03

4.5K 842 55
                                    

Oxyjeon + jjk

Aku menutup riak wajah gelisah dengan senyuman lebar di wajah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menutup riak wajah gelisah dengan senyuman lebar di wajah. Gerangan wajah sebenar lelaki itu tetap tersorok dari pandangan mata kasarku.

"T-terima kasih sudi ambil saya bekerja buat sementara waktu. Saya hargai peluang ini sangat-sangat!"laungku penuh semangat.

Aku gigit bibir bawah. Semangatku merudum teruk akibat diri yang menjadi mangsa renungan tajam Mr J.

"Muka kakak cantik macam eomma. Sebijiklah macam eomma kan, appa?"tutur Jung Min satu demi satu.

Mr J mengendahkan pertanyaan anaknya. Sampul surat berwarna putih dicampakkan di atas pahaku.

"Kau fahamkan kriteria tugas kau hari ni juga. Sambil-sambil tu, jaga diorang. Hari ni kali terakhir aku kasi kau pandang mata aku. Selepas ini, patuh janji yang kau sign dulu."

Mr J beredar dari kawasan ruang tamu serba mewah itu. Aku melarikan pandangan dari sampul surat ke arah satu bingkai gambar sebuah keluarga bahagia.

Sebuah potret keluarga yang indah. Kedua-dua anaknya tersenyum comel. Hatiku dilanda perasaan kurang enak tatkala anak mataku merenung wajah Jungkook dan wanita yang mungkin isterinya itu.

Aneh, wajah pasangan suami isteri itu ditutup menggunakan dakwat marker berwarna hitam pekat.

"Kenapa awak padam gambar isteri dan juga wajah awak sendiri, Mr J?"monologku sendirian.

Aku daratkan jari di atas bingkai gambar tersebut. Aku hela nafas yang berubah rentak itu.

Siapa kau duhai Mr J?

-tbc-

A/N:

Saya dah masukkan klu di dalam bab-bab terawal ini. Jadi, mohon alert. Hehe.

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now