Bab 40

261 5 1
                                    

K
ANDUNGAN Sofea tidak berjaya diselamatkan.  Semuanya gara-gara kerana dia terjatuh dari tangga dan menyebabkan hentakan sangat kuat dan membuatkan dia tumpah darah dengan sangat banyak.  Jika Sofea tidak dikerjakan ke hospital dengan segera mungkin nyawanya juga dalam bahaya.  Sofea juga memerlukan rehat yang banyak atas nasihat doktor kerana dia baru sahaja mengalami keguguran.
Mengetahui sahaja hal itu, Shahril dan Saiful terus ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Rayyan.  Sofea sedang berehat ketika itu dan mereka hanya datang melawat tanpa mengerak Sofea.  Terkedu Shahril melihat keadaan Sofea yang sedang berbaring lemah itu.
Sofea jadi macam ni mungkin tertekan dengan kata-katanya semalam.  Dia merasakan dia bersalah dalam hal ini.  Jika dia bercakap elok-elok dengan Sofea malam tadi mungkin kembarnya itu tidak akan berasa terganggu dengan kata-katanya.  Dia mengeluh berat.  Saiful memegang bahu Shahril mengajaknya pulang memandangkan Sofea perlu berehat ketika ini.
Baru sahaja dia ingin pulang dia melihat Sofea sudah mulai terjaga dan wajah Shahril tampak tidak sabar untuk berbicara kepada Sofea.  Dia ingin meminta maaf kepada Sofea atas kata-katanya malam tadi. 
“Sofea”  Shahril bersuara ceria menegur Sofea. 
“Shah kau ada kat sini?”
“Mestilah aku ada.  Aku kembar kaukan.  Kalau sesuatu berlaku kepada kau aku kena adakan.  Macam mana kau boleh jadi macam ni.  Kau buat semua orang risau akan kau..”
Sofea senyum simpul.  Dia memegang perutnya kosong.  Sebelum Shahril datang dia telah menerima berita yang kandungannya telah pun gugur.  Entah kenapa hatinya tidak pula terluka malah dia menerimanya dengan hati terbuka.  Dia faham mungkin masih tiada rezeki anak untuknya.  Allah pun mengerti agak sukar untuk dia memelihara seorang manusia kecil dalam usianya yang masih muda.  Dia sendiri masih memerlukan kasih sayang.
“Aku tak bermaksud nak cakap macam tu dengan kau.  Waktu tu aku serabut sangat.  Harap kau tak ambil hati dengan apa yang aku cakapkan dengan kau malam tadi”
“Betul ke kau nak pergi..?”
Shahril mengangguk tidak pasti.  Dia memandang sayu wajah Sofea.  Dia sendiri berat untuk menyatakan.   Jauh daripada Sofea sama seperti dia meninggalkan Sofea.  Satu-satunya saudara kandung yang dia ada. 
“Kau gugur sebabkan aku.  Aku minta maaf”
“Eh kau ni apa yang kau merepek ni.  Bukan salah kaulah.  Apa yang kau fikir ni.  Kau tak salah apa-apa pun.  Aku sendiri yang cuai dan tak berhati-hati waktu nak turun anak tangga.  Tak apalah.  Aku anggap masih tak ada rezeki aku lagi”
Shahril masih tampak sedih.  Dia masih berasa bersalah dan menganggap dia masih adalah punca utama kenapa Sofea jadi seperti ini.  Semua adalah salahnya.
“Tapi kepala kau tak apa-apakan?”  melihat dahi Sofea yang dibalut itu menambahkan rasa risaunya.
“Oh ni.  Luka sedikit je.  Tak ada apalah sangat yang ni”  dia memberitahu dengan suara sengaja diceriakan.  Dia tahu Shahril terlalu risau akannya.
Kemudiannya Shahril dan pak ngahnya pulang.  Dia bersendirian di dalam bilik hampir 15 minit lamanya.  Tidak lama selepas itu Rayyan sampai dan dia mendekati Sofea sambil itu dia meletakkan bubur kosong di atas almari kecil yang bersebelahan dengan katil.
“Awak lambat, Shah dan pak ngah dah balik pun tadi”  Sofea memulakan perbualan.  Dilihat wajah Rayyan yang nampak kepucatan dan keletihan itu.   Manakan tidaknya sepanjang malam Rayyan berjaga menjaga Sofea.  Termasuk dengan rasa risaunya terhadap Sofea.
Rayyan senyum keletihan.  Walau bagaimana pun dia masih mahu mendengar Sofea.
“Awak macam mana sekarang?”  tanya Rayyan.
“Erm saya nak balik.  Saya bosanlah asyik terbaring je kat sini”  kata Sofea seperti tiada apa-apa yang berlaku kepadanya.
“Petang sikit awak dah boleh balik.  Tapi doktor dah pesan awak baru je gugur jadi awak kena berpantang dahulu”
Sofea mengangguk.  Dia merenung wajah Rayyan yang keletihan itu.  Kasihan pula dia kepada suaminya itu.  Dah banyak bersusah payah untuknya sepanjang masa.  Kemudiannya dia menyentuh kulit muka Rayyan.  Rayyan merasa sejuk sahaja kulit mukanya apabila Sofea menyentuhnya dengan tangan yang dingin.
“Awak mesti penatkan jaga saya seharian.  Awak tidurlah dulu kat sofa tu”
Rayyan mengeleng dan dia tersenyum kecil.
“Tak nak.  Saya nak duduk dekat dengan awak.  Saya risau apa yang dah berlaku kepada awak,  saya tak mahu biarkan awak buat apa-apa pun.  Kalau boleh biar saya yang melakukannya untuk awak..”
Tersentuh hati Sofea dengan kata-kata Rayyan.  Ya Tuhan kenapa dia terlalu baik untukku.  Dia terlalu baik tetapi aku sering menyakiti hatinya.  Selalu buat dia risau dan sering buat dia susah hati memikirkan aku setiap masa.
“Awak saya minta maaf kalau saya tak  jaga kandungan saya dengan baik.  Saya minta maaf”
“Saya tak apa-apa.  Anggap kita masih tak ada rezeki untuk memiliki anak lagi.  Apa yang penting sekarang awak dah selamat.  Saya hanya nak tahu itu sahaja.  Kalau sesuatu berlaku kepada awak saya tak tahu apa yang akan berlaku kepada saya”
“Atuk mesti kecewakan?”
“Tak.  Atuk asyik nak tahu perkembangan mengenai awak.  Dan dia pun sebenarnya risau tentang awak melebihi kandungan awak..apa yang penting sekarang ni awak jaga kesihatan.  Itu sahaja.  Dalam waktu berpantang ni awak kena kawal emosi awak.  Jangan fikir apa-apa”  pesan Rayyan dan kemudian menyentuh kepala Sofea.
“Saya selalu beri awak masalahkan?”
“Tak ada apalah awak.  Dah sekarang ni awak berehat.  Awak ni banyak bunyikan walaupun tengah sakit”  dia kemudian menjentik dahi Sofea.
“Auww, apa awak ni buli pesakit pula.  Panggil doktor baru tahu”  Sofea menjeling kecil dan Rayyan tersenyum sahaja.  Rayyan bangun kemudian dia memeluk Sofea sementara Sofea memeluk pinggang Rayyan dengan sangat erat.

RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now