~35~

1.3K 88 24
                                    

DI LUAR PEJABAT

Gempa: Halilintar, kita nak pergi mana?

Hali: Ikut je.

Hali menarik tangan Gempa keluar melalui pintu bangunan pejabat. Dia terus menarik menuju ke arah keretanya walaupun di depan orang ramai. Sambil-sambil itu sempat dia melihat jam tangannya.

" 2 petang..."

Hali memicit butang yang berada di kunci keretanya lalu mengarahkan Gempa masuk ke dalam. Hali juga masuk bersama di kawasan memandu.

Thud!

Hali terus menghidupkan enjin kereta dan tidak perlu waktu yang lama dia pun mengundurkan kereta dan keluar dari perkarangan bangunan pejabat.
.
.
.
DI DALAM PERJALANAN

Gempa: Haih...

Hali menjeling ke arah isterinya. Melihat Gempa sedang mengeluh tadi membuatkan Hali teringat akan kejadian tadi. Kemenangan milik Gempa. Hali tersenyum kecil sebelum dia seriuskan kembali wajahnya lalu memandang ke hadapan.

Hali: Apehal mengeluh?

Gempa: Aa..? Takde apa. Cuma rasa macam...baru tadi saja saya kena tarik tudung.

Hali: ...bahagia ke kena tarik tudung?

Gempa: ...boleh dia tanya. Haih...tak lah. Cuma...apa salah saya sampai mereka benci saya? Saya ni...perampas ke?

Hali mendiamkan dirinya sambil fokuskan pandangan ke hadapan. Kata-kata Gempa sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Kenapa Gempa sampai dikatakan begitu? Nampak sangat ke Gempa ni merampas?

Hali: ...kau rasa?

Gempa terkedu saat Hali bertanyakan soalan itu. Gempa memandang ke hadapan melihat jalan yang sesak dengan kenderaan.

Gempa: ...Kalau saya ni perampas-

Hali: Jadi kiranya aku ni orang yang bertuah lah kan?

Gempa: Eh?

Gempa menoleh ke arah suaminya yang masih memandang ke arah depan. Entah kenapa bahagia mula hadir di dalam hatinya. Mendengar kata-kata Hali yang walaupun kasar tapi masih membawa maksud yang...sangat bermakna buat Gempa.

Hali memandu memasuki perkarangan sebuah mall yang besar. Dia meletakkan keretanya di kawasan tempat letak kereta yang khas.

Gempa: K-kita...?

Hali: Stop. Sebelum kau tanya apa-apa, aku nak berterus-terang dekat kau.

Gempa memandang ke arah Hali yang memandang ke arahnya sebaik sahaja kereta dimatikan.

Hali: Aku...aku harap kau dengar baik-baik. Aku cakap ni 1 kali saja. (blush)

Gempa: ???

Hali: Aku pilih kau sebagai isteri bukan kerana amanat arwah Taufan semata-mata. Ya, aku suka dekat kakak kau dulu...tapi kau...orang pertama aku suka, Gem.

Gempa menatap wajah merah Hali. Hali terbatuk seketika sambil cuba menenangkan debaran hatinya yang kian berdegup kencang. Dah macam pukulan drum dah.

Hali's POV

Ok aku dah macam nak hilang nyawa dah ni. Apsal aku pilih waktu ni nak bercakap dengan dia? Apsal waktu ni nak jujur? Apsal...arghh!!

Gempa: Halilintar?

Hali: Oi, Mak! Eh? Aa...

Gempa terus memandang aku. Tengok mata bulat dia tu...ARRGHH!! CUTENESS OVERLOAD!!!

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now