2Tae

604 32 4
                                    

Warn! Mpreg, Yaoi

Taeil sedang mengunci pintu ofisnya. Waktu kerjanya sebagai dokter kanak kanak sudah habis, sekarang dia nak balik ke apartment untuk berehat.

Jam tangan yang melingkar dengan kemas pada pergelangan tangan pun di tatap sebentar.

Pukul 10 malam.

Taeil memang suka balik lambat kerana dia tidak mahu membuat kerjanya di apartment. Jadi dia pun menyiapkan semua kerjanya di Hospital Neo.

"Dah nak balik ke Dokter Moon? "Tanya Dr. Gabriella yang kebetulan lalu depannya. Gadis itu sedang menggaul kopinya. Maklumlah dokter itu oncall pada malam itu.

Taeil hanya tersenyum memandang Gabriella. "Nak balik la ni. Selamat malam dokter Gabriella. "Ucap Taeil lalu keluar.

"Hati hati dokter! "Laung Gabriella dan hanya mendapat laungan 'Ya' daripada Taeil. Taeil menuju tempat meletak kereta di kawasan hospital. Dia terus membuka pintu kereta apabila dia ternampak keretanya.

Tali pinggang dipakai dan enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu enjin kereta panas, dia mengambil telefonnya dari beg kerjanya.

Double tap dan muncul missed call dari Taeyong pada skrin telefonnya. Dia call Taeyong balik sebab tadi dia off phone masa kerja.

"Hello. "

"Hello sayang kat mana? Kenapa belum balik lagi? "Tanya Taeyong diseberang talian. Kedengaran suara Taeyong risau dengan dirinya. Taeil terkekeh geli dengan Taeyong.

"Kenapa sayang ketawa? Aku risau sini. Sayang kat mana? "Tanya Taeyong lagi.

"Sayang kat kawasan letak kereta kat Hospital Neo. Nak balik la ni. "Ujar Taeil. Sedang dia berbual dengan Taeyong, tiba tiba dia terdengar suara budak menangis. Mata Taeil terus melilau mencari tangisan budak.

"Aku call sayang balik. "Ujar Taeil lalu menutup telefonnya. Dia keluar dari kereta dan mencari arah tangisan budak.

Langkahnya terhenti apabila dia ternampak seorang budak sedang menangis di bawah pokok yang tidak jauh dari kawasan letak kereta. Seorang budak lelaki sedang menangis teresek esek. Hati Taeil berasa hancur apabila dia nampak lutut dan lengan budak itu lebam.

Sampai hati buat dia begitu.

Taeil terus mendekati budak itu. Dia menyentuh bahu budak itu. Budak lelaki itu mendongak, dia terkejut dan takut dengan Taeil.

"Jangan takut. "Ucap Taeil, budak itu was was dengan Taeil. Tangan Taeil dengan perlahan menyentuh lengan budak itu. Budak itu meringis kesakitan. Taeil berasa kecewa dan marah, siapa yang berani dera budak seperti dia. Dia tidak layak untuk semua itu.

"Sakit? "Tanya Taeil. Budak itu terdiam tetapi dia mengangguk kepala. Dia mengajak budak itu ke ofisnya. Mulanya budak lelaki itu enggan tetapi setelah dipujuk berkali kali barulah dia nak.

Apabila sampai di dalam ofis Taeil, dia menyuruh budak lelaki itu duduk di atas katil sementara Taeil mengubatnya. "Nama kamu siapa? "Tanya Taeil.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now