~31~

1.2K 93 21
                                    

Gempa: Ummi? Selamat datang!

???: Ah, Gempa~!!

Gempa pantas menuruni tangga sambil membetulkan tudungnya. Dia berlari-lari anak menuju ke muka pintu. Setibanya di sana, dia bersalaman dengan mak saudara Hali.

???: Hali dah bagitahu ke belum nama Ummi?

Gempa: Eh? Belum lagi...

???: Haa..eloklah. Kang nanti entah apa dia reka nama Ummi tu. (jeling Hali)

Hali: Astarghfirullah! Tergamak Ummi tuduh Hali?!

???: Haha...engko ingat Ummi tak ingat. Kau tu pernah prank kawan-kawan kau tentang nama Ummi. Habis gelak sakan kawan-kawan kau.

Hali: Alah, kisah lama jangan nak diungkit.

Selamba Hali tersenyum sinis mengingat kembali memori nya bersama mak saudaranya yang masih berwajah muda ini. Memang nak dibandingkan dengan mak kandungnya sendiri, mak saudaranya ini lebih rapat darinya. Elok lah tu kan?

Gempa: Err..apa nama Ummi?

???: Nama Ummi, Ruby. Haa...ini Walid. Nama sebenar dia Farhan. Suami Ummi. Kamu panggil saja Walid. Kami ni tinggal dekat London. Ada anak kami 2 orang dah besar panjang dah. Macam kamu 2 orang. Nanti baliklah mereka tu.

Gempa: Oohh...ok Ummi. Ummi dan Walid jemputlah masuk. Saya ni baru saja kenal arah dapur rumah ni...hehe..

Ruby: Ummi faham. Besor kan rumah ni? Haih...saiz badan orang rumah taklah sebesor ni.

Hali: Perli nampak? Sekurangnya ada muka kan?

Ruby: ...Gempa, minta cerai dengan lelaki ni. Geram aku tengok.

Gempa: Err...

Hali: Wuit!!

Farhan: Haih..korang berdua ni. Dah tua kerepot nak gaduh lagi.

Ruby: Saya takkan bagi chance dekat budak ni. Kalau boleh sumbat belacan, dah lama sumbat.

Farhan: Nak bunuh dia ke apa? Awak tahu kan dia tu alergi belacan?

Ruby: Sebab tu saya nak sumbat. Biar masuk kubur terus.

Hali: Hish! Tergamak betul Ummi ni! Nanti siapa nak jaga isteri saya ni?!

Ruby: Ummi ambil jadi menantu lah~

Hali: WHAT?! NONONONONONO!! SIMPANG MALAIKAT 44!! Gempa milik Hali!

Automatik Halilintar memeluk Gempa. Gempa hanya terkebil-kebil dengan wajah sedikit merona. Pelik juga keluarga Hali ni.

Gempa: Err...Ummi dan Walid jomlah makan sekali. ^^'

Gempa cuba menenangkan situasi. Kang tak fasal-fasal runtuh rumah agam ni. Sayang oi!

Hali bersama mak saudara dan ayah saudaranya mengikut sahaja pelawaan Gempa. Mereka berjalan seiringan menuju ke dapur.
.
.
.
Gempa membantu para maid membuka kembali penutup makanan sambil mempelawa suaminya dan mak saudara bersama suami untuk duduk.

Gempa: Awak nak lauk mana? Meh, saya ambilkan.

Hali: Nak hati awak je.

Gempa: Ya Allah dia ni..ada juga makan kerusi nanti... //////

Malu Gempa apabila Hali sempat buat 'ambil-ayat' padanya. Kalau berduaan takpelah. Ni depan orang tua kot. Kang tiba-tiba jadi janda suami masuk ICU nanti.

Gempa: Ummi, Walid. Jemputlah makan. Gempa tak masak special sangat pun. Maaflah kalau tak kena citarasa.

Ruby terkebil-kebil memandang Gempa sebaik sahaja Gempa berkata sedemikian. Gempa yang dipandang mula rasa pelik.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now