YuSol ft WinKun

818 41 53
                                    

"Hyung, berhenti buat macam tu boleh tak? "Winwin rasa annoying dengan perangai Yuta yang asyik bermanja dengannya. Padahal Yuta sendiri tau yang Winwin dan Kun sudah lama bersama.

Yuta merengek dan melipatkan tangannya pada dada. Dia berharap Winwin pedulikan dia tetapi Winwin langsung tidak kisah dengan dirinya. Winwin meneruskan kegiatannya main telefon.

Main PUBG.

Merasakan diabaikan, Yuta memeluk lengan Winwin. "Winwin, hyung bosan la. "Winwin menatapnya sekilas dan kembali menatap skrin telefonnya.

"Hyung nak bermain dengan Winwin boleh? "Tanya Yuta, dia membuat puppy eyes dengan Winwin. Winwin hanya menatapnya kosong, dengan perlahan, Winwin menarik lengannya daripada terus dipeluk oleh Yuta.

Winwin bangun dari tempat duduknya dan menuju bilik tidur Kun. Yuta mendengus perlahan.

Setelah Hansol keluar dari Nct, dia rasa sunyi. Jadi dia replace Hansol dengan Winwin. Dia ingat Winwin sama seperti Hansol tetapi ia sangatlah jauh berbeza.

Winwin tidak suka skinskip dengan orang lain kecuali chinese member terutamanya Kun. Berbeza pula dengan Hansol, Hansol friendly. Hansol selalu ada bila dia susah. Dia selalu bersama Yuta dan selalu ambil berat tentang Yuta.

Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan.

"I miss Hansol. "Ujar Yuta sambil menyandarkan kepalanya pada sofa. Dia rasa menyesal sebab dah format telefon. Semua nombor hilang termasuk nombor Hansol.

Nak dia minta nombor Hansol, jumpa dengan Hansol tidak. Teringin dia nak jumpa Hansol. Sebenarnya dia nak move on dari Hansol.

Jadi dia mengambil keputusan untuk suka dengan Winwin walaupun dia tahu Winwin dan Kun dah lama bersama. Bunyi seperti dia sengaja berbuat demikian tetapi dia terpaksa. Kadang kala dia terfikir juga, kenapa dia nakkan Winwin sedangkan Winwin dah ada Kun.

Disebabkan dia juga ship YuWin semakin bertambah dan hampir membuatkan ship WinKun dan YuSol tenggelam. Tapi dia tidak rasa gembira dengan semua itu. Seolah olah dia dilanda dosa besar kerana sengaja menjadi orang ketiga dalam hubungan WinKun.

Winwin dan Kun sudah bersama sejak era sm rookies lagi. Yuta ingat Winwin suka dengannya padahal Winwin seorang yang berhati batu dan setia.

Kadang kadang Yuta rasa jeles dengan hubungan Winwin dan Kun. Walaupun Kun kelihatan tidak ketara sangat manja dengan Winwin, tetapi dia hanya manja dengan Winwin.

Pernah sekali dia ternampak Winwin mencium Kun di dapur. Masa tu Kun baru sahaja selesai mencuci pinggan. Winwin datang dan memeluk Kun dari belakang. Winwin meletakkan dagunya pada bahu Kun.

Yuta tidak tahu apa yang mereka bicara kerana mereka berbicara dalam bahasa mandarin. Apa yang Yuta tahu, Winwin mengangkat tubuh Kun dan mendudukkan Kun di atas counter dapur. Dan seterusnya Winwin mencium bibir Kun.

Seharusnya Yuta rasa marah kerana dia menganggap dirinya suka dengan Winwin tetapi sebaliknya. Dia suka dengan moment Winwin dan Kun.

"Hyung! "Yuta tersentak. Jaemin menatapnya hairan. "Hyung kenapa? "Tanya Jaemin. Yuta menggeleng kepala. Jaemin mengambil tempat duduk di sebelah Yuta. "Hyung mengelamun tadi. Kenapa? Ada sesuatu yang menganggu fikiran hyung ker? "Tanya Jaemin.

Yuta memandang Jaemin. Dia tidak dapat sembunyikan apa apa dari Jaemin kerana Jaemin tahu kalau dia mengelamun, pasti ada sesuatu menganggu fikirannya. Yuta menyandarkan kepalanya pada bahu Jaemin. "Hyung rindu Hansol hyung. "Ujar Yuta akhirnya.

Jaemin terdiam, dengan perlahan tangannya mengusap kepala Yuta. "Jaemin faham, Jaemin pun rindu dia. "Ujar Jaemin. Tiba tiba sebuah senyuman menghiasi wajah Jaemin. "Hyung, Jaemin boleh buat hyung dan Hansol hyung berjumpa. Nak? "

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now