07

4.4K 814 80
                                    

Oksijeon • Jeon jk

Oksijeon • Jeon jk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau keluarlah. Aku nak rehat sebab esok dan lusa aku fly ke Jakarta. Ada urgent meeting. Jaga keperluan anak-anak aku. Faham kan Minji?"suara Jungkook memberi tamparan hebat kepada aku.

Bagaikan ditarik daripada mimpi indah, aku pantas menggelengkan kepala. Selepas itu, aku menumpukan pandangan mata ke arah balutan tangan Mr J.

"Baik tuan. Saya faham. Rehat banyak tau. Saya takut anak-anak tuan risau pula tengok appa diorang macam ni."

Bunyi selimut ditolak kasar oleh seseorang menjengah ke corong telinga. Aku nyaris menjerit panik.

Jari-jemari lelaki itu menangkap kemas pergelangan tangan aku. Bunyi siulan lagu mengalir keluar dari bibir merahnya.

"Kau prihatin ....macam dulu. Aku suka sayang."sebaris ayat yang cukup asing dan aneh ini menggugat keberanian yang berbaki di dalam diri.

Aku cuba rentap pergelangan tangan agar diriku dapat bebas dalam kadar segera. Bunyi gelakan manja Mr J memadam segala hasrat untuk melarikan diri.

"Apa semua ni Mr J? Boleh tak jangan mengarut? S-saya tak faham!"

Bahuku dirangkul erat menggunakan lengan kekarnya dari arah belakang. Wangian maskulin lelaki itu membuatkan aku hanyut.

Belum pernah aku dibuai sehangat ini oleh seseorang lelaki. Ingatan masa lampauku langsung tidak tersimpan di dalam kotak memori.

Aku hanya ingat satu perkara. Aku bangun tanpa sebarang memori, di atas katil bercadar putih Hospital Seoul beberapa tahun yang lalu.

"Aku rindu. Rindu..kau tak rindu oksijeon kau?"bisik Jungkook. Nadanya serak basah. Badan aku langsung mengeras tika bibir lembapnya ditekan lembut di atas bahu kananku.

"Tuan, l-lepaskan saya."rintihanku dibiarkan tergantung sepi. Aku mengetap bibir. Permukaan bibir sendiri yang kering digigit kuat kerana lelaki itu sedang gigih menyerangku menerusi tingkah laku romantisnya.

"Kalau macam tu, aku kasi kau peluang. Pandang mata aku, give me one kiss. Lepas tu, aku lepaskan kau dari bilik ni."

Tangan lelaki itu lincah bergerak ke kawasan sekitar rambut panjangku. Helaian rambutku yang terjuntai diselak ke belakang telinga.

Bunyi hembusan nafas kasar oleh kami berdua mengingatkan waktu yang ada tidak menunggu lama.

Jeon perlukan jawapan. Aku masih berada di dalam situasi mengelirukan.

"Kau pasti teringin nak tahu siapa aku yang sebenar kan? Tell me, aku ada kaitan tak dengan kau, sayang?"

Aku dan kau ada kaitan sebelum ini? Jawapannya agak sukar. Aku tidak kenal diri kau duhai Mr Jeon Jungkook.

Sumpah, aku berdoa agar hubungan aku dan duda ini hanya berada pada tahap majikan dan pekerja.

Jangan lebih dari had yang ditetapkan. Aku berasa cuak.

-tbc-

A/N:

Done update. ❤

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now