three.gl

69 80 40
                                    

aku mendongak memandang langit malam. bibirku mengukir senyuman nipis.

aku suka sangat tengok langit waktu malam. cantik sangat. sampai buat aku jatuh cinta.

tiap kali malam sebelum tidur, aku mesti akan lepak kat balkoni usya langit sebelum tidur.

bukannya bilik yang guanlin bagi kat aku tu tak ada balkoni cumanya aku rasa nak hirup udara segar kat luar.

saja - saja nak bersenam sikit sebelum tidur.

" hoi–" terjatuh terus gelas berisi jus oren di tanganku apabila disergah guanlin.

aku mencerlung tajam memandang ke arah guanlin dengan muka selambanya berjalan ke arahku sambil membawa selimut.

" lepak tak ajak. inilah kawan–" aku membuat muka toyaku dihadapannya.

" the hell, sejak bila awak jadi kawan saya haa?" guanlin mengangkat bahu.

punggungnya dilandingkan di sebelahku. guanlin membalut tubuhnya menggunakan selimut yang dibawanya tadi.

aku mencebik. selfish! dasar penjual ikan sejati kau, guanlin! ajsbxh

" kau usya apa? ada awek lawa ke kau nampak kat atas sana tu? ke, mamat hensem?" aku mengangkat bahu.

" something yang lagi cantik dan handsome daripada tu." jawabku tanpa memandangnya.

" em, so apa bendanya tu?"

" langit." guanlin berdecit.

" kau nak tahu apa yang lagi cantik daripada langit?" aku mengangkat keningku.

" apa dia?"

" kau.." automatik aku terus memandang ke arah guanlin.

" punya nenek!" aku menampar kuat lengan guanlin.

" awak suka sangat bagi saya fake hope! benci!" cebikku geram. mahu sahaja aku cincang -  cincang badan jantan sorang ni.

" omo.." aku mengetuk kepalaku. bahu guanlin terus aku tumbuk kuat.

" aduh! oi kau dah kenapa haa?!" guanlin langsung tidak teragak - agak untuk membalas tumbukanku namun lebih perlahan.

" awaklah punya angkara! hari ni saya ada latihan olahraga tau tak?! tinggal saya miss nak makan aiskrim. jaemin nak belanja saya tau tak hari ni? semuanya salah awak–" guanlin mencebik.

" takat aiskrim. takkanlah bapak kau yang polis tu tak boleh belikan kau aiskrim? kalau dorang tak mampu pon aku boleh je lah belanja kau! kau minta je– bukannya aku terkam kau pun." jeling guanlin.

" saya nak jaemin yang belanja saya. bukannya awak, mr lai guanlin–" balasku kembali.

" apa bezanya aku dengan dia sampaikan kau nak kena ingatkan aku?" berubah terus nada percakapan guanlin.

" banyak bezanya. dia jaemin, awak guanlin. dia warga tempatan, awak warga asing." tiba - tiba muka guanlin berubah merah.

" ya! ya memang aku ni bukan warga tempatan so what?!" k, aku terkedu. tak sangka dia baran sampai macam ni.

" a-awak ni dah kenapa?" guanlin menajamkan matanya memandang ke arahku.

" kenapa kau tanya? aku tak suka kau rapat dengan jaemin! aku tak suka kau rapat dengan daniel! aku tak suka kau rapat dengan lelaki lain selain aku! kau faham tak?!"

guanlin berdiri tegak. selimut yang menyelimuti tubuhnya tadi dicampak menutupi mukaku.

pergh, bau downy siot! tapi berpetalah pulak. tah selimut dari tahun mana tah dia amek ni–

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now