Mu'azzin Paling Annoying

6.3K 300 21
                                    

Notes

A collaboration book.

°
°
°

Genre

Teen Fiction.

°
°
°

Timeline

Mula : 24 Mei 2019
Tamat : 31 Disember 2050

°
°
°

Blurb

Mu’azzin (Bahasa Arab : مؤذن‎) - Gelaran yang diberikan kepada orang yang melaungkan azan.

Pertemuan kali pertama antara Bunga Ariana dan Ahmad Naim tidaklah menyenangkan hati masing-masing. Perangai annoying yang Naim sudah tunjukkan pada hari pertama persekolahan di sekolah baru telah mengundang sikap tidak puas hati oleh Ariana.

"Budak baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni."

"Tak lah. Aku dah lama hidup dekat muka bumi ni. Lebih kurang... 15 tahun, 6 bulan, 4 minggu, 15 hari..."

Namun yang anehnya, dalam masa yang sama muncul suara baru yang melaungkan azan di surau sekolah. Tanpa sedar Ariana terjatuh hati mendengar kelunakan suara tersebut. Dan sejak hari itu, si pemilik suara automatik menjadi crush pujaan hatinya. Tak mungkinlah itu Ahmad Naim! Si budak baru terlajak annoying tu.

Bercakap pasal Naim, perbalahan mulut antara mereka bagaikan tidak berpenghujung. Pergaduhan hampir setiap hari tercetus. Salah seorang nak mengalah? Memang jauh sekali. Ariana dengan mulut lasernya manakala Naim dengan sikap kereknya. Namun, entah mengapa sikap kerek Naim tidak muncul apabila berdepan dengan Ariana. Malah layanannya terhadap gadis itu pun tidak sama seperti gadis lain. Ariana punya sesuatu yang misterius.

Orang tua-tua kata jangan selalu gaduh, nanti lama-lama lain yang jadi. Ariana dan Naim mula rapat sejak kejadian di dewan makan. Persahabatan mula terjalin sehinggalah masing-masing dalam diam menyimpan perasaan aneh terhadap satu sama lain. Dan perasaan itu semakin aneh apabila Ariana mendapat tahu gerangan sebenar mu’azzin yang disukainya. Namun persahabatan itu tidak lama kerana ada orang ketiga yang mengganggu.

"Kita kena buat Ariana dan Naim bergaduh."

Hubungan mereka yang dulunya erat kini goyah dengan rancangan kotor Bling Gurlz dan Syahir. Adakah tali persahabatan yang dipegang akan terputus di tengah jalan? Atau adakah kemelut ini bakal menguatkan lagi tali persahabatan mereka berdua?

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now