Oxyjeon -jjk

8.9K 983 319
                                    

iamyourcupcake 2019

Bergelar seorang duda anak dua bukannya mudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bergelar seorang duda anak dua bukannya mudah. Lelaki kacak bernama Jeon Jungkook perlukan seorang pengasuh bagi memudahkan urusan sehariannya.

Pengasuh yang terpilih perlu menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh lelaki misteri itu.

Antara syarat gila tersebut adalah:

Jangan kau sesekali bertentang mata atau menegur Jeon Jungkook tanpa sebarang notis.

Nescaya, kau akan binasa jika kau berdegil ingin melanggar juga syarat aneh ini.

Sudah bersedia untuk tawarkan diri sebagai pengasuh duda misteri ini?

Jawab

"Ya."

Perjalanan anda baru sahaja bermula.

Ssh, ada bahaya yang menanti.

👨👶👦👧

Watak-watak utama

Jeon Jungkook

Park Min Ji

Kim Namjoon

Genre dan had umur

Misteri, cinta, fantasi.

Saranan had umur 15 tahun ke atas.

Jumlah perkataan

Maksimum 100-200

Hak Cipta dan Idea Asal

Karya ini asli daripada idea pihak penulis sendiri. Watak berserta personaliti yang diwujudakan tiada kena-mengena dengan orang yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Jalan cerita yang ditonjolkan adalah fiksyen semata-mata. Dilarang menciplak mana-mana idea tanpa kebenaran daripada penulis terlebih dahulu.

Kategori

Cerita pendek

Intro/Prolog

Bagaikan seorang pengasuh yang patuh akan arahan majikannya, aku menahan diri daripada bertindak di luar kawalan.

Desakan yang membuak-buak di hati meniup semangat bagiku untuk mengingkari arahannya buat kali pertama.

Encik Jeon Jungkook sentiasa memesan satu peraturan ketat yang wajib aku ikuti sepanjang berkhidmat di rumahnya.

"Kau. Jangan berani angkat muka. Sekali kau ingkar, kau akan bertemu syaitan yang sebenar."

Kata-kata duda anak dua itu terngiang-ngiang di benak fikiran. Jujur, aku ingin melihat wajah lelaki itu. Namun, hasrat di hati aku lenyapkan tatkala telingaku menangkap bunyi rengusan kasar dari celah bibirnya.

Setiap kali keinginan untuk melihat wajahnya itu muncul, Jungkook seperti seorang pemangsa yang dapat menghidu hasrat terlarangku.

Bunyi garfu dan sudu yang dihentak kasar di atas permukaan pinggan kaca tersebut menghilangkan hampir separuh keberanian yang tersisa di dalam diri.

"Masuk bilik anak aku dan tidurkan diorang. Tepat jam 10 malam."ujarnya tegas tanpa nada mesra alam sedikitpun.

Aku semakin mencicit ketakutan apabila duda muda itu menghamburkan gelak tawa yang sinis.

"Pergilah sekarang. Buat apa nak tunggu di sini?"

Kepala aku angguk laju. Kaki yang terasa lemah dipaksa juga untuk mendaki barisan anak tangga yang sememangnya tinggi itu.

Dari kawasan tangga, aku cuba mengumpul kekuatan untuk melihat wajahnya buat kali pertama.

Biarlah kantoi, dia bukannya nak baham aku pun kan?

Aku gerakkan anak mata ke destinasi yang dihajati. Seorang lelaki muda berwajah tampan bak bidadara sedang duduk di atas kerusi.

Tubuhnya masih tersarung baju sut lengkap berwarna biru gelap berserta kemeja putih di dalamnya.

Hampir aku terjatuh dari tangga, mujur aku dapat menstabilkan diri sendiri terlebih dahulu.

"Kau langgar syarat yang aku tetapkan. On tak kalau kau jadi lauk aku malam ni?"

Suara seraknya memecahkan kesunyian yang kerap kali menyelubungi persekitaran rumah banglo dua tingkat ini.

Jungkook bangun dari tempat duduk. Pisau pemotong epal dihayunkan laju bersama alunan siulan rentak lagu yang kedengaran psiko.

"Selepas anak papa tidur, papa nak cari mangsa baru. Siapa suruh nakal sangat nak pandang wajah papa?"

Aku segera meluru laju ke arah bilik anak-anaknya. Pintu bilik diselak kemas. Aku menutup kedua-dua belah telinga tika suara Jungkook menyeru namaku di luar bilik anaknya.

"Min Ji sayang, buka pintu. Papa rindu."

Gila. Kau bukan rindukan aku. Kau rindukan jasad aku yang sudah tersedia untuk menjadi santapan kau selepas ini.

Siapa Jeon Jungkook?

Dia duda anak dua.

Siapa Jeon J-jungkook?

Dia, dia ...

"Dia seorang lelaki psiko. Tiada emosi. Hanya darah menjadi santapannya."

Dia ?

Ternyata kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Jangan terpedaya dengan segala tipu muslihatnya.

-----

Coming Soon.

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now