Pt. 54

338 39 65
                                    

Renjun membuka mata perlahan-lahan kerana cahaya matahari masuk melalui tingkap. Renjun pandang sebelah, Jihoon  masih lagi tidur sambil peluk pinggangnya tanpa baju.

eww, ada abs.

"Sayang, bangun lah" Renjun alihkan tangan Jihoon dari pinggang dan ambil baju di bawa lantai kemudian pakai semula serta ikat rambut.

"Nak lagi tak?" Jihoon membuka mata dan tersenyum melihat isterinya kelam-kabut kemaskan bilik selepas lakukan sesuatu malam tadi.

"Nak apa? Nak makan selipar?" Renjun buka ikatan rambut semula dan ikat lebih ketat supaya tidak longgar lagi.

"Saya makan nasi, tolak kayu dan batu je" Jihoon mengenyitkan mata tapi Renjun hanya hiraukan.

"Tak pergi mandi ke nak pergi jalan-jalan nanti? Takkan nak minta tolong saya mandikan?" Renjun menggeleng kepala dan sambung kemas bilik.

"Yang, baju saya mana?" Soal Jihoon setelah tengok badan sendiri dalam selimut.

"Mandi terus je lah, tak payah cari baju tadi malam" Renjun ambil tuala dan terus mandi tanpa tunggu Jihoon.

"Baba! Mama! " Areum buka pintu bilik tanpa ketuk terlebih dahulu. Jihoon terus selubung satu badan supaya dia tak boleh nampak.

"Kan baba dah ajar ketuk pintu sebelum masuk dulu" Jihoon bangun walaupun susah nak berjalan dah macam pocong bila tengok.

"Baba bogel eh?" Tanya Areum tanpa berbasa-basi. Dia ketawa bila lihat Jihoon kesusahan berjalan.

"Apa pula cakap macam tu, pergi siap kemudian panggil adik-adik kat ruang tamu. Nanti baba dengan mama datang. Sayang, saya nak masuk" Jihoon ketuk pintu bilik air dan Renjun menjengahkan kepala sambil gosok gigi.

"Aheum yap hah (Areum siap lah)" Kata Renjun sambil gosok gigi dan tutup pintu selepas Jihoon dah masuk.

"Okay mama!" Areum terus keluar mahu kejutkan adik-adik di bilik lain.

Areum buka pintu bilik dengan perlahan-lahan dan mereka masih lagi belum bangun. Areum duduk di katil mereka berdua kemudian berikan ciuman di dahi.

"Bangun, hari ni kita nak pergi zoo kan?" Areum tepuk badan mereka dan tarik selimut supaya semuanya bangun.

"Sejuk lah noona, bagitahu nenek baru tahu" Hyeonmin bangun dan garu kepala kerana tidurnya diganggu.

"Okay, nanti noona,mama dengan baba tinggalkan korang berdua baru tahu. Atok dengan nenek pergi kerja, duduk lah kat rumah sorang-sorang" Areum menggugut dan baru mereka kelam-kabut mahu mandi.

"Tuala aku mana Hyeonjun?!" Jerit Hyeonmin bila tuala Pororo berwarna biru kesayangannya tiada di penyangkut.

"Mana aku tahu! Guna jelah tuala lain" Balas Hyeonmin sambil cari baju sesuai yang akan dipakai nanti.

"MANA BOLEH! AKU TAK BOLEH MANDI KALAU TAKDE TUALA BIRU KESAYANGAN AKU TU!! " Hyeonjun menghentakkan kaki kerana tidak setuju dengan cadangan adik kembarnya.

"Apa benda bising-bising ni?" Jihoon masuk bilik mereka selepas selesai mandi dan pakai baju.

"Diorang bergaduh sebab tuala kesayangan Hyeonjun hilang. Hyeonmin suruh guna yang lain taknak pula" Areum mengadu kepada ayahnya dan mereka berdua segera tunduk kerana takut akan dimarahi.

"Mana ada hilang, mama buang lah sebab rosak dan berbau walaupun dah dibasuh banyak kali pun. Nanti baba belikan yang baru punya" Jihoon membalas dan mulut Hyeonjun ternganga besar.

"Abang suka tuala tu! " Hyeonjun menghentakkan kaki lebih kuat dan menangis dengan nyaring sampai boleh buat telinga orang berdarah.

"Macam budak-budak lah kau ni. Aku pun guna tuala biasa nak mandi. Pasal tu pun nak kecoh" Hyeonmin mengejek dan terus masuk bilik air tanpa tunggu Hyeonjun.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now