~27~

1K 88 13
                                    

3 Pagi

Halilintar terbangun dari tidurnya. Ah, tak. Dia tidak boleh tidur. Sejak dari tadi dia cuba menutupkan matanya. Badan dia letih, namun fikirannya masih segar dan masih sedang memproses atas kata-kata Gempa sebelum mereka tidur.

Seperti kaset yang rosak, kata-kata Gempa kerap berulang di dalam kepalanya.

FLASHBACK

Gempa: Baiklah, kita straight to the point. Saya tahu awak tak selesa dengan memanggil saya sedemikian, jadi saya cadangkan....apa kata awak jangan paksa diri awak? Awak juga hormati saya supaya tak perlu paksa diri panggil sedemikian. Jadi saya juga ingin berikan kebebasan kepada awak.

Hali: A-aku tak faham...tapi kenapa?

Gempa: Saya pun sayangkan suami saya.

Gempa tersenyum manis ke arah Hali yang masih ragu-ragu akan keputusan Gempa. Betul ke dia patut biarkan sahaja semua ini?

Gempa membuka tudungnya lalu menyangkutnya di penyangkut baju dan diletakkan di dalam almari yang sudah tersedia di dalam bilik itu. Gempa menoleh kembali ke arah Hali yang masih diam kaku.

Gempa: Halilintar, tak nak tidur?

Hali: ...

Gempa menghela nafas sebaik sahaja menerima respon dari Hali. Dia melepaskan ikatan rambutnya dan terserlah lah rambutnya yang panjang, hitam dan lurus di belakang badannya. Berkilat dan sangat cantik, sesuai dengan wajahnya yang putih gebu itu.

Gempa berjalan ke arah Halilintar dan berdiri di hadapannya sebelum dia duduk berlutut di hadapan Hali dan mencapai tangan besar Hali. Tangan sang suami digenggam erat.

Gempa: Awak marah?

Hali: ....

Gempa: Ada apa-apa awak nak bantah?

Hali: ....

Gempa: Ok...kalau macam tu-

Hali: Kau bencikan aku ke Gem?

Gempa menghentikan kata-kata dia yang dipotong oleh Hali. Iris Gempa memandang ke arah lirikan mata Hali. Dan mata mereka bertemu.

Gempa: ....tak.

Hali: Habistu?

Gempa: ...adakah salah apa tindakan saya ni? Sebab saya buat untuk kebaikan awak juga.

Hali: ....tak.

...

Hali: Tapi adakah ia membawa maksud?

Gempa: Nope.

Gempa menggeleng kepalanya dan menatap wajah Hali kembali.

Hali: Haahh...ok.

END FLASHBACK

Dan akhirnya Hali bersetuju. Entah kenapa apabila mendengar segala kata-kata Gempa, dia tidak patut berdalih kerana dia merasakan segala tindak-tanduk dan kata-kata Gempa memang betul.

Hali memusingkan badannya menghadap susuk tubuh yang sudah terbaring selesa di sebelahnya. Wajahnya lembut dan comel dalam keadaa tidur.

Kalau diikutkan hati, mahu saja Hali memeluknya tapi...

Hali: Kau hanya kata nak beri kebebasan aku dalam berkata-kata. Bukan dalam tindakan. Jadi...adakah aku masih belum dapat menyentuh kau?

Suara Hali separuh berbisik.

Tangan kanan Hali mengusap kepala Gempa dengan lembut. Itulah sebabnya kenapa Hali berbunyi seolah ingin membantah. Walhal sebenarnya dia ingin bertanyakan tentang hal ini. Cuma...dia sedikit khawatir Gempa akan terganggu untuk membalasnya.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now