eight.gl

57 64 0
                                    

aku termenung memandang ke luar kelas. kata - kata appa semalam masih terngiang - ngiang di benak fikiranku.

" appa dah terima dan sahkan fasal tawaran yang kamu dapat hari tu–"

tawaran belajar di sekolah sukan yang aku dapat hari tu. aku dah kata, aku tak nak terima. tapi appa..

aku mengeluh. air mata yang hampir mengalir aku kesat.

" chanmi.. kau ok ke ni? kenapa nangis?" soal hitomi sedikit cuak.

" haa? aku ok je lahh. mana ada nangis." hitomi menggeleng.

" aku tahu kau nangis.. ceritalah. apa masalah kau?" aku mengeluh.

" appa aku.. suruh aku belajar kat sekolah sukan. aku tak nak.."

" tapi dia paksa. dia kata, dia nak jugak hantar aku ke sana minggu depan–" hitomi terdiam.

" mak-sudnya.. kau tak ada kat sekolah ni dah minggu depan?" aku mengangguk lemah.

" janganlah.. aku merayu sangat. pujuklah appa kau–" ujar hitomi separa merayu.

" oi, oi, apa nangis - nangis ni? putus cinta ke apa? ke perempuan ni nak kahwin sampai nak kena merayu. tah tah chanmi ni rampas boyfriend si honda ni–" dahiku ditunjal guanlin yang tiba - tiba menyampuk.

" awak.." panggilku. guanlin mengangkat kening.

" kalau awak nak buli saya, bulilah. bulilah puas - puas. saya tak kisah. sebab.." guanlin tersengih sinis.

" kenapa? kau nak mati ke?" tak semena - mena pipi guanlin ditampar hitomi. terkedua guanlin dibuatnya.

malah aku sendiri terkejut.

" dia nak pindah! dia dah tak ada kat sekolah ni dah minggu depan! minggu ni minggu terakhir dia dengan kita! apa lagi kau nak cakap sekarang?!"

" dah habis tu yang kau nak tampar aku pulak dah kenapa?! eii, tak lama aku bakar— wait.. apa kau cakap? chan-chanmi nak pindah?"

aku tersenyum nipis lalu mengangguk kecil.

" nampaknya, awak kenalah cari pengganti saya. yang lebih bodoh, yang lebih bebal dan yang lebih penyabar daripada saya. tapi.. belum tentu dia boleh sabar dengan awak macam mana saya boleh sabar dengan awak. so, janganlah buli dia teruk sangat eh–" pesanku.

" kau.. nak pindah pergi mana?"

" sekolah sukan." guanlin mengeluh.

" perlu ke kau pergi?" aku terkedu seketika.

" kau tahu tak aku tolak tawaran belajar dekat sekolah sains hari tu sebabkan kau. kat sekolah tu takde kau yang aku boleh buli macam keldai. tolonglah, chanmi.."

" sorry, guanlin. ini keputusan appa saya. bukan keputusan saya.

" then, pujuklah! takkan kau takde otak?!" dahiku ditunjalnya kasar.

" pujuk dia sampai dia ubah fikiran!" mejaku ditendangnya.

" aku tak nak kau pindah! takde siapa boleh gantikan kau! takde siapa yang aku boleh bodohkan macam mana aku bodohkan kau!"

kepalaku dihantukkan kuat ke meja sebelum guanlin terus berlalu pergi meninggalkan kelas diikuti oleh daehwi.

aku mengeluh. bibir aku ketap cuba menahan sakit denyutan di dahiku. ini yang buat aku tak tenang nak pergi ni–

reaksi dorang semua serupa aku ni nak mati tau. belum lagi kalau somi. mesti dia nanges terok ni–

mujur sahaja dia sedang mengikuti lawatan pengawas di busan sana–

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now