27

4.3K 655 47
                                    

Crazy Neighbour • jjk

A/N:Update kedua untuk hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:
Update kedua untuk hari ini. :)
Saranan had umur 15 tahun.
-------

Selesai bertapa di butik eomma Jinnie untuk tempoh beberapa jam, kedatangan aku disambut oleh senyuman mencuka daripada anak Jeon.

"Kau buat daddy geram."Jungkook menggenggam erat stereng kereta. Aku segera menjauhkan diri daripada duduk berdekatan dengannya. Usai memasang tali pinggang keselamatan, kedua-dua kelopak mata aku pejam rapat.

Aku sengaja biarkan mulutku terbuka separuh. Bunyi dengkuran palsu dikuatkan sedikit agar segala niat Jungkook untuk menyerangku tergendala sebentar.

At least, kasi aku kesempatan untuk jejak kaki di rumah dulu. Jungkook bukannya boleh dibawa bermain. Api barannya lain macam. Silap cara, aku yang akan menerima padahnya.

"Tidurlah sayang. Aku dah tak sabar nak balas dendam nanti."

Gulp.

Aku memaksa diri untuk duduk diam. Telingaku menangkap bunyi rengusan nafas kasar Jeon Jungkook. Bunyi enjin kereta mengaum deras menegakkan setiap helaian bulu roma aku.

Laju-laju nak gi  ane,  laju-laju nak gi  ane wahai suamiku.

Lebih rela aku berhadapan dengan Jungkook korek hidung daripada si daddy. Seramnya boleh buat aku terkentut,  tercirit dan seangkatan dengannya.

-------

"Kau selamat sayang. Nasib baik kau tidur."

...

...

Young Mi mengeraskan seluruh anggota badannya. Bisikan suara garau Jungkook memberi gambaran kurang enak. Mereka sudah sampai di rumah. Lebih tepat lagi lokasi sekarang adalah di kamar beradu pasangan Jeon itu.

Belakang kepalanya dialas menggunakan bantal tidur empuk dan gebu. Suara hati Young Mi menjerit suka apabila selimut tebal seakan ditarik oleh suaminya.

Tubuh badan Young Mi dibaluti selimut tebal. Kedinginan bilik tetap terasa kerana ketakutan wanita itu masih tersisa.

"Uih, anak Jeon dah blah masuk bilik air. Sempatlah kut aku nak minum air kat bawah?"duga Young Mi. Kakinya bergerak menuruni katil tersebut.

Dalam kiraan tiga saat, dia segera memecut laju. Lepas minum air, dia mahu terus beradu ke alam mimpi.

Haraplah Young Mi tidak bertemu dengan Jungkook.

-------

Aku meneguk air masak dalam kadar yang laju. Gelas dibiarkan tidak berbasuh di dalam sinki. Hatiku memberi amaran keras. Jungkook ada di belakang aku.

"Dahaga ke? Tak ajak Kook turun sekali pun."serius ayat-ayat yang dituturkan oleh suamiku. Imej Jungkook sedang bersandar di peti sejuk bersama bathrobe kelabu paras lutut membisukan mulut aku.

Aku tersengih kekok. Aku capai semula gelas di dalam sinki. Perlahan-lahan, aku biarkan air sinki mencurah laju membasahi permukaan tanganku.

"Esoklah kau basuh. Aku lebih penting atau gelas tu? Chagiya, pandang aku."

Aku pandang dia. Aku gigih mengundurkan daku ke belakang. Lengan Jungkook bertindak sepantas kilat.

"Hukuman untuk kau. Suka?"

Lelaki itu mengepung pergerakanku sehingga aku buntu untuk lari ke arah lain. Leherku dirangkul oleh jari-jemari kasarnya.

"T-tak. Maafkan Young Mi. J-jeon."aku mengigit bibir bawah. Kegelisahan diri semakin menggalakkan hati pihak lawan.

Jungkook menghentikan jelajahnya di kawasan leherku sebelum dia hapuskan jarak antara bibir kami berdua.

"Jangan buat aku geram. Aku tak akan lepaskan kau sekarang. Just deal with it."

Cubaan untuk menekup mulut digagalkan.  Jungkook meletakkan kedua-dua telapak tangannya di rahangku. Bibirnya bersentuhan lembut sebelum segalanya bertukar rentak.

"A-apa semua ini?"aku sempat lontarkan soalan bodoh. Kening Jungkook terjengket sinis. Aku jeling tangan kirinya yang sibuk merungkaikan tali jubah mandian yang tersarung di badan tegapnya.

"Syurga dunia buat kau,  Young Mi."Jungkook membiarkan udara menyusup seketika sebelum kepalanya ditolak semula ke wajah Young Mi.

Benda tertangguh perlukan jalan penyelesaian. Bibir Jungkook tahu solusinya.

-tbc-

A/N:

Just imagine your crazy husband jeon jk macam dalam gambar di atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Just imagine your crazy husband jeon jk macam dalam gambar di atas.

Hanya untuk bab ini.

So,  satisfied with this latest chapter?

Saya dah bagi amaran. ;)

 ;)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Jemput ya?"

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now