twentythree.gl

26 36 2
                                    

" wahh, ini rupanya kampung ilsan-" ujar guanlin sedikit kagum. yoonbin tergelak kecil.

" cantik, kan?" guanlin mengangguk teruja. yoonbin tersenyum.

" tapi cuaca tak berapa nak elok. mendung-" tegur guanlin. yoonbin mengangguk setuju.

" kalau kau nak tah-"

" aku tak nak tahu!" potong guanlin terus berlari melepasi rumah rumah lain.

yoonbin menggeleng.

" tengah - tengah senja ni pun nak main lari - lari-" omel yoonbin sendirian.

kalau tidak dicampur mereka lepak baskin robbin sambil layan jisung tadi, memang petang dah sampai dah.

masalahnya si budak guanlin tu ha katanya rindu dekat si jisung. tu yang dorang lepak sat-

" tunggulah, woi!" terus yoonbin kejar langkah seribu guanlin.

" wahh, cantik gila bhai!" terkaku sebentar kaki yoonbin dari mengejar larian guanlin.

" aikk? semput ke? kenapa berhenti?" soal guanlin yang turut menghentikan langkahnya itu dengan nada hairan tambah mengejek.

" bukan semput, setan. kau tengok belah kiri kau sekarang-" guanlin hanya menurut.

kepalanya ditoleh ke arah kirinya. membulat mata guanlin dibuatnya melihatkan seekor anjing berbulu hitam sedang merenung tajam ke arah guanlin.

paling parah, tiada seutas tali mahupun besi sekalipun yang mengikat anjing itu.

" gong! gong!" terus guanlin berlari laju meninggalkan yoonbin yang kaget itu sebaik sahaja anjing itu menyalak.

mujur sahaja anjing itu tidak mengejar. namun sadis sekali apabila, anjing itu menoleh memandang yoonbin.

yoonbin menggaru kepalanya. nafas ditarik dalam sebelum yoonbin pantas berlari mengikuti langkah guanlin sambil menjerit nyaring.

" weh, brother. baik sungguh hati kau eh-" sindir yoonbin menepuk bahu guanlin yang berhenti di hadapan sebuah rumah tradisional itu.

yoonbin mengerling sekilas memandang ke arah rumah itu. yoonbin berdehem.

" weh, aku haus. kau ada air tak?" yoonbin menggeleng.

" jomlah masuk dalam rumah ni. minta air. aku hauslah weh-" rayu guanlin. yoonbin berdehem lagi.

" ni lah rumah halmeoni hong, halmeoni si budak chanmi. erm, kau jumpalah dia. aku rasa ni je tempat yang dia akan tuju kalau dia ada masalah. bye, aku pergi dulu-"

" jomlah masuk sam-" belum sempat guanlin menahan, yoonbin terus memecut langkah seribu.

guanlin mengeluh. langkahnya di atur masuk ke dalam perkarangan rumah halmeoni hong yang diperkatakan yoonbin.

" hello! ada orang tak?" soal guanlin separa menjerit.

" chanmi! oh, chanmi! keluarlah! jodoh kau tengah tunggu kat luar ni haa! panas ni! kang aku pengsan engkau jugak yang payah- oit chanmi!"

🐣🐣🐣

" chanmi! oh, chanmi! keluarlah! jodoh kau tengah tunggu kat luar ni haa! panas ni! kang aku pengsan engkau jugak yang payah- oit chanmi!"

terus aku terbangun dari tidur mendengarkan pekikan seseorang di luar rumah.

eh, jap. dia kata apa tadi? panas? hotaklah, senja kot ni. baru je aku tidur 5 minit lepas cuaca masih mendung.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now