seventeen.gl

46 59 0
                                    

lepak kepsih bosskurr🍔

🐣🐣🐣

knock knock knock knock knock on my door-

" kejap!" aku berlari anak menuju ke pintu rumah. pintu aku buka maka terlihatlah wajah daniel sedang tersenyum.

" eh, hai. ada apa - apa ke datang sini?" soalku. daniel mengangguk.

" omma rindu dengan chul. tu yang niel bawa omma ke sini nak jemput chul. dia nak bawa chul shopping." terang daniel.

aku mengangguk. em, elok jugak tuh. hujung minggu ni tak kuasa aku nak mereput dalam rumah.

meskipun homework masih berlambak belum disiapkan ufufufu-

" ok, tunggu jap chul siap eh" daniel mengangguk.

" niel tunggu dalam kereta tau? take your time. niel tau chul belum mandi- hahahah" baru sahaja aku ingin menendang kakinya daniel terlebih dahulu mengelak.

aku berlari anak naik ke tingkat atas. aku sekadar mandi kerbau, lepas pakai baju lawa sikit sembur perfume bagi wangi satu alam.

siap semua aku capai beg sandangku yang aku siap isi dengan segala keperluanku. aku kembali melangkah turun.

" omma, chul keluar ikut niel dengan omma kang tau! bubye, take caree"

aku terus berjalan mendekati kereta daniel yang diparkir di hadapan pagar rumah.

pintu seat belakang yang diduduki oleh omma kang aku cuba buka namun dikunci. aku mengetuk tingkap memanggil omma kang agar menurunkan cermin tingkap.

omma kang terus menurunkan cermin tingkapnya.

" bukaklah lock omma kang. takkan omma kang haramkan punggung chul landing kat seat belakang kereta niel." ujarku berseloroh.

" bukan haramkan cuma tak benarkan. duduklah seat depan. kan kosong tu-" aku memuncung.

mahu tak mahu terpaksa jugalah aku duduk di seat hadapan iaitu di sebelah daniel.

" ya tuhan, berat sebelah terus kereta bila chul masuk tau-" bahu daniel aku siku geram.

" jahatlah!" daniel tergelak. omma kang sekadar menggeleng.

daniel memulakan pemanduannya dengan menekan pedal minyak.

" em, kita nak pergi mana ni, omma kang?"

" kita pergi shoppinglah, sayang. niel baru dapat gaji kot. kita kikis duit dia hari ni ehh-" aku tergelak jahat.

" idea yang bagush tuh omma kang." omma kang flip hair.

" well-" daniel menggeleng.

" kikislah, wanita - wanita kesayanganku. duit tak boleh bawak mati pun-" sentap aku dan omma kang dibuatnya.

" omma kang, chanmi nak makan baskin robbin boleh? lepas tu kita lawat cafe anjing boleh tak, boleh tak, boleh tak?" pintaku sambil menoleh memandang omma kang.

" alaaa, takmo lah cafe anjing. kucinglahh-" celah daniel.

" ehh, niel senyap! fokus drive." jelingku. daniel mencebik.

" boleh eh, omma kang?" aku mengerdipkan mataku berkali - kali.

" boleh, sayang. semua pun boleh. minta je kat daniel tu haa-" aku bertepuk tangan gembira.

" buu, niel kalah, niel kalah" ejekku. daniel mencebik.

" emememememmeme" daniel mengajuk percakapanku dengan nada meluat.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now