Special chapter: Company trip and annual dinner (part iii)

1.1K 22 0
                                    

Mata fokus pada para perserta yang kelam kabut menjalankan aktiviti yang kini bermula. Bingit kedengaran bila pengulas tak henti-henti memberi Kata-kata semangat pada perserta yang menyertai acara lari dalam guni. Bila mata melirik pada Hamizal yang terkocoh-kocoh kaki mengijak pasir untuk pergi ke tempat dimana garisan penamat berada. Beberapa langkah sahaja kakinya tersadung dan terus tubuh itu tersungkur di pasir. Bila Sharizal mula berlari melintasinya, terus tangannya merentap guni dan tak semena-mena lelaki itu jatuh tersungkur sepertinya. Tergelak si pemerhati memandang. Namun dalam dia gelak dalam hati terbit juga persoalan yang dari petang semalam mula tertayang di minda.

Apa hubungan Hamizal dan Sharizal? Perlu ke Hamizal naik kereta sekali dengan Sharizal?

Dan satu persatu bayangan Hamizal dan Sharizal menyinggah dalam ingatan.

Dalam dia sibuk mengeluarkan beg dan luggage dari kereta, telinga seakan mendengar suara orang bertelingkah. Terus dia berpusing. Alangkah terkejutnya melihat Hamizal berborak dengan orang yang dia langsung tak kenal. Sampaikan kedudukkan mereka rapat dan tak lama lepas itu lelaki itu menyerahkan cover suit kepada Hamizal. Lagilah buat dia terpinga-pinga sendiri. Ada udang disebalik batu kah?

"Hanis tengok apa tu?"

Tersentak Hanisah bila kelakuannya dihidu oleh seseorang. Cepat-cepat dia berdehem dan mula berubahan mukanya dicover.

"mana ada Hanis tengok apa-apa."

Mencerlung Hafnan memandang kakaknya. Sekilas anak mata memandang dimana arah mata kakaknya memerhati.

Eh bukan itu kak long? Kenapa kak long ada dengan abang Rizal?

"kak long buat apa kat situ? Bukan kak long cakap semalam dia pergi dengan kawan-kawan dia ke naik bas?" teka Hafnan mengundang pelik melihat adegan tidak jauh dari tempat kereta mereka berada sekarang.

"kak long ada bagitau ke?" persoalan berbalas persoalan. Sungguh dia langsung tak tahu. Kalau Hafnan tahu Kak long pergi dengan bas, kenapa dia seorang tak tahu? Bila Hamizal beritahu?

Tak semena-mena kepala Hanisah diluku oleh Hafnan. Hesh! Apa nie main luku-luku orang pulak? Ingat dad tak bayar zakat ke?

Melihat saja pandangan mata di besarkan kakaknya menanda 'kau nak mati!' langsung Hafnan endahkan. Mata masih tertumpu pada berbualan kakak sulungnya dengan lelaki itu, Hafnan buka suara ingin menjelaskan pekara sebenar.

"bukan dua hari lepas kak long ada bagitau ke yang dia datang PD dengan bas? Tak silap masa tu akak pun ada sekali kan? Hah lupa la tu! Mana tak lupa kalau dalam kepaka otak tu ada senior hot dalam kolej kan."

Bagaikan memulang batu buah keras kepadanya, Hanisah hanya terdiam. Sesekali dia cuba memukul lengan Hafnan namun dengan pantas Hafnan mengelak. Tahu sangat perangai dua beradik nie kalau tak mengusik bukan Hafnan namanya.

"Jadi adik kenal ke dengan lelaki sebelah kak long tu?"  Tanya Hanisah tak puas hati. Kang tak pasal-pasal dad dan mum terserempak dengan diorang tengah berdua-dua di tempat awam.

Sekali lagi Hafnan luku kepala Hanisah kuat. Kenapalah kakak dia yang sorang nie dilahirkan biul?

"Hesh! Yang adik tak puas hati dengan akak nie kenapa?" bebel Hanisah dan kali ini lengan si adik bongsunya dicubit geram. Biar lebam sekali baru puas hati dia.

Hafnan apa lagi, mengeringai kesakitan bila lengannya dicubit Hanisah. Berbisa sungguh cubitan kakakku. Dengan tak puas hatinya Hafnan meluahkan rasa geramnya. "sebab akak bengaplah adik luku kepala akak! Bukan selama kak long ada kat rumah, akak selalu juga ke lekat kat umah? Adik yang jarang ada kat rumah pon boleh tahu semuanya."  sungguh hatinya sedikit geram dengan kelakuan tak endah dari Hanisah. Dia yang belajar jauh di asrama pusat taffis pon boleh tahu, inikan pula kakaknya yang sambung belajar di kolej swasta berdekatan dengan rumah boleh alpa.

Wedding Suit Khas Untuk Dia Where stories live. Discover now