Pt. 63

408 48 75
                                    

"PUSH TAEYONG PUSH!! " Yesung lap peluh di dahi Taeyong. Taeyong mengerutkan dahi kerana sakit yang teramat.

"SAKITNYAA!! " Taeyong menggeleng kepala dan menggenggam tangan isterinya.

"AKHHH!! "

Tangannya terkulai, doktor terus berikan bayi yang telah dilahirkan kepada Yesung.

"Awak, anak kita dah lahir" Yesung mengoyangkan bahunya tetapi Taeyong tidak memberi respons.

"Jangan tinggalkan anak kita" Yesung menampar pipi Taeyong perlahan-lahan.

"TIDAKKKK!!!"

Taeyong terbangun dan terkejut kerana mimpi yang baru dialaminya tadi. Dia bernasib baik kerana katilnya basah disebabkan peluh dan bukan kencing.

"Perut aku tak buncit, aku tak mengandung" Taeyong pegang perutnya yang rata dan menarik nafas lega. Taeyong pandang isterinya yang masih tidur dan tidak dengar apa-apa pun.

"Sayang, bangun" Taeyong mengejutkan Yesung untuk beritahu mimpi ngeri yang dialaminya tadi.

"Hm.. Apa dia.. mengantuk lah.. " Balas Yesung dengan malas kerana mamai dan tidak berubah posisi baring menghadap suaminya.

"Saya mimpi saya mengandung! " Beritahu Taeyong dengan bersungguh-sungguh.

"Baguslah awak mengandung, tak payah saya susah-susah lagi" Yesung tidak sedar apa yang keluar dari mulutnya sendiri dan sambung tidur.

"Awak ni, bangunlah!" Taeyong pukul punggung Yesung dan tarik bantal isterinya.

"Apa dia? Saya mengantuk lah" Yesung tidak buka mata dan menguap tanpa henti.

"Tadi saya mimpi ngeri tau, saya mimpi saya mengandung. Lepastu saya mati masa bersalin. Awak menjerit bagai nak rak kejutkan saya" Taeyong mengoncangkan bahu Yesung dengan kuat sehingga membangunkan isterinya dan membuatkan Yesung tidak mamai lagi.

"Jinja!? Keluar depan ke ikut bontot?!" Yesung terus duduk dan pegang kedua bahu Taeyong.

"Soalan apa yang awak tanya ni? Mestilah saya tak tahu langsung"
Taeyong menggeleng dan turunkan tangan Yesung dari bahunya.

"Tapi bagus jugalah awak mimpi macam tu. Tapi kan, awak beranak perempuan ke atau lelaki?" Yesung mengangkat kening dan senyum sinis.

"Awak ni, saya mana tahu. Ish, sebel lah berborak dengan awak pasal mimpi tadi tu. Kalau saya tahu, saya tidur balik. Mana tahu kalau-kalau mimpi basah ke takpun jumpa Maria Ogawa. Best lah juga" Balas Taeyong dengan selamba.

Yesung mengepal tangan menjadi penumbuk menahan marah kerana Taeyong cakap sesedap ikut mulut.

"Miang punya lelaki" Yesung menunjal kepala Taeyong sebanyak 2 kali kerana terlalu geram dan marah.

"Awak tahu tak yang syurga berada di bawah tapak kaki suami awak? Tak baik buat suami awak yang comel lagikan baik hati ni. " Taeyong pegang dahinya yang ditunjal oleh isterinya sebentar tadi.

"Saya tak pernah pula orang kata syurga di bawah tapak kaki suami. Lagi satu awak tu patut dapat tapak kasut je! Dan saya lagi tua dari awak! Ingat tu!" Yesung mengikat rambut dengan getah rambut di meja sebelah katil dan turun dari katil untuk mandi kerana telah pukul tepat 7 pagi.

"Kenapa lah awak garang sangat. Dulu masa kahwin suara macam takde je. Bila dah lama kahwin macam singa marahnya" Taeyong melipat selimut dan kemaskan katil.

"Saya dah cakap yang saya ni garang tapi awak tu lah yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan saya. Kata boleh tahan lah, sanggup lah. Itu semua penipuan manusia homosapiens bernama Lee Taeyong" Yesung masuk kedalam bilik air lalu menghempas pintu.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now