Chapter 23

828 126 49
                                    

You're soBeautiful and dangerousHot and coldDon't you see the light, boy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

You're so
Beautiful and dangerous
Hot and cold
Don't you see the light, boy

ʙᴏʏ ʟɪᴋᴇ ʏᴏᴜ - ᴋᴇꜱʜᴀ

------------

Pintu utama tiba-tiba sahaja terkunci dengan sendiri. Alexa, merupakan salah satu sistem echo smart speaker yang dibangunkan oleh Amazon, telah menerima arahan Namjoon.

Sekali Min Young mahu menoleh ke arah wajah Namjoon. "WOI!!! APAHA-" Amarah milik Min Young langsung hilang, kini kesakitan menerpa dirinya.

Kedua belah lenganya erat digengam oleh Namjoon lalu belakang milik Min Young dihempas kuat pada pintu. Min Young berdesis kesakitan. Tubuhnya sakit, hatinya turut kepanasan.

Mata milik Min Young melekat pada Namjoon. "K-KAU!! NAK APA HAH!?" Min Young meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia tidak mahu dilihat lemah.

Tapi sekali lagi badannya dihempas pada pintu, kali ini riak wajah milik si gadis ini bertukar.

Tiada lagi keangkuhan di dalam dirinya sebaik sahaja mata suaminya rakus melihatnya. Min Young menundukkan wajahnya, dia tidak mampu untuk memandang wajah lelaki ini.

Namjoon kelihatan lain. Sangat berbeza. Min Young mengetap bibirnya, dia tidak mahu melawan kerana dia takut. "Tengok aku.." Namjoon berkata, suaranya juga berubah. Perlahan, lembut tapi terserlah dominant...

Seperti yang diketahui, Min Young gadis yang degil serta keras kepala. Dia tidak mahu mendongak, dia tak sanggup menerima kekalahan.

"AKU KATA PANDANG AKU!!" Tubuh Min Young tersentak akibat tengkingan itu. Kali ini dia dapat rasakan hangatnya hembusan nafas suaminya berdekatan kulitnya.

Wajah didongakkan, ye, Min Young mengaku kalah. Segala kemarahannya dipendam dahulu, sekarang, ada manusia lain sedang membara marahnya.

"Sekarang, kau ada tempat nak tuju ke?" Setiap perkataan jelas kedengaran. Mata mereka berdua lekat seperti gam.

Min Young tak mampu menafikan yang suaminya juga kacak orangnya tapi ini bukannya masa untuk dia mengagungkan suaminya. Namjoon sedang bertanya, baik dia menjawab sebelum Namjoon jadi lebih aggressive.

Min Young hanya mengeleng. "Jadi, apasal berlagak sangat hah? Kau dah tahu yang kau kena humban keluar hotel? Sudah kan?" Namjoon sah memerli. Min Young berdiam diri. Panas sungguh hatinya malangnya dia tak mampu untuk lawan.

Padahal lelaki sasa semalam dia dapat tumbangkan tapi Namjoon, iaitu suaminya, dia tak mampu untuk melawan.

"A-a-aku taknak s-s-susahkan kau..." Min Young berjaya ditundukkan. Tertawa kecil dibuatnya. "Hey! Kau tak payah nak perasan yang aku ni tanggung kau! Macam kau kata, aku bukan sesiapa untuk kau! So sama macam aku..."

"Tapi anak tu. Dia yang aku tangung!" Perlahan tangan milik Min Young mengusap perutnya.

Pelik. Kim Namjoon adalah lelaki yang pelik. Jika lelaki lain berada di tempatnya, pasti jangan harap mereka pandang lagi akan gadis yang telah mereka pernah gunakan?

Tapi Namjoon lain. "Min Young, bagi aku jaga budak tu. Aku ayah dia!! Dia jugak tanggungjawab aku!"

Min Young terkedu. Pantas sungguh Namjoon berubah. Dia sudah kembali kepada Namjoon yang asal. Minda si gadis berfikir sejenak.

Ada benarnya yang dikatakan Namjoon, anaknya perlu juga kasih bapa walapun untuk seketika.

Min Young mengangguk. Dia membenarkan Namjoon menjaga janin kandungan ini bersamanya.

Min Young sudah tahu yang Namjoon bukan menjaganya atas dasar dirinya tapi budak di dalam kandungannya.

----------

Dengan ini, bermulalah alkisah hidup bersama :D

HAHAHA!! Takde lah rough mana😂

Chapter rough still belum sampai sihh😆


Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now