Pt. 64

376 42 40
                                    

Junghee masuk ke dalam bilik dan tengok suaminya sedang main telefon di atas katil dengan baju terselak sehingga nampak perutnya yang sedikit buncit kerana faktor usia semakin meningkat hehe (`∀')

Junghee duduk di tepi katil dan menepuk bahu Taeil sekadar untuk sedarkannya yang terlalu leka bermain permainan video.

"Bang, perut tu terselak nanti masuk angin. " Junghee menegur Taeil supaya turunkan baju. Kerana Junghee amat terseksa melihat perut suaminya yang langsung tiada abs.

"Dah selesai basuh baju ke? Nak abang sayang awak? " Taeil letakkan telefon di tepi dan tarik Junghee ke dalam dakapannya.

"WEEKK KETIAK AWAK BAU BAWANG LAH! " Junghee pukul bahu suaminya supaya lepaskan.

Taeil lepaskan dan ketawa terkekeh-kekeh melihat isterinya cuba ambil udara kerana telah terhidu peluh busuk suaminya.

"Ish, awak ni nak bergurau tak kena tempat lah. Saya baru nak cakap sesuatu dengan awak" Junghee menjuih bibir dan menyilangkan tangan kerana marah.

"Kenapa sayang-sayang ku? Awak nak mekap baru atau nak telefon baru?. Oh, awak nak madu eh? Nak suruh saya kahwin baru? " Taeil senyum sambil mengigit bawah bibir. Junghee ambil bantal peluk lalu pukul Taeil sehingga puas.

"Langkah mayat saya dulu kalau nak kahwin baru!! " Junghee tarik telinga Taeil sehingga kemerahan dan cuba untuk buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Adoi, saya gurau cikit je. Teruk betul awak belasah saya " Taeil menggosok kedua-dua telinganya sendiri.

Junghee menjelingnya tajam dan cium pipi Taeil sebagai permohonan maaf.

"Saya minta maaf ya? Alolo, janganlah merajuk nanti saya takde duit nak rembat" Junghee peluk Taeil dan cium rambutnya.

"Kenapa ni?" Taeil membalas pelukkan isterinya dan berpegangan tangan. Muka Junghee berubah sedikit ketika suaminya menanya soalan.

"Walaupun saya pernah mengandung dua kali. Tapi saya tak pernah rasa sakit kontrasi dan kemaluan koyak teruk sebab nak keluarkan anak. Saya cuma pernah rasa perut dilapah dan saya suka tengok Jena tu, comel sangat. Cemburu saya dibuatnya. Bila tengok semua anak saudara perempuan, saya pun teringin nak ada anak perempuan " Junghee memandang suaminya dan airmata yang keluar sedikit semasa bercerita.

Taeil mengelap airmatanya dan tepuk bahunya supaya jangan bersedih. Mereka masih lagi tiada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

"Takpelah kalau anak kita semua lelaki. Sekurang-kurangnya, nanti bila suatu hari saya tiada lagi didunia. Anak-anak kita boleh angkat keranda saya " Taeil tersenyum nipis dan mengusap rambut Junghee dengan perlahan serta pujuk supaya jangan menangis.

"Saya memang teringin nak anak perempuan. Sekurang-kurangnya ada peneman kalau awak pergi kerja tapi saya tak paksa pun. Nanti takut awak tak mampu tanggung kalau keluarga kita terlalu ramai" Junghee bangun dari katil selepas memberitahu isi hatinya kepada suaminya.

Taeil bangun dari katil dan peluk Junghee dari belakang. Junghee terkejut dan kaku selepas Taeil memeluknya dengan erat seperti tidak mahu berpisah.

"Saya ada salah cakap ke? " Taeil masih lagi memeluk Junghee dari belakang.

"Apalah saya ni, masuk bilik sebab nak beritahu yang saya dah selesai cuci baju. Tiba-tiba cakap fasal anak perempuan pula. Pelik betul saya ni" Junghee memukul mulut sendiri dan membuatkan di mata Taeil sangat comel.

"Awak ni dah macam biras yang lain tau, beritahu suami masing-masing fasal anak and then menangis-nangis." Taeil sempat meniru muka Junghee semasa menangis tadi.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now