09

4.3K 787 117
                                    

Oksijeon • jeon jk

Jungkook membiarkan jari-jemari runcing Min Ji mengemaskan ikatan tali lehernya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jungkook membiarkan jari-jemari runcing Min Ji mengemaskan ikatan tali lehernya. Sejak dari malam tadi, Min Ji mengunci rapat bibir daripada berkata-kata.

Puas Jungkook mencari pelbagai cara agar suara emas wanita kesayangan dapat singgah di gegendang telinga.

"Aku sayang kau. Jaga anak-anak di rumah. Aku cuba balik awal jika urusan di Jakarta cepat habis."ucap Jungkook penuh berhati-hati.

Juntaian rambut yang menutupi dahi Min Ji diselaknya ke belakang telinga wanita itu.

"Aku akan cuba untuk ingatkan kau semula. Lepas ni, status kau bukan lagi pengasuh. Tapi, kau ..cinta hati aku, eomma anak-anak kita. Tunggu aku balik."pesan Jungkook untuk kali kedua.

Rangkulan erat di bahu Min Ji menjadi longgar. Pemergian Jungkook dari bilik tidur utama menghadirkan sekelumit rasa lega di hati Min Ji.

Wanita itu memeluk tubuh di hadapan pintu bilik yang sudah tertutup. Dia pejamkan mata serapat-rapatnya.

Ingatannya langsung tidak jelas. Dia sudah relakan diri menjadi mangsa kerakusan Jungkook pada malam tadi.

Detik-detik layanan mesra lelaki itu cukup menggoda hati. Min Ji mengangkat telapak tangan.

Matanya merenung kagum cincin perkahwinan yang telah disarung semula oleh suaminya itu.

"Aku harap semua ini adalah mimpi. K-kejutkan aku daripada mimpi ngeri ini, ya tuhan. Aku takut."

-tbc-

A/N:

Cerita ni bosan tak?

Nak tahu pendapat korang.

Hahahaha kalau ya, saya malas nak teruskan. 😂

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now