Pt. 60

356 39 19
                                    

Mark tidak dapat menahan sebak ketika Charli memberitahu sesuatu. Charli sah mengandung selepas beberapa lama mereka menunggu.

"Berhentilah menangis, cengeng betul lah awak ni. Saya yang mengandung pun tak macam ni" Charli tepuk belakang badan Mark dan berusaha untuk pujuk suaminya yang dari tadi tidak boleh berhenti menangis.

"Ssa-sya sayang aw-awak sangat-sangat. Terima kasih sebab mengandungkan zuriat saya" Ujar Mark dengan tersedu-sedu selepas menangis.

"Akhirnya kita diberikan kesempatan.
Kita kena selalu berdoa agar kandungan ni sentiasa sihat dan berharap takde apa-apa perkara buruk akan berlaku " Charli membersihkan mata Mark menggunakan tisu di atas meja.

Mark tak dapat cakap apa-apa lagi kerana terlalu gembira. Dalam hati rasa macam nak meletup je.

"Awak nak anak lelaki atau perempuan? Atau awak tak kisah mana-mana pun?" Charli bersihkan sisa airmata Mark lagi dengan lengan panjang baju.

"Tak kisah lah mana-mana pun. Asalkan dia sihat dan dapat berbakti kepada kita bila dah besar nanti. Saya nak tengok dia membesar depan mata kita, masuk tadika, sekolah rendah, menengah dan akhirnya masuk universiti pula" Ujar Mark sambil membayangkan perkara akan datang. Charli pukul tangan dan ketawa kerana Mark berlebihan.

"Awak ni, anak kita baru beberapa bulan. Lama lagi semua tu" Charli ambil tangan Mark dan letakkan pada perutnya yang masih belum membesar.

"Pejam celik pejam nanti perut awak dah besar. Oh ya, nak buka akaun bank untuk anak kita tak?" Mark mengusap perut isterinya dan menelan air liur sementara tunggu jawapan dari Charli.

"Mestilah, saya akan bukakan bila dah bersalin nanti. Untuk masa depan anak kita juga kan? Mana lah tahu kita ada masalah ke masa tu sampai tak boleh bayar yuran sekolah anak kita. Duit dalam bank tu jadi penyelamat" Charli pegang tangan Mark dan menatap suaminya.

Mark tersenyum nipis dan matanya mula masuk habuk lagi. Charli cepat-cepat pegang muka Mark kerana bimbang ada sesuatu berlaku.

"Wae? Habuk lagi ke?" Charli meniup mata Mark dengan perlahan dan usap muka suaminya selepas selesai.

Mark hanya tersenyum nipis dan membelai rambut isterinya.

"Saya takut lah, saya ni pekerja pangkat bawah kemudian awak pula CEO dekat syarikat ayah awak. Saya takut orang akan mengata kerana nak habiskan duit awak je" Mark menyuarakan kebimbangannya dan Charli tersenyum.

"Itu cerita lama lah masa kita kahwin dulu. Peduli lah apa orang nak katakan. Diorang ada mulut, biar lah diorang nak cakap apapun" Charli mencubit pipi Mark dan tarik kerana teksturnya yang seakan-akan kuih Mochi.

"Suami kan kena tanggung semua keperluan isteri. Saya risau yang saya akan kurang duit dan menyusahkan awak" Mark menunduk dan biarkan isterinya mencubit pipinya.

"Jangan risau. Awak nak tahu sesuatu tak? Dalam banyak-banyak lelaki yang saya jumpa dan keluar date. Awak lah lelaki yang paling saya sukai. Lelaki lain akan minta saya belikan barang Balenciaga,Gucci yang mahal harga tahap Tel Aviv mabuk tu. Tapi awak tak pernah minta apapun. Ingat lagi tak masa kita kali pertama keluar bersama tu?"

"Ingat" Balas Mark dengan perlahan.

"Saya tanya awak kalau nak apa-apa. Awak cuma minta aiskrim Unijagungtto je yang berharga tak mahal pun. Saya memang betul terkejut" Charli mengingatkan semula dan Mark cuma bingung kerana dia bukan jenis cepat ingat.

"Tapi saya lelaki yang tak berguna sebab perempuan belanja. Sepatutnya saya yang belanja sebab saya lelaki" Mark sengaja memuncungkan bibir.

Charli diam dan bangun mahu keluar dari bilik.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now