok-elok" Mara membetulkan cara Charli kerana salah dan takut badan Jeonglin akan sakit bila salah pegang.

"Aigoo ya, comelnya anak buah makcik ni" Charli ambil bau badannya dan cium kerana dah terlampau geram.

"Banyakkan pegang bayi. Mana tahu rezeki kau menyusul nanti macam kitaorang" Jaehyun letakkan tangan pada bahu Mara dan lihat anak mereka.

"Entahlah oppa, tak tahu lah boleh dapat anak ke tidak. Doktor pernah cakap yang Mark tu kurang subur. Begitu juga dengan saya" Charli berikan kepada Mara semula dan menunduk kerana sedih.

"Itu kan cuma cakap doktor je, ada orang subur tapi tak mengandung lagi. Alah, biasalah belum dapat lagi" Jaehyun pujuk supaya jangan bersedih.

"Kami kahwin pada hari sama dengan Johnny oppa, tapi si Betty dah mengandung dulu. Adakah sebab faktor saya kahwin lambat? " Charli kesat airmatanya yang jatuh.

"Itu dah rezeki mereka, janganlah menangis. Tak cantik dah kalau awak menangis" Mara peluknya supaya bersabar.

"Kami dah kahwin lama pun baru lah dikurniakan Jeonglin ni. Awak akan ada zuriat sendiri nanti tapi tak tahu akan bila" Jaehyun membalas lagi.

"Tak tahu kenapa saya cengeng sangat ni. Terikut perasaan sangat kot" Charli senyum dan sentuh pipi Jeonglin lagi.

Taeil masuk bilik dan mereka semua pandang.

"Daddy suruh kemas rumah, luar dan dalam sekali. Kan Jeno balik hari ni" Taeil mendekati mereka bertiga. Jaehyun tepuk dahi kerana terlupa.

"Ha'ah lah, jom nanti diorang sampai cepat pula" Jaehyun keluar dari bilik dan ikut Taeil ikut mengemas satu rumah.

"Untung Jeno ada adik-beradik yang sayang dia. Macam mana lah keadaan dia sekarang?" Mara menyilangkan tangan dan Charli mengganguk setuju.

++++

Selepas tukarkan baju hospital Jeno dengan hoodie hitam untuk balik ke rumah.

Lucas keluarkan infus dari tangan kiri Jeno dengan berhati-hati walaupun dia tak dapat rasa sakit kecuali di kepala.

"Hyung nak buka balutan kat kepala ni sebab takut akan bernanah. Jeno tahan sikit ya?" Lucas ambil gunting dari jururawat dan lakukannya.

"Lucas, terima kasih sebab benarkan adik kamu keluar hospital dengan lebih awal" Sooman pegang bahunya dan pandang Jeno.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now