Pt. 61

347 46 54
                                    

Johnny masuk ke dalam bilik untuk melihat jejaka-jejaka kecilnya yang sedang tidur petang. Johnny perlahankan suhu kipas supaya tidak terlalu sejuk agar mereka bertiga dapat tidur dengan nyenyak.

"Putera-putera daddy semua tengah tidur ya?" Johnny mengusap rambut anak kembarnya dan beralih pada Youngbin yang tidur di di tepi kanan Younghwa.

"Youngbin-ah, lena betul kamu tidur. Mesti penat jaga adik-adik ni." Johnny mengangkat Youngbin keluar dari buaian dan tepuk pehanya supaya tidak terbangun.

"Hmm.. " Youngbin bergerak-gerak di tangan ayahnya dan buka mata perlahan-lahan.

"Anak daddy dah bangun. Comelnya dia ni. Dah besar dah, sekejap je dah pandai jalan" Johnny mencium-cium pipinya kerana sukakan bau badan Youngbin.

Youngbin senyum ketika diagah oleh Johnny dan diangkat tinggi-tinggi sehingga hampir mencecah syiling rumah.

Haera masuk bilik selesai membancuh tiga botol susu dan tersenyum lebar melihat anak dan suaminya sedang bermain bersama.

"Anak mommy dah bangun rupanya. Nasib baik mommy bancuhkan susu untuk kamu" Haera mengambil Youngbin dari Johnny dan berikan susu. Youngbin menyusu dengan rakus kerana tidur terlalu lama.

"Awak tak berikan susu badan ke?" Soal Johnny sambil mengejutkan Youngjin dan Younghwa untuk minum susu.

"Payudara saya ni cuma ada dua je. Keluar susu pun tak cukup langsung. Yang nak minum ada tiga orang pula tu. Mesti lah tak cukup untuk mereka" Balas Haera dengan selamba.

"Oh, saya baru ingat" Johnny angkat Younghwa dan Youngjin serentak lalu diletakkan atas katil bersebelahan Haera.

"Dah 30 hari saya dan Betty berpantang ni. Awak boleh tunggu lagi ke? Awak nak 'terkam' siapa bila kami berdua dah habis nanti?" Haera mengangkat kening. Johnny tepuk dahi kerana pening dengan soalan isterinya.

"Soalan apa benda lah yang awak tanya ni. Kbat anak kita si Younghee pun tak susah macam ni" Johnny menggeleng dan tersenyum.

"Yelah, saya ni pelik" Balas Haera dan berpaling dari Johnny.

Johnny peluk Haera dan berikan ciuman di pipi serta di dahinya. Haera pandang muka Johnny dan cubit pipinya.

"Awak, kalau bukan sebab Youngbin ni. Mungkin saya tak mengandung dan lahirkan Younghwa serta Youngjin. Kalau lah Yuta tak jumpa dia, apa lah nasib dia dengan cuaca sejuk malam tu" Haera letakkan Youngbin di katil selepas selesai menyusukan sehingga habis dan ambil.. Younghwa pula.

"Betul tu, kita kena jaga dia baik-baik. Apa yang saya perasan, sejak kita jaga Youngbin. Rezeki kita makin bertambah cuma saya berkahwin lagi jelah yang tak bestnya. Tapi nak ungkit pun si Nayoung dah lahir" Johnny ambil Youngjin dan berikan susu supaya dapat menyenang Haera.

"Betty tu pun abang kena jaga dia elok-elok. Jangan pilih kasih pula dengan dia. Abang ada rancang nak tambah anak dengan Betty?"

Haera mengoyangkan peha Johnny dengan perlahan. Johnny hanya diam tidak mahu membalas soalan Haera.

"Abang? " Haera pegang bahunya supaya beri balasan walaupun bukan dengan mulut.

"Anak-anak kita belum setahun lagi. Tak payah lah susah-susah fikir hal tu,  kita fokus dengan Younghee, Nayoung dan mereka bertiga ni je" Johnny mencabut botol susu dari mulut Youngjin kerana telah kenyang dan Johnny letakkan badannya di dada untuk disedawakan.

"Siyeun dah boleh keluar belum? Kesian Jeno asyik rindukan dia" Haera menukar topik dan Johnny hanya menggeleng tidak tahu.

"Dah dua hari dia ditahan. Baru lagi tu, orang paling lama pun 4-5 hari baru balik" Balas Johnny lagi.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now