Pt. 56

357 48 54
                                    

Semakin dekat dengan tarikh dijangkakan bersalin. Siyeun semakin tak lena tidur setiap hari memikirkan perbelanjaan selepas bersalin.

Betty dan Haera telah balik dari hospital dan berikan baju yang mereka belikan hari tu.

Siyeun berat hati mahu terima kerana tak mahu susahkan tapi Johnny tetap paksa.

Sekarang Siyeun sedang duduk di ruang tamu dan beberapa yang lain kerana mahu pegang perutnya sebab bayi menendang tanpa henti.

"Aigoo, kuatnya" Ujar Mark yang teruja dan berharap Charli serta dia akan jadi ibubapa pula.

"Baby suka dengan Pakcik Mark ni" Siyeun betulkan duduk kerana punggung mula rasa kebas.

"Mesti tak sabar nak jumpa kami semua ni" Ujar Ten pula.

"Mestilah, dia pun tak sabar nak jumpa appa dia yang kacak ni" Winwin memuji Jeno dan telinga serta pipi dia jadi merah seperti durian merah.

"Ah, aduhai. Makin kuat dia tendang" Siyeun mengerutkan dahi tahan sakit.

"Dah nama untuk beri kat dia?" Soal Hansol yang diam sejak tadi.
"Tak mahu beritahu sampai bersalin nanti" Siyeun senyum kerana mereka semua nampak seperti kecewa.

"Issokay, tak lama lagi dalam rumah akan bertambah jadi empat bayi. Minhae dengan Sungjae pun dah pandai jalan" Yujun mencium pipi gemuk Sungjae serta beratnya semakin berat sejak asyik disuap makan kerana terlalu takut akan kekurangan nutrisi.

"Cakap pasal mereka berdua ni, Junghae yang muda diantara diorang dah pandai cakap sedangkan umur dia baru setahun jagung" Ujar Jaehyun dan ambil Jeonglin dari tangan Mara.

"Biasalah sebab memang ada sesetengah budak akan memang lambat atau cakap. Nanti umur 3 atau 4 boleh cakap" Balas Taeil pula.

"Alessia dah pandai cakap masa 3 tahun. Jangan push anak supaya boleh cakap cepat" Yuta memeluk Alessia yang baru mandi kerana demam dan tidak pergi sekolah dengan sepupu yang lain.

"Korang sayang sangat dengan anak dalam kandungan ni. Harap dia sayang balik makcik dan pakcik yang memang sayang dia" Siyeun mengukirkan senyuman lagi dan ambil tisu untuk lap air liur Jeno yang keluar.

Jeno senyum nipis pandang isterinya dan semua adik-beradik serta kakak ipar dan adik ipar di ruang tamu. Jeno bercakap dalam hati kerana mereka takkan faham dengan ucapan yang dikatakan.

"Terima kasih sebab ambil alih tanggungjawab Jeno. Jeno tak tahu nak balas macam mana lagi atas kebaikan korang terhadap kami berempat termasuk bayi dalam perut.

Jeno nak berterima kasih dekat Johnny hyung sebab dah belikan semua kelengkapan termasuk stroller. Bukannya murah stroller tu, sanggupnya belikan yang mahal untuk keselesaan anak Jeno.

Jeno harap Jeno boleh berjalan semula macam dulu dan lepas sembuh, Jeno akan kerja semula dekat pejabat daddy dan bayar semua balik walaupun korang tak meminta satu sen pun.

Aegi pun berdoa lah supaya appa boleh jalan semula. Appa teringin nak dukung kamu bila lahir nanti. Appa nak main bola keranjang dengan oppa kamu, kami selalu main sebelum appa kemalangan. Ramai salahkan Gyeom oppa sebab jadi penyebab appa kena langgar.

Appa yang salah sebab tak faham dan marah dia tanpa usul periksa langsung"

Jeno menitiskan airmata selepas habis bercakap dalam hati. Siyeun ambil tisu dan lap mata Jeno.

"Habuk masuk mata ya bang?" Siyeun tiup mata Jeno pula kerana salah sangka dan Jeno hanya mengganguk perlahan.

"Ah.. (ya)" Jeno tersenyum kerana isterinya tak terfikir hal lain selain habuk masuk mata.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now