•|ⓑⓐⓑ 84|•

248 40 7
                                    

"Simple! Pilih kau nak selamatkan family kau atau Jihyo?"

Tergamam aku seketika saat terdengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Sehun itu, mengapa aku disuruh buat pilihan sebegini? Ianya tidak adil!

"Kau gile!" teriak Jungkook yang sedari tadi hanya memerhati, panas hatinya apabila lelaki itu menyuruh memilih diantara kekasih hati Jimin ataupun keluarga Jimin. Sudahlah tentu, Jimin sayang kedua-duanya.

"Sebab aku gilalah, aku suruh namja ni pilih!" tengking Sehun buatkan suasana yang agak rumit sedikit menjadi tegang bersama aura hitam yang membuatkan bulu roma yang lain menaik. Nak kata Sehun hantu, sudah tentulah bukan tetapi aura yang lelaki itu bawa sangat memberikan kesan!

"Kenapa kau libatkan family dia?" Jin bersuara ingin tahu buatkan Sehun tersenyum sinis sebelum ketawa sendirian persis orang sakit mental sedangkan soalan itu tidak lawak langsung malah ia membuatkan keluarga Jimin, Jihyo serta Gfriend tersedar dari pengsan.

"Aku dah kata dia ni gila!" gumam Jungkook perlahan sambil mengeluh perlahan.

"Sebab? Aku dah kata tadi kan mesti salah seorang dari dia dan kekasih hati dia perlu mati, jadi dia kena buat pilihan. Mudah sahaja!" Balas Sehun dengan riak wajahnya berubah dingin 100%, anak matanya kosong bagai tiada perasaan malah matanya tajam bak helang. Mental?

"Kalau...," belum sempat aku ingin menghabiskan ayat itu, Jihyo menyampuk. Aku memandang dia malah dia turut memandang aku dengan matanya yang sayu itu, aku benci dengan pandangan tersebut! Seolah-olah dia ingin mengorbankan dirinya demi aku dan yang lain.

"Kau boleh bunuh aku, Sehun. Tapi jangan pernah kau sentuh yang lain!" Kedengaran biasa sahaja dicorong telinga namun kenyataannya berbaur tegas di nada suara Jihyo. Aku memejam mata mendengar kata-kata Jihyo, sudah tentu aku tidak benarkan!

"Eh, Sehun! Kau suruh aku pilih kan? So, pilihan aku just biar aku mati daripada kau bunuh orang yang aku sayang tu takkan memuaskan hati kau. Kau dendam dengan aku, jadi kau bunuh aku sampai kau benar-benar puas!" kata aku tanpa berfikir panjang buatkan Sehun tersenyum misteri seakan ada agenda lain yang disembunyikan.

"Jimin hyung!" Jungkook kata sambil memberi pandangan sedih begitu juga Taehyung. Jhope dan Rapmon sudah mengeleng kepala tidak setuju dengan apa yang aku katakan sebentar tadi. Suga pula sudah mengetap bibir menahan amarah yang bakal meletus itu manakala Jin sedikit pun tidak memandang aku, marah gamaknya?

"As you wish!" balas Sehun tapi dia langsung tidak memulakan sebarang tindakan, pelik bukan?

"Korang semua boleh berambus dari sini dan tinggalkan aku dengan Jimin!" Sambung Sehun lagi. Dia biarkan yang lain pergi begitu sahaja?

Apa maksud dia?

Family aku memandang dengan airmata yang mengalir, walaupun aku geram dengan mereka tetapi itu tidak bermakna aku benci orang yang telah wujudkan aku di dunia ini. Cuma EGO mungkin?

Gfriend sudah berlalu pergi cuma tinggal keluarga aku, Bts dan Jihyo. Diorang seolah-olah tidak benarkan aku bersendirian dengan Sehun namun aku memberi pandangan pada mereka menyatakan kalau aku akan baik-baik sahaja.

"Jin hyung, bawa yang lain pergi." arah aku tanpa memandang mereka. Aku tahu ada yang marah sangat dengan tindakan aku itu lagi-lagi Suga. Ya! Aku tahu tu. Dengan terpaksanya Jin mengarah yang lain pergi, Suga mengendong Jihyo dibelakang akibat kaki Jihyo yang belum seberapa baik itu dan ingin berlalu pergi tanpa memandang aku. Jin memandang aku dengan wajah risau sebelum dia pergi...,

[C] Fall In Love With Ghost?✔Where stories live. Discover now