04

4.3K 806 47
                                    

Oxyjeon- jjk

Tugasku bermula secara rasminya pada hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tugasku bermula secara rasminya pada hari ini. Aku sinsing lengan baju yang meleret. Setelah siap menyediakan lauk makan malam, kakiku dibawa ke ruang tamu.

Teletah comel anak Mr J mencuit hati. Perasaan bahagia seperti inikah yang aku akan alami apabila berkahwin kelak?

Anak Mr J itu ternyata lincah dan aktif perwatakannya. Anak sulung duda itu bernama Jeon Min Woo dan anak bongsu pula mempunyai nama yang cukup manis sekali iaitu Jeon Jung Min.

Hatiku berbisik satu firasat yang mengarut. Gabungan nama anak-anak lelaki itu seperti gabungan nama aku dan dia. Aku dengar khabar angin nama sebenar Mr J adalah Jeon Jungkook.

Aku pula Park Min Ji. Ah, Min Ji. Hapuskan andaian mengarut kau itu. Sejak bila kau jadi bekas wife dia?

Kahwin pun tidak.

"Min Woo , Jung Min. Mari makan. Lepas makan, masuk bilik. Nanti appa korang balik kerja. Dia nak korang.."belum sempat aku menghabiskan kata-kata tersebut.

Anak bongsu duda misteri itu merangkul erat leherku. Manakala, Min Woo menyembamkan wajahnya di bahu kanan aku.

"Appa nak kami tidur awal. Appa tak suka orang tidur lewat. Noona, temankan kami tidur ya?"pinta Min Woo dengan nada suara yang merengek manja.

Aku menganggukkan kepala. Tangan kedua-dua anak kecil itu aku pimpin untuk dituju ke arah dapur.

-tbc-

A/N:

Update ringkas untuk hari ini. ♥

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now