twentyone.gl

36 45 3
                                    

" bubye! nana besok teman mimi pergi training tau! petang jam 5-" laungku kepada jaemin.

" ok, bubye!" balas jaemin turut melambai ke arahku. aku tersenyum pula ke arah jisung di dalam kedai br.

" byee!" aku melambai tangan ke arah jisung. jisung melambai sayu ke arahku.

aku terus buat gerak mulut ' nanti kita jumpa lagi tau ' ke arah jisung. jisung mengangguk lalu berlari memeluk mark.

aku menggeleng sambil tergelak kecil.

" kenapa dengan mata kau?" soal guanlin sebaik sahaja aku berjalan mendapatkannya.

aku tersenyum kekok lalu menggeleng kecil.

" saja. sekali - sekala menangis sebab nak jadi kembar awak. alang - alang muka kita serupa ni, kita bagi serupakan lagi. orang kata, pasangan yang muka hampir sama ni jodohnya panjang-" panjang lebar aku membalas.

guanlin tergelak sinis.

" aku dah arif dengan perangai aku, chanmi. kau cuma akan membebel bila kau gemuruh. bagitau aku. apa minji cakap kat kau?" aku menggaru belakang tengkukku.

" takde apa - apalah. saya saje saje aje nangis. nak bagi panjang jodoh kita-" aku tersengih.

namun guanlin tetap mencurigai penipuanku. haihh, apalah nasib jadi orang selalu jujur ni. susahnya menipu ni!

" kau tak percayakan aku ke?" soal guanlin. aku diam.

" kau nak tunggu 'ben' kau datang untuk dengar luahan kau?" sengaja guanlin tekankan nama ben itu.

" takk, bukan." nafiku sambil menggeleng dengan mimik muka ingin menangis.

" habis tu apa?!" tiang lampu jalan guanlin tendang geram.

" saya takde benda nak diluah." jawapan ku cukup padu untuk buat guanlin meradang.

dinding tembok konkrit berdekatan ditumbuknya kuat.

" argh!" aku menutup mataku sambil berpeluk tubuh dengan bahu terkujat.

aku kembali membuka mataku apabila mendengarkan bunyi gedebuk berdekatan denganku.

" ya tohan, guanlin! eish, bodoh betul dah tahu fobia darah pi tumbuk dinding tu wat peee? skang camne saya nak bawa awak balik ni sayang oii"

kalut gila aku jadinya melihatkan darah menitik - nitik mengalir dari penumbuk guanlin.

" guanlin!" minji berlari laju mendapatkan guanlin yang berada di pangkuanku.

" aku dah kata jauhkan diri daripada dia! kau tahu tak kau tu bawak malang je dalam hidup dia?!" marah minji sambil memapah tubuh guanlin dan cuba menahan teksi.

" jangan sentuh guanlin aku!" tengkingnya apabila aku baru sahaja ingin membantunya memapah tubuh guanlin.

automatik aku terlompat ke belakang mendengarkan tengkingan padu minji.

" aku takkan teragak - agak nak bunuh kau kalau ada apa - apa hal serius jadi pada guanlin!" minji sempat menjeling tajam ke arahku sebelum berlalu masuk ke dalam teksi.

aku terduduk di tepi jalan itu. rambut ku aku serabutkan rimas.

kepala aku hantuk - hantukkan pada dinding tembok konkrit di belakangku.

" aku benci diri aku." aku menunduk sambil memeluk lutut.

rambutku tiba - tiba dibasahi sesuatu. aku rela dimandikan hujan daripada dijadikan tandas burung jahanam.

aku angkat muka seketika. yep, hujan. seb baik, kalau tak memang aku pupuskan semua burung dalam dunia ni.

aku kembali menunduk memeluk lutut. betul apa yang minji cakap tadi. semenjak guanlin dengan aku, dia selalu ditimpa malang.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now