25

2.7K 538 215
                                    

Oksijeon • jjk

Oksijeon • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Ada kejutan di akhir bab. Hihihi.
----

Taktik godaan fasa pertama berjaya digagalkan oleh Minji. Jungkook beralih pula kepada taktik merajuk persis anak kecil.

Dia melahap kek itu tanpa mempedulikan renungan tajam isterinya. Tubuhnya melekat di tepi peti sejuk seperti belangkas. Wajah comot, baju sudah tertanggal, serta bunyi esakan tangis kecil.

Tenang,  Minji. Dugaan semua ini. Oksijeon tarak guna ini sengaja nak kasi dia kecundang dengan mudah.

"Saya sayang oksijeon saya. Minji kena garang sebab dia n-nakal."lafaz jujur Minji melajukan rentak jantung Jungkook.

Setapak Jungkook merangkak ke arah Minji, tubuh Minji berundur laju ke belakang. Gugur iman wanita itu saat matanya tertancap pada bibir nipis Jungkook.

"Aku sayang Minji."

Minji curi pandang iris mata merah lelaki itu. Walaupun sekejap, tak sampai dua saat, jantungnya mengepam darah begitu pantas.

Mahu meletup juga jantungnya pada saat genting itu.

"N-nak manja. Tapi, takde sapa nak layan aku."

Bau manis krim kek lobak merah itu menggoyahkan pendirian Minji. Dia pejam mata rapat-rapat. Diusap perlahan juntaian anak rambut milik suaminya.

"Kook, saya tak ada masa nak urus manja awak ni. Cukuplah setakat ni."

Jungkook biarkan dahi dia dan Minji bersentuhan. Asalkan Minji beri secebis perhatian, hatinya pasti akan terubat jua.

"Min Ji, look at me."

Telapak tangan Minji diletakkan di atas dada bidangnya.

"Please, aku mahu kau."

Jungkook tersenyum kecil. Wajah cantik wanita itu ditenungnya lama sebelum telapak tangan Minji mula ditarik turun ke bawah.

Sedikit demi sedikit. Jauh meninggalkan kawasan dada bidangnya.

"Kalau kau cinta aku, put your trust on me and let me show you the real love. "

Kelopak matanya terbuka luas. Pandangan mata mereka bertaut lama.

"J-jungkook."

Larangan Namjoon melayang begitu sahaja. Minji kesal kerana dirinya begitu mudah tunduk kepada lelaki itu.

"Thank you love."bisik Jungkook seraya membenamkan bibirnya di leher wanita itu.

Rangkulan lengan Minji di leher Jungkook bertambah kuat. Helaan nafas kuat ditemani pula dengan titisan bau darah yang menjadi santapan syaitan itu.

Kepala Minji mendarat jatuh di bahu suaminya. Manakala, Jungkook rakus melahap saki-baki darah yang meleleh keluar dari luka gigitannya.

"Syaitan seperti aku tak akan pernah berubah,  Minji. Menderita bersama aku atau tamatkan riwayat aku. Tiada happy ending untuk kisah cinta kita berdua."

Bunyi sedas tembakan menjadi penamat perbuatan kejam Jungkook. Kelopak mata Minji yang separuh terbuka itu mengalirkan air mata.

Bunyi cemas suara Namjoon tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Bersama linangan air mata, jemari runcingnya mengelus kelopak mata Jungkook yang sudah terpejam rapat.

Wajah kacak suaminya berubah pucat. Cecair pekat berwarna merah mengalir keluar dari celah bibir Jungkook.

"J-jungkook, bangun. J-jangan takutkan saya."

Malangnya, ayat tersebut langsung tidak mendapat sebarang respons daripada Jungkook. Iris berwarna merah itu mulai lenyap perlahan-lahan sebelum warna tersebut bertukar kepada warna perang.

Tubuh Minji yang lemah diangkat oleh Namjoon. Suara sahabat baiknya membisikkan sesuatu hakikat yang memedihkan.

Kesakitan yang ditanggung tiada kesannya berbanding berita sedih yang dituturkan oleh mulut Namjoon sendiri.

"M-minji, aku harap kau tabah. Oxyjeon kau dah tiada. He's gone."



-tbc-

A/N:

Namjoon, apa kau sudah buat? 😱

Stay tuned tomorrow for another update before tamat 'Oxyjeon'.

Hehehe korang jangan risau. Pengakhirannya akan baik-baik sahaja.💜

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now