19

3.1K 592 96
                                    

Oksijeon ° Jeon Jk

Oksijeon ° Jeon Jk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Oksijeon kembali! ♥

-------

"Sayang."

Suara garau itu menjengah masuk ke dalam corong telingaku. Dahi aku berkerut menahan rasa sakit yang masih tersisa sejak malam tadi.

Pemandangan mataku disapa pula dengan imej wajah dingin Jungkook. Aku bangun dari pembaringan. Lalu, tubuh kecilku mengesot rapat ke hujung sofa.

Tindakan kejamnya membuatkan aku sukar untuk berkelakuan normal. Tubuh sendiri menjerit rasa takut tatkala fokus iris mata tertancap kepada si dia.

Aku sangkakan mimpi ngeri ini akan menghilang pantas. Fikiranku menjadi kusut dan gelisah. Jungkook sedang ralit memerhatiku bersama renungan penuh makna tersirat.

"Cukup bagus aku biarkan kau tidur nyenyak. Tunggu apa lagi? C-come here and layan aku, Jeon Minji."seloroh Jungkook dalam nada ceria. Aku sedar sikap yang ditonjolkan itu hanyalah dusta semata-mata.

Malas hendak bertikam lidah, aku membawa diri perlahan-lahan ke arahnya. Figura tubuh sasa itu duduk menyandar di hujung sofa.

Aku diserang rasa buntu. Apa yang perlu aku lakukan agar mood lelaki ini terjaga elok sepanjang hari?

Semalam kepala aku dah sedap kena hentak dekat lantai. Janganlah dia menggila buat benda pelik lagi.

Serius cakap. Aku semakin takut.

-------

Jeon Jungkook menahan senyuman kecil dalam hati. Wajahnya sengaja dikekalkan lagak dingin dan jual mahal.

Setiap gerak-geri Minji kelihatan begitu comel dan mencuit hati. Walau bagaimanapun, perangai ganasnya masih belum reda.

"Kau tahu amukan aku tak habis lagi?"

Dia menduga wanita itu menerusi bait-bait ayat berbaur sinis dan sarkastik. Bibirnya menghela nafas gementar tika jari-jemari Minji bergerak lalu tautan jemari mereka bersatu erat.

"Saya sayang Oksijeon. Janji dengan Minji. Boleh tak jadi budak baik Jungkook? At least for the sake of our honeymoon? "

Jungkook menjadi baran. Dia akui Minji berubah takut kepadanya. Anak mata lelaki itu menikam tajam terhadap isterinya seraya lengan Minji ditepisnya kasar.

"Kau takut aku. I already knew that chagiya. "

Minji menggeleng. Dia cuba meraih sisi wajah suami sendiri. Namun, Jungkook mengelak sentuhan daripadanya.

"Saya takut tapi hati saya setia dengan suami saya. Jungkook, saya sayang awak hurm?"suaranya lembut menuturkan ayat pujukan agar hati Jungkook cair sedikit.

Jungkook memegang kuat rahang Minji lalu wajahnya didekatkan ke arah wanita itu. Jarak kedudukan mereka berdua terlalu rapat. Kalau gerak sedikit aje, confirm tersentuh bibir suaminya itu.

Niat untuk memikat hati segera ditolak jauh ke tepi. Bahaya juga reaksi yang bakal diberikan Jungkook nanti.

Kalau main terjah aje goda syaitan tu, karang dicampak tubuh kecilnya ke luar tingkap. Tak sempat nak mengucap pula aigoo.

"Kau tahu aku nak apa sekarang ni?"

Ah,saat genting ini jugalah kau nak campak soalan kbat Jungkook.

Minji batalkan keinginan untuk menggelengkan kepala. Air liur ditelan perit. Dia menjeling sekilas wajah Jungkook yang sudah bertukar bengis.

"A-awak nak kiss?"

Jawapan klise itu meluncur keluar dari bibirnya. Lidahnya seakan kelu apabila hembusan nafas lelaki itu menyapa lembut permukaan kulit wajahnya.

"Aku tak puas bermain dengan kau lagi. Jangan ingat kau dah bebas, Mrs Jeon."

Minji menolak dada bidang Jungkook. Tubuhnya terdorong ke belakang akibat semangat gerun yang telah menguasai diri.

"Suami saya bukan seorang yang ganas dan gila macam ni. J-jungkook, fikir baik-baik. Kita tengah seronok honeymoon?"

Jungkook meraup wajah lalu tangannya mencapai pasu bunga sederhana besar di sebelah kabinet televisyen.

Soalan bodoh minji mencabar syaitan yang berkurung di dalam dirinya. Jungkook bersiul perlahan.

Derapan tapak kakinya dibawa ke tingkat atas rumah agam tersebut.

"Kau nak tahu apa yang aku nakkan sekarang?"

Soalan sama diulang kembali oleh Jungkook. Senyuman sinis serta riak wajah membunuh Oksijeon muncul kirimkan salam dalam sekelip mata.

"Syaitan kau ni teringin nak bunuh orang. Alang-alang wife ada dekat rumah, aku buatlah praktikal dulu. Join aku, sayang?"

Minji menghela nafas memprotes.

Syaitan kacak ni memang tak reti bahasa ke?

"Diam tanda kau setuju. Cepat naik atas. Oksijeon perlukan peneman. Baru rancak permainan sendu ni eo?"

Jungkook menayangkan senyuman menyeringai sambil menggengam erat pasu bunga tersebut.

"Untuk pengetahuan kau, honeymoon sebegini adalah impian oksijeon sejak dari dahulu. Kau dan aku.."

Jungkook berjeda sebentar. Jari telunjuknya dibenamkan di atas dada bidangnya.

"Kau dan aku tetap takkan berpisah. Walaupun aku cukup ganas dan merbahaya untuk kau Minji."

-tbc-

A/N:

Saya dah lama tak update. Maaf jika updatenya hambarrrr. Hahajajaah.

Satu bab lagi malam ini?

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now