Pt. 52

336 39 154
                                    

Saera rancang nak masak nasi goreng untuk makan tengahari nanti. Dia ambil bahan-bahan kering dan basah dalam peti kemudian potong sederhana.

Saera kacau nasi yang dah masak dengan sudip supaya tidak lekat satu sama lain. Dia buka bekas kecil perasa tambahan tapi semuanya dah habis.

"Sesiapa tolong mama belikan garam, ajinamotoyuta, gula, lada sulah. Duit ada kat dekat dompet dalam bilik" Saera ambil ayam beku yang telah dicairkan dan potong kecil-kecil.

"Mama, biar Jisung tolong belikan. Nak beli banyak atau sikit?" Jisung datang ke dapur dan beri dompet Saera yang diambil di bilik.

"Beli sekurangnya stok untuk seminggu. Takdelah asyik nak kena pergi kedai ja" Saera basuh tangan dan berikan duit kepada Jisung.

"Banyak mama bagi ni. Bukannya mahal sangat yang kena beli tu" Jisung mengira beberapa keping duit dan masukkan dalam poket seluar.

"Ada lebih tu guna lah buat beli jajan ke. Barang-barang yang kamu nak beli. Dah, pergi beli sekarang kalau tidak, tak makan kita semua nanti" Saera hidupkan gas dan mula menumis sayur dalam kuali.

"Jisung boleh beli aiskrim, rumpai laut,nintendo semua?" Jisung ternganga besar dan cium pipi Saera.

"Sayang mama, Jisung pergi dulu!" Jisung terus pergi ke depan dan pakai kasut untuk pergi ke kedai runcit berhampiran rumah mereka.

"Ada-ada jelah anak tiri aku ni" Saera senyum sambil menggeleng kemudian sambung memasak.

"MAAFKAN AKU!" Jisung berlari selaju yang mungkin sebab tak sengaja tersepak batu terkena anjing jalanan yang sedang tidur.

"WOOF WOOF  WHOOP WHOOP SOBANGCHA!" Anjing itu menyalak tapi tak kedengaran kerana ada kedai buka lagu kpop kuat-kuat.

Jisung masuk dalam kedai dan tutup pintu supaya anjing yang mengejar tadi tak dapat masuk.

Anjing itu asyik menyalak sampai lah ada seorang ahjumma lalu dan berikan peha ayam supaya pergi dari situ.

"Hawau betul, sepatutnya aku rembat hoverboard si Jaemin tadi datang sini" Jisung sandar pada mesin minuman dan lap peluh yang keluar kerana lari tanpa henti.

"Kau dah kenapa macam baru terserempak hantu siang-siang buta ni? " Seorang pekerja kedai situ menegur dan Jisung terpeluk dia kerana terkejut.

"Eh Simon, sorry sebab terpeluk tunang orang" Jisung cuba mengawal malu dan ambil bakul untuk beli barang.

"Issokay, aku bukan tunangan orang lagi dah and berhenti panggil aku Simon, itu nama masa zaman tomboy aku and orang panggil aku sekarang Riana" Riana angkat kotak dan ikut Jisung dari belakang untuk susun barang.

"Whateu happeneu to your tunang?" Jisung tengok label dan harga terlebih dahulu baru masukkan dalam bakul.

"Dia main kayu sepuluh and kau tahu tak? Rupanya dia dah kahwin dengan seorang minah mat salleh. Nama bini jantan tu Hailey Harem tak silap aku" Riana potong kotak dengan pisau dan letakkan barang di rak.

"Kumbang bukan seekor weh. Kat dunia ni ada 7 billion manusia yang masih hidup. Aku pun ada hah boleh jadi suami kau" Jisung kira barang-barang dalam bakul dan cari makanan segera pula. Riana angkat kotak lain dan ikut dari belakang.

"Kau ni dari tadi ikut aku. Macamana dengan Pak Kai dengan Makcik Jennie? Sihat tak diorang berdua tu? " Jisung ambil dua paket besar rumpai laut dan aiskrim Jagungnetto.

"Kita kan dah tak borak-borak, so aku cakap lah kat kau walaupun kau taknak dengar. Mak ayah aku dah cerai" Riana berhenti buat kerja dan lap airmata yang mula jatuh.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now