Chapter 20

858 119 71
                                    

The heart of a father is the masterpiece of nature

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

The heart of a father is the masterpiece of nature

----------

Tiba sahaja ke destinasi, dia agak kelu. Lelaki berusia ini tahu akan firasat hatinya.

"Thank you." Namjoon menghulurkan beberapa dollar bersertakan tips kepada lelaki berusia itu. "Hey young man! Take the subway train." Namjoon hanya memberikan anggukkan kecil lalu langkahnya maju ke hadapan.

Kesesakkan manusia menyukarkan misi pencariannya. Ditambah juga, saiz ruang lega yang amat besar, lebih tak keruan hatinya. Adakah benar apa fikirannya sedang bayangkan?

Min Young mahu bekerja sebagai stripper kelab untuk menyara kehidupannya??

Segala imaginasinya ditolak ke tepi. Sekarang, cari dahulu tuan punya badan baru buat kesimpulan sendiri. Jangan tabur fitnah ke atas manusia lain, selidik dulu baru jugde!

Habis semua sudut ruang lega kelab dia sudah terokai, tapi kelibat Min Young masih belum ditemui. "Baru tingkat satu.. Ada 15 tingkat lagi." Namjoon mengetap bibirnya sebelum dia memanjat tangga ke tingkat seterusnya.

Perlahan langkahnya menaiki tangga yang berderet banyaknya. Walaubagaimana pun, Namjoon lebih rela sakit kaki dari mengambil lif. Keadaan lif agak padat dengan 'hot couple' yang sedang menikmati tubuh diantara satu sama lain.

Namjoon tak nak dirinya ditarik secara tiba-tiba dan jadikan mangsa pasangan 'threesome' pulak. Sentap karang.

"LEPAS!!!" Dengan jelas telinganya menangkap suara yang dia tercari-cari. "M-M-Min Young!" Kakinya yang lemah tadi cepat-cepat dia abaikkan, tahan sedikit akan lenguhnya.

That girl is his priority!

Railing tangga digengam erat. Peparunya mengambil segala oksigen sebaik sahaja berhenti, Namjoon amat kepenatan. Namjoon sudah seperti atuk-atuk tua yang dah bongkok tiga. Perlahan dia berjalan melalui koridor.

Jeritan entah dari mana membuatkan Namjoon hampir luruh jantung. "Apahal tu?" Dengan segala kekuatan yang masih berbaki, dia meneruskan langkahnya ke arah punca bunyi tersebut.

Tetapi dia menghentikan langkahnya. "Min Young!!" Jeritanya apabila dia terlihat akan kelibat si gadis bergaun merah itu sedang berlari ke arahnya. Isterinya memandang sekilas. Sempat juga bibir si gadis mengukir senyuman sebelum tubuhnya mula terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

Setiap hormon adrenalinnya berfungsi dengan pantas dan menyambut tubuh Min Young yang sudah tidak menyedarkan dirinya. Min Young selamat di dalam dakapannya tetapi Namjoon lebih cemas sebaik sahaja dua orang penyangak juga berlari ke arahnya.

Kini, aktiviti kejar mengejar bermula.

Namjoon si mangsa, penyangak si pemangsa. Satu rantaian makanan yang tidak adil. Sadis akan Min Young, badannya diheret oleh suaminya yang tidak mampu berfikir lagi. Otak Namjoon sudah tercicir entah ke mana. Tiada bridal style carry dah, heret sahajalah. Bila sudah panik, otak sekali melayang.

Pada masa ini juga, Namjoon sudah tidak kisah akan mana-mana manusia di dalam lif. Lantaklah 'threesome' sekalipun, nyawanya lagi penting. Punat lif ditekan secara kasar, senang cerita diketuk-ketuk oleh Namjoon. Cemas punya pasal, tambah juga dengan pintu lif yang tak mahu tutup-tutup.

"HAISSH!! TUTUPLAH SETAN!!!!" Carutnya. Serta-merta pintu lif tertutup.

Namjoon mengambil setapak ke belakang sehingga tulang belakangnya bertemu dengan dinding lif. Pantas tubuhnya terduduk di lantai. Matanya menjeling ke arah Min Young yang sudah terbaring dilantai.

"BENGAP PUNYA PEREMPUAN!!" Kepala Min Young diluku oleh suaminya.

Beberapa saat kemudian, Namjoon regret akan apa yang dia kata pada Min Young. "AISSHH! BANGANG BETUL LAHHH!!!" Namjoon mengetuk-getuk kepalanya sendiri.

Namjoon baru sedar yang dia dah tersalah tekan, lif bukannya turun ke bawah tapi naik sehingga tingkat teratas. Semua punat lif dari tingkat 5 sehingga 15 dia dah tertekan.

Good

Bengap punya anpanman. Ceh!
-------

Hehehehehehe


Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now