twentyeight.gl

25 29 4
                                    

aku menongkat dagu memerhatikan segenap wajah kacaks guanlin. urm, sekali - sekala. bukannya selalu en?

" guanlin.. bangunlah. janganlah mati dulu." panggilku pelan. akan tetapi, guanlin tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi.

" saya masih belum puas nak luangkan masa dengan awak." masih tiada sebarang tindak balas.

aku mengeluh.

" aku pun sama.." aku tersenyum mendengarkan suara guanlin.

" awak ok?" soalku. guanlin sekadar mengangguk dengan bibir masih pucat.

" haa, baguslah kalau dah sedar. lepas ni jangan pandai - pandai nak ingkar arahan aku. tak sempat kau mati, aku dulu yang bunuh kau." ugut dr. jisung.

" ye lahh. aku janji tak buat lagi.. kot–" dr. jisung mengetap gigi.

memang inilah perangai guanlin sekarang. tahunya bergurau tak kena tempat. minta pelempang betul.

" aku cakap betul - betul ni, lai guanlin."

" aku tak pernah dengar kau cakap salah - salah." dr. jisung menghembus nafas kasar.

" buatlah suka hati kau lepas ni! aku dah tak kesah! carilah doktor lain yang sanggup tahan dengan perangai kau ni. dan aku yakin, takkan ada seorang pun yang akan tahan."

aku mengeluh dan menghantar kepergian dr. jisung dengan ekor mata.

guanlin yang menayangkan muka tidak bersalah itu aku cerlung tajam.

" apa? aku ada buat salah ke?"

" yesss!" guanlin mencebik.

" apa pulak salah aku kali ni?" aku angkat sebelah keningku.

" saya nak awak minta maaf dekat dr. jisung sekarang jugak." guanlin angkat kening.

" aku tanya apa salah aku, bukan tanya apa aku patut buat ataupun apa yang kau nak aku buat. faham, sayangku?"

" lai guanlin.." guanlin mengeluh.

🐣🐣🐣

tokk! tokk! tokk!

guanlin menoleh memandang ke arahku sebaik sahaja mengetuk pintu bilik dr. jisung.

aku sekadar berpeluk tubuh tanpa mempedulikan isyarat mata guanlin.

guanlin kembali memandang ke hadapan sebaik sahaja pintu bilik dr. jisung terbuka.

" apa kau nak?" soal dr jisung dengan nada meluatnya. guanlin menggaru belakang tengkuknya.

" aku.." dr jisung berpeluk tubuh.

" aku nak.." dr jisung bersandar pada dinding masih setia menunggu ayat guanlin.

" aku nak minta maaf." dr jisung mengangkat keningnya.

" sebab?"

" pasal tadi. aku terkurang ajar." dr jisung tergelak kecil.

" tak, kau memang kurang ajar."

" fvck" dr jisung tergelak. bahu guanlin ditepuknya.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now