~40~

1.2K 85 27
                                    

Gempa dipimpin oleh Hali sewaktu upacara mandi mayat dijalankan. Hali mendorong Gempa untuk mendekati Tok Aba yang sudah tiada nyawa di dalamnya. (Author: Ok akak kejam. :') )

Gempa: Kenapa kau bawa aku ke sini?

Hali: ...Gem. Aku nak kau cium dahi atok.

Gempa: Kenapa?? Kenapa aku kena cium dahi orang tengah tidur?

Ais yang memandang situasi Gempa terasa sakit di hatinya. Sungguh sakit. Manakala Thorn di sebelah pula sudah terisak-isak menangis. Blaze dan Solar pula diam menunduk.

Hali mengetap bibirnya. Tak sanggup melihat isteri sendiri sedang sakit di hadapan mayat atoknya sendiri. Hali kena juga pastikan Gempa mengucup Tok Aba untuk kali terakhir. Walaupun pada awalnya ia dihalang oleh Ruby dan Ais.

Hali: Gem, Tok Aba letih tu. Kau kena cium dahi dia supaya dia dapat tenang.

Gempa: Ooohh...macam tu. Ok, aku cium dahi atok~

Dan dengan mesra Gempa mencium dahi Tok Aba yang sejuk itu. Sebaik sahaja Gempa mengalihkan wajahnya, giliran Hali pula yang mencium dahi Tok Aba.

Gempa: Weyh, kenapa dahi Tok Aba sejuk?

Hali: ...atok baru lepas mandi. Tu yang sejuk tu.

Gempa: Oohh...eh! Kenapa diorang tutup muka atok?!

Hali: Ah, a-atok nak pakai baju. Ais, kau tolong.

Ais mengangguk faham. Sudah cukup dia melihat Hali yang terpaksa menipu Gempa agar isterinya itu tidak menjerit dan meraung pada hari yang suram ini. Jadi Ais bertindak bersama Thorn untuk mengajak Gempa beredar.

Ais: Gem, tak baik kita tengok. Jom turun? Kita jalan-jalan nak?

Gempa: ...jalan-jalan?

Thorn: Uhumm! Thorn suka jalan-jalan dengan Gemgem! Jom?

Gempa: Ok~ (suka)

Dan mereka bertiga beredar dari atas rumah Tok Aba. Hali menghela nafas lega. Sekurangnya masih ada yang dapat membantunya. Hali menoleh ke arah mayat yang sudah dikafankan.

"Hali janji, tok. Hali akan jaga Gempa dengan sepenuh hati."
.
.
.
Gempa: Nee~ kita nak ke mana ni??

Ais hanya diam sambil memandu kereta menuju ke kawasan perkuburan. Sekarang baru Ais sedar, sifat Gempa saling tidak tumpah dengan perangai Thorn yang kebudakkan itu. Persis arwah kakaknya juga. Tapi dia tidak patut gembira akan hal ini. Dia ingin cuba memulihkan Gempa dan membantu Hali apa yang patut.

Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan tanah perkuburan. Mereka bertiga melihat keranda mayat diusun oleh orang kampung bersama Hali, Blaze, Solar dan Farhan. Oh, Ermin juga.

Gempa: ...apa yang diorang bawa tu?

Ais: ...barang. Gempa dah ada air wuduk?

Gempa menggangguk menjawab pertanyaan Ais. Ais hanya tersenyum kelat sebelum dia mengajak Gempa untuk masuk ke dalam kawasan perkuburan tersebut.
.
.
.
Gempa: Ais...apa benda tu? Orang ke?

Ais memandang Gempa yang sedang menunjuk ke arah sebuah jasad yang sudah dikafankan dan sedang ditanam oleh orang-orang kampung. Ais merenung iris gold Gempa.

"Aku tahu kau tahu apa itu Gem...cuma diri kau tidak dapat percaya apa yang berlaku. Lihatlah iris kau Gempa. Sayu..."

Thorn: Gemgem, Thorn harap Gemgem tabah ya?

Gempa: Kenapa pula...?

Dan Thorn hanya memeluk Gempa erat. Membuatkan yang dipeluk kehairanan.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now