~39~

1.1K 90 14
                                    

Di kampung halaman, kelihatan Rin sedang berjalan ke hulu- ke hilir di depan sebuah rumah yang dibina dengan kayu. Antik!

Ochobot juga ada di sisi kakaknya dan memandang sahaja kakaknya yang sedang panik akan sesuatu. Gusar semacam.

Ocho: Akak...kenapa banyak jalan ni?

Rin: Ah? Aaa...a-akak tengah tunggu seseorang ni.

Ocho: Seseorang? Siapa kak? Abang Ermin ke?

Rin: Eh, tak! Uumm...ha! Tu dah sampai dah!

Mata biru Ochobot pun menoleh dan memandang ke arah barisan kereta yang banyak masuk ke dalam perkarangan rumah Tok Aba. Dan dari dalam kereta yang berwarna merah itu, keluar Gempa dan Hali bersama.

Ocho: Kak Gempa~!!!

Gempa: Ochobot! Rin!

Ochobot berlari dengan kaki kecilnya menuju ke arah Gempa lalu memeluk kaki Gempa yang lagi tinggi darinya itu. Gempa mengusap kepala Ochobot lembut sambil tersenyum walaupun sisa air mata masih ada.

Rin berjalan mendapatkan Gempa lalu mereka bersalaman antara satu sama lain.

Rin: Kau ok, Gempa?

Gempa menggangguk kecil sambil tersenyum. Dia menggenggam tangan Rin.

Rin: Kau naiklah dulu dan berehat.

Hali: Takpe Rin. Aku nak bawa Gempa ke hospital. Bagitau aku nombor wad Tok Aba.

Rin: Err...boleh tapi...tak boleh ramailah. Sebab wad Tok Aba tu pun ada orang lain.

Blaze: Eh? Kenapa tak suku kan saja wad tu?

Rin: ...tak cukup duit nak biaya...

Rin menundukkan kepalanya apabila perasaan serba salah menguasai dirinya. Dia tidak tahu bagaimana untuk keluarkan duit dari bank. Dan dia gunakan duit yang dia ada dan Tok Aba sempat bagi sahaja untuk bayar bill hospital.

Hali menghela nafas sebelum dia menarik tangan isterinya ke sebelahnya.

Hali: Takpe. Kau bagitahu saja nombor bilik tu dan aku uruskannya sendiri.

Rin terkebil-kebil sebelum tanpa dia ragu-ragu terus memberikan nombor wad Tok Aba kepada Hali. Hali menggangguk faham lalu terus mengarahkan yang lain untuk naik ke rumah dan berehat sebelum dia dan Gempa bertolak ke hospital.
.
.
.
DI HOSPITAL

Hali menghentikan kenderaannya di tempat letak kereta. Dia dan Gempa terus keluar dari perut kereta tersebut dan bersama berjalan menuju ke pintu utama hospital tersebut.

Hali hanya mengenakan baju t merah dan seluar jeans dark-blue bersama topi kegemarannya sahaja kerana dia tidak mahu memakan masa untuk menukar baju. Manakala Gempa yang sudah sedia berpakaian baju kurung kebetulan sepadan dengan baju suaminya.

Pasangan merpati (ewah~) tersebut pun masuk ke dalam hospital dan terus menuju ke kaunter pertanyaan.

Hali: Cik, dekat mana bilik nombor 256?

Nurse: 256? Sekejap ya...uumm...encik naik tingkat 3, dan belok ke kiri. Kalau tak jumpa juga encik boleh tanya nurse yang bertugas di situ.

Hali menggangguk faham sebelum dia mengheret tangan Gempa untuk mengekorinya.

Hali tak sedar sepanjang dia berjalan, dia jadi tumpuan ramai iaitu dari para wanita tua hingga muda. Sok cogan gituh! XD Ok abaikan. :v
.
.
.
Dan setelah 2 minit mencari, akhirnya mereka berdua jumpa wad Tok Aba.

Hali: Kau masuk dulu. Aku ada hal nak settlekan.

Gempa: Takpe ke?

Hali: ...tak payah risau. Baik kau cepat. Dari risaukan aku, baik aku risaukan kau.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now