Chapter 8

1K 144 59
                                    

So I just have to let you know,Swear to god you're beautiful

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So I just have to let you know,
Swear to god you're beautiful

ᴀɴɢᴇʟ - ʙᴀᴢᴢɪ

-------

Tiga minggu telah berlalu, Namjoon menerima peristiwa hitam dalam hidupnya. Mentalnya terganggu. Segala ilham menulis liriknya terbengkalai.

Tubuhnya berpusing-pusing diatas kerusi beroda. Skrin laptop dibiarkan terpasang. Sekarang ni, Namjoon mengalami dilema. Masalah sebesar gunung sedang dia pikul.

"Apa aku kena buat ni..." Keluhnya. Marriage Visa miliknya dibelek lagi. Kalau dikatakan sudah berjuta-juta kali dia baca visa tersebut.

Dia masih tidak boleh terima kenyataannya.

Dia langsung tidak ingat bila dia bersama si gadis itu menandatangan visa perkahwinan mereka.

Gadis tersebut kini sah menggunakan nama keluarganya. Kim!

"Uisshhh!" Rambutnya yang serabut diselit kebelakang. Kepalanya direhatkan pada kerusi lalu dia pusing-pusingkan kerusi itu.

Tiba-tiba sahaja phonenya berdering, dia lantas mencapai. Nama yang tertera di skrin telefon membuatkan bibirnya tersenyum. Pantas dia menerima panggilan tersebut. Kedengaran suara rakannya dihujung talian.

"Haa? Bila??? Boleh! Boleh!" Namjoon menjawab dengan senyuman manis dibibir. Perasaan gembiranya boleh disahkan melalui nada dia berkata. Penuh harapan.

Tapi gembira tidak berpanjangan sebaik sahaja bibir manis milik Namjoon perlahan-lahan mencebik semula. "Ehhh!! Kau ni!! Mana aku nak cari perempuan tu??!!!" Amarahnya pula menguasai dirinya.

Dahi Namjoon berkerut seribu apabila rakannya berkata dihujung talian. "Ehh?? B-b-betul ke ni??! Mana kau tahu?" Soalnya.

Perbualan dia bersama rakannya terhenti sebaik sahaja Namjoon memutuskan talian. Laptopnya disambar pantas. Aplikasi di skrin laptop dibuka.

Namjoon is typing....

"Haa!! Tu!! Dia!!" Hampir runtuh studio disebabkan jeritannya. Video viral berdurasi beberapa saat itu ditumpu setumpunya.

Iya! Sah! Wajah Min Young terpapar menghempuk seorang anak ahli kabinet atasan.

Berani sungguh si Min Young.

"Hari ni kita settle kan juga problem kita ni." Katanya pada skrin laptop.

Bingkas Namjoon mengambil kotnya serta segala penyamarannya. Dia berjalan keluar dari studio itu dan menuju ke destinasi dimana...

Isterinya berada.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now