~33~

1K 88 7
                                    

PAGI ITU, JAM 6.30 PAGI

Gempa terbangun dari tidurnya. Dia mencelik matanya perlahan-lahan dan terlihat si suami masih tidur pulas sambil memeluknya di atas dada bidangnya. Wajah Gempa sedikit merah kerana posisi mereka sekarang ialah Gempa sedang tidur di atas bahu dan dada Hali. Pertama kali terjadi...

"Ugh...kenapa aku jadi macam tu semalam?"

Batin hati Gempa. Ingatan malam tadi masih segar di ingatannya. Di mana dia mimpikan bahawa arwah kakaknya berada di dalam mimpinya. Mereka berbual bersama sehinggalah tiba waktunya Taufan pergi kembali.

"Kak Taufan...akak suruh Gempa janji...jadi Gempa akan cuba janji kak. Tiada lagi Gempa yang lemah yang sering perlukan pertolongan akak...Gempa akan jadi kuat."

Gempa menghela nafas sebelum dia mencelik sepenuhnya bagi menambahkan lagi keyakinan dirinya.

Gempa mendongak sedikit ke atas melihat Hali yang sedang tidur lena. Tersenyum kecil si isteri memandang. Dia cuba mengejutkan Hali agar lelaki tersebut dapat bangun.

Gempa: Halilintar...bangun. Jom solat Subuh berjemaah.

Hali tidak memberikan tindak balas. Masih tidur dengan lenanya.

Tapi Gempa tidak berputus asa.

Gempa: Halilintar. Bangun. Cepatlah nanti terlepas Subuh.

Namun nihil. Hali tetap tidak berganjak.

Gempa: Banguuunnn!!

Kali ini Gempa bangun dari posisi tidurnya lalu menggoncang badan Hali kuat-kuat. Terdapat dengusan yang menjadi respon untuk Gempa.

Hali: Nnnghh..! Nantilah. Nak tidur ni! 15 minit lagi!

Gempa: Heish, mana boleh! Dah, bangun! Bangun! Ke nak saya baca surah pulak?

Akhirnya mata Hali celik sedikit. Takut ler tu~

Dia memandang ke arah Gempa dengan pandangan tidak puas hati.

Hali: Haih...serabutlah! Tak boleh ke lewatkan sikit? Boleh saja kan solat pukul 7 pagi?!

Gempa: Awak, Allah kalau nak tarik nyawa seseorang tu, tiada awal 1 saat dan tiada lewat 1 saat. Cuba bayangkan kalau waktu awak mati ialah lagi 10 minit nak pukul 7. Dan dalam keadaan itu awak masih tidur. Ha, tak ke rugi? Kalau awak bangun, gosok gigi, cuci muka dan solat Subuh? Huu..Cuba awak bayangkan mati di saat sedang beribadat. Kan beruntung tu?

Hali: Ohh...nak aku mati awal lah ni?

Gempa: Takdelah macam tu. Cuma sekadar peringatan. Sebagai isteri saya bertanggungjawab untuk menasihati awak kalau awak buat silap.

Hali mendengus kesal akan jawapan yang diberikan oleh Gempa. Setiap kali Hali berkata, pasti ada saja jawapan padu Gempa. Memang tip top betul isteri aku ni!

Hali: Haih...yelah! Yelah! Tepi sikit.

Hali bangkit dari tidurnya lalu berposisi duduk di atas katil. Hali merenung wajah Gempa dalam. Geram tengok pipi chubby bini aku ni.

Gempa: Apa?

Hali: Takde apa... //////

Hali terus bangkit dari duduknya lalu berjalan menuju ke bilik air. Gempa tersenyum lembut sebaik sahaja Hali hilang dari pandangan.
.
.
.
Klik! Tap!

Bunyi pintu bilik air tertutup rapat dan terlihat Hali keluar dari bilik air itu sambil mengelap rambutnya. Baru lepas mandi.

Hali terlihat Gempa sedang berada di hujung katil sambil menggoyangkan kedua kaki kiri kanannya. Gempa membalas tatapan Hali.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now