eighteen.gl

50 61 2
                                    

aku menggeliat besar. aku menutup mulutku menggunakan belakang tangan apabila mulutku terbuka luas.

aku bersandar di kepala katil. phone aku capai lalu butang on/off aku tekan. mataku membulat melihatkan jam yang tertera.

aku terus mencapai tuala yang tersangkut di dinding kemudian masuk ke dalam bilik air.

selesai basuh muka, mandi kerbau, berhadas semua aku kembali keluar dengan lengkap pakaian uniform sekolah.

getah rambut sudah berhabuk yang aku letakkan di atas meja aku capai lalu rambutku aku ikat gaya pony tail.

takde masa nak tocang sisturr-

aku melangkah turun ke tingkat bawah dengan langkah tergesa - gesa sambil bahu sebelah kiriku menyandang beg sekolah.

aku menjenguk ke ruang makan. what the bish?! wehh, takkanlah omma dengan appa tak bangun lagi.

habuk je aku tengok atas meja. aku berlari menuju ke bilik omma dan appa yang terletak di tingkat bawah.

" OMMA! APPA! CHUL PERGI SEKOLAH DULU TAUU, BELANJA CHUL DAH AMEK DARI DOMPET APPA NI HAA-" sengaja aku kuatkan suaraku biarpun dan dalam bilik.

bagi sedar sikit matahari dah nak naik atas kepala. tapi sumpah aku tak tipu aku tengah korek dompet appa nak cari duit kecik.

omma memisat matanya. matanya terus terbuntang melihatkan jam yang tertera. tak menentu omma jadinya.

setelah berjaya mengorek duit belanja dari dompet appa, aku berlari ke pintu utama untuk memakai kasut.

aku terus berlari keluar. aku mengaku aku selalu datang lambat tapi tak selambat ni!

" oit, cik kak! lambat ke?" tegur satu suara sumbang di hadapan pintu pagar. aku terus menoleh.

aku memanjatkan infiniti kesyukuran pada tuhan. penyelamat!

" guanlin, nak tumpang! tunggu tau! nak amek helmet-" terpinga - pinga guanlin jadinya.

haa, itulah pasal. siapa suruh kau tegur aku? kan dah kena roadblock-

aku berlari masuk ke dalam rumah dengan berkasut secara curi - curi. setelah berjaya mendapatkan helmet yang aku letakkan di dalam almari khas, aku kembali berlari turun.

" tapi, chul.." aku mengangkat kening memandang guanlin. helmet aku pakai lalu visor helmet aku naikkan.

" apa benda? cepatlah. saya ni bukan type awak tau suka datang lambat-" gesaku. guanlin menggaru belakang tengkuknya.

" ingat sikit tau kau tu pakai skirt. emm, naiklah cepat-" aku menurunkan visor helmet lalu naik ke atas motor dengan gaya mengiring.

" letak beg kau atas peha. sebelah tangan pegang beg, sebelah pegang pinggang aku." arah guanlin. aku hanya menurut.

" em, shuhua mana?" soalku sementara guanlin menghidupkan enjin motornya.

" dia ikut yuqi-" aku mengangguk cuma.

guanlin memecut laju menuju ke sekolah kami. sebaik sahaja sampai di perkarangan sekolah, motornya terus diparkirkan di kotak parkir yang dikhaskan untuk dirinya.

aku terus turun dari motor. helmet aku hulurkan pada guanlin.

" jaga baik - baik tau! kalau hilang, saya kerat awak-" ugutku. guanlin menggeleng.

" malas aku nak jagakan-" aku menendang kakinya. guanlin mengaduh.

" tumbuk kang!" guanlin tergelak.

" jom" aku dan guanlin sama - sama berjalan menuju ke kelas sambil diperhatikan oleh pelajar lain.

" kenapa? tak pernah tengok manusia ke?" soal guanlin melihatkan jaehyuk begitu jakun memerhati kami berdua sehingga hampir terlanggar tiang.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now