Pt. 50

366 50 70
                                    

Jungwoo dan Hendery melangkah masuk kompleks penjara bersama Junghae dan Miyeon yang telah sebulan.

Mereka berempat mahu berjumpa Hanbin kerana Junghae asyik menangis kerana mahu berjumpa dengan ayahnya. Hendery rasa kesian dan ambil cuti kerja selama sehari untuk temankan.

"Puan nak jumpa siapa?" Seorang pengawai polis di pintu masuk pandang Jungwoo dari atas ke bawah.

"Saya nak berjumpa dengan Kim Hanbin. Ini anak-anak dia" Jungwoo tunjukkan mereka berdua dan pengawai itu mengganguk perlahan.

"Puan ada bawa buku melawat tak?" Pengawai itu menaip komputer dengan laju.

"Dia baru kali pertama datang sini. Saya Inspektor Hendery dari balai polis Seoul" Hendery keluarkan kad pengenalan dari jaket.

"Baiklah kalau begitu. Hello, tolong maklumkan kepada banduan 1145 dia ada pelawat yang datang" Dia letakkan telefon selepas hubungi dan tunjukkan arah untuk mereka berjumpa.

Jungwoo betulkan kepala Miyeon dan melalui lorong yang sunyi. Junghae peluk tangan Hendery kerana takut dengan suara banduan menjerit minta dibebaskan.

Pengawai itu suruh duduk dan tunggu Hanbin sampai. Hendery duduk sebelah Jungwoo dan letakkan Junghae atas pehanya.

Hanbin datang dengan ditemani seorang pengawai dan duduk depan mereka. Dia ambil telefon dan memulakan perbualan.

"APPA! " Junghae sentuh kaca pemisah itu dan ciumnya.

"Dah besar dah anak appa seorang ni" Hanbin turut letakkan tangan dan menitiskan airmata.

"Kalau bukan sebab anak aku yang minta. Aku pun tak ingin nak jejak kaki kat sini jumpa orang jijik macam kau" Jungwoo mengepal tangan jadi penumbuk kerana geram dan bernasib ada penghalang.

"Aku ni bapa dia tahu? Biar lah dia nak jumpa aku" Hanbin turunkan tangan dan senyum psiko.

"Macam mana dengan kehidupan kau dalam penjara ni? Sabun jatuh kau kutip ke? " Hendery ambil telefon dari Jungwoo dan jelingnya dengan tajam.

"Boleh lah, aku selalu makan bubur dan bersihkan tandas. Kemudian buat kraftangan sikit jual kat pelawat yang datang" Hanbin senyum sinis dan buat mereka merinding dengan senyumannya kecuali Junghae.

"APPA CEM! (Handsome)" Junghae ketawa sebab ingat Hanbin main-main.

"Hanlin pun sama juga, kacak macam appa" Hanbin letakkan telefon dan ketawa seperti orang gila.

"Berapa kali yang aku nak cakap dengan orang tak faham bahasa macam kau ni? Nama sebenar dia adalah Lee Junghae, aku dengan bapa aku yang bagi. Hanlin tu cuma nama tak sah yang korang bagi dekat dia" Jungwoo tarik bahu Junghae supaya jangan terlalu dekat kerana takut akan ada sesuatu.

"Dia anak aku lah, bayi yang kau pegang tu pun anak aku juga. Lepas aku keluar penjara ni, aku akan culik kau dan berkahwin lepastu buntingkan kau lagi" Hanbin sengaja ugut walaupun ada pengawai ada disebelah.

"Adakah itu satu ancaman? Weh, kau dah rosakkan hidup aku. Aku terpaksa berhenti sekolah, orang yang tak tahu cerita pula hina aku bukannya kau. Kau tak faham kepayahan aku sepanjang mengandung bawa perut besar ke sana sini, belum cukup lagi aku kontrasi nak beranak. Kau tak tahu yang aku terseksa nak keluarkan anak kau"

Jungwoo luahkan segalanya dan macam biasa lah. Hanbin tak kisah semua tu sebab dia tak mengandung.

"So? itu memang tanggungjawab seorang perempuan untuk melahirkan generasi baru" Hanbin tak kisah dengan pengawai yang menjaganya walaupun lepas balik sel nanti mesti kena rotan dengan cemeti.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now