Epilog

4.4K 680 165
                                    

Crazy Neighbour • jjk
Special Epilogue

Epilog : Boys With Luv

A/N:
 
Bab ini hanyalah memaparkan epilog pendek sahaja. Harap korang sukakannya. Jemput juga singgah siri kedua karya ini pada bab seterusnya.
[ Saya akan pub lewat petang nanti]♥

---------------

Aku mengesat titis-titis peluh yang  merenik halus di sekitar permukaan dahi dan leher. Hampir seluruh badanku melekit akibat pergerakan lincah ke sana dan ke sini.

Nak harapkan pertolongan si kecil Jung Min, memang tak mampulah anak comel aku ni nak angkat barang berat-berat.

Aku menjeling sekilas wajah Jeon Jung Min yang  sedang ralit diulit mimpi indah. Amboi sedap tidur eo?

Pipi gebu anak lelakiku itu dikucup lembut, penuh rasa kasih. Jari-jemariku sibuk mengurut sendi-sendi badan. Fuh hilang lenguh-lenguh di badan tika mataku tertancap kembali ke wajah polos Jung Min.

Sekali pandang, aku nak tatap lebih lama. Wajahnya mengingatkan aku kepada si dia.

Si dia yang sudah lama menitipkan kata selamat tinggal buatku beberapa tahun lepas.

"Young Mi rindu K-kook."aku zahirkan perasaanku seorang diri. Mataku pula ralit memerhati segenap ruang rumah sewa baru tersebut.

Aku nekad dengan keputusan drastik ini. Jika aku berdegil untuk tinggal di rumah perkongsian  bersama mendiang suamiku dahulu, aku yakin saban minggu pasti air mata rindu bakal tumpah jua.

Move on Jeon Young Mi. Kau kena kuat. Jungkook pasti akan sedih sekiranya dia tahu kesayangan hatinya masih berduka di sini kan?

Bunyi loceng rumah menyedarkan aku kembali. Anak mataku merenung lama pintu utama. Sempat aku menoleh ke arah jam yang tergantung elok di dinding ruang tamu.

Oh, mungkin jiran rumah baru ingin berkenalan denganku agaknya. Takpelah, lebih baik aku rajinkan diri.

At least ada juga jiran baru jadi peneman aku di kawasan kejiranan yang serba asing ni.

"S-sekejap saya otw. "Aku bersuara lantang. Derapan tapak kakiku melangkah laju ke muka pintu.

-------

Masa seolah-olah bergerak perlahan tatkala daun pintu dikuak lembut oleh Young Mi dari dalam.

Seorang lelaki berdiri membelakanginya. Penampilannya agak misteri. Lengkap berpakaian hoodie serba hitam. Malah, pakaiannya dari atas hingga ke bawah sedondon menggayakan busana gelap.

"A-awak jiran baru saya ke?"

Suara Young Mi berjeda sebentar. Susuk tubuh tinggi lampai itu berpaling menghadap Young Mi sepantas kilat.

Senyuman lebar berserta barisan gigi-gigi tersusun cantik memberi tamparan hebat kepada wanita itu.

Postur tubuhnya bertukar kaku. Telapak tangan Kiri Young Mi berpaut kemas di tombol pintu. Fizikal dan wajah lelaki itu menyegarkan semula pandangan matanya.

"Awak..jiran baru saya?"

Soalan yang sama diulang oleh Young Mi. Wanita itu gagal menyembunyikan rasa terkejutnya.

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now