Bab 1

4.5K 361 165
                                    

"EHEM."

Ariana yang sedang ralit melihat siaran instagram pada skrin telefonnya serta-merta mengalihkan pandangan ke arah pintu.

Kelibat seorang lelaki yang sedang mengambil tempat di salah sebuah kerusi berhampiran, diperhati saja dengan ekor mata. Habis berkerut dahinya tatkala melihat wajah lelaki tersebut.

Boleh tahan handsome la juga orangnya. Bertubuh tinggi lampai, berkulit sawo matang dan saiz badannya pun tak terlalu kurus dan tak terlalu gemuk. Kira okeylah daripada classmate lelakinya yang lain. Muka macam nak pecah rumah orang.

          "Budak baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Ariana mula membuka kata. Saja nak kenal-kenal.

Naim yang sedang fokus melihat sekeliling kelas serta-merta tersentak. Terus mata Ariana itu direnung tajam.

          "Tak la. Aku dah lama hidup dekat muka bumi ni. Lebih kurang... 15 tahun, 6 bulan, 4 minggu, 15 hari..."

          "Eh... cop, cop, cop! Tak boleh jawab elok-elok eh?" Laju Ariana memotong. Bengang betul dia bila diberi jawapan yang sebegitu panjang macam tu.

          "Boleh. Tapi, make sure janganlah tanya soalan bodoh macam tu," perli Naim dengan pedas. Sekeliling kelas 4 Zamrud itu diteliti lagi.

Dada Ariana sudah turun naik menahan geram tatkala mendengar perlian tersebut. Namun, sedaya upaya perasaan itu dikawal. Satu senyuman manis masih lagi cuba dipamerkan buat jejaka itu.

          "Kau ni asal dari mana?" soal Ariana lagi. Masih cuba untuk berbaik.

          Naim membuat gaya berfikir, "Dari mana eh? Oh hah... aku asal daripada tanah, di tanah jugalah aku kembali dan di tanah jugalah aku berbakti." Selamba badak saja dia menjawab lalu tersenyum sinis.

Ariana sudah mengetap bibirnya kuat. Macam nak lempang je budak baru tu. Tapi, sedaya-upaya dia cuba bertenang. Kata-kata tersebut hanya diiyakan saja. Malas nak cari gaduh.

          Ariana tarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan lagi kata-katanya, "Nama aku Ariana. Kau?"

          "Grande."

          "Hmm. Malaslah aku nak layan kau. Baik aku usyar ig lagi bagus. Tak ada la menyakitkan hati aku," bebel Ariana seorang diri sambil mencapai telefon pintarnya kembali. Pandangannya kembali menghadap ke arah telefon kesayangannya. Dia dah fed up dengan mamat tu.

Setelah itu, keadaan antara mereka berdua mulai senyap.

Tidak lama kemudian, barulah kelibat satu persatu rakan sekelas Ariana mula muncul di muka pintu diikuti dengan bakal guru kelasnya pada tahun hadapan, Cikgu Saloma.

          "Awak Ahmad Naim, kan?"

          "Ya, cikgu," jawab Naim dengan sopan.

Ariana yang hanya memasang telinga sudah membuat muka menyampah. Baru dia tahu nama sebenar mamat tu. Nama je sedap, tapi loyar buruknya tu nauzubillah. Hmm.

Beberapa minit selepas itu, maka sesi pendaftaran untuk sesi 2019 pun bermula.

𖧷 𖧷 𖧷

JAM tangan G-Shock di pergelangan tangan dilihat sekilas. Baru pukul 6.45 pagi. Sempat lagi Ariana nak tidur sementara tunggu perhimpunan. Kenapalah dia keluar dorm awal sangat tadi. Haih. Kemudian, terus kelas 4 Zamrud ditujunya.

Sampai saja Ariana di kelas itu, dia lantas melangkah ke arah meja paling belakang. Port kesukaan dia. Senang sikit nak tidur. Lagipun, dia suka view dari situ. Senang nak nampak orang ngences, korek hidung dan macam-macamlah.

Tapi, serta-merta dahi Ariana berkerut tatkala melihat Naim sedang elok landing kepala atas mejanya. Namun, dia hanya biarkan dan duduk saja di sebelah Naim. Apa yang penting sekarang, dia nak tidur.

Beberapa minit selepas itu, Ariana mula masuk ke alam mimpi dengan nyenyaknya.

          "Excited weh nak belajar harini."

          "Tulah. First day sekolah la katakan."

Ariana mula terjaga apabila dia terdengar sayup-sayup perbualan antara rakan sekelasnya. Seterusnya, jam tangan dilihat. 7.15 pagi. Ada lagi 15 minit sebelum perhimpunan bermula. Belakang kepala Naim itu diperhati sekejap sebelum mula menutup mata kembali. Hmm... nyenyak betul dia tidur.

Apabila sudah berkali-kali cubaan Ariana untuk tidur gagal, dia mula membuka mata perlahan-lahan. Fed up nak tidur balik. Bising sangat. Setelah mata berjaya dibuka sepenuhnya, Ariana terkejut apabila Naim sudah berpaling muka menghadapnya.

          "Arghhh!" jerit Ariana sekuat hati sambil mengangkat mukanya dari permukaan meja.

Terus meluas mata Naim saat terdengar jeritan itu. Serta-merta dia duduk tegak.

          "Hoi! Kau ni dah kenapa? Terjerit-jerit macam orang kena sawan. Dah biul ke?" marah Naim dengan kasar. Mukanya serius memandang Ariana.

          "Kau tu hah! Siapa suruh paling muka menghadap aku. Buat aku terkejut tahu tak." Ariana silangkan tangan ke dada.

          "Eh! Eh! Siapa suruh kau duduk sebelah aku?"

          "Dah meja yang kau buat landing kepala tu meja aku. Suka hati akulah!" balas Ariana lagi. Tidak mahu mengalah.

          "Meja ni hak kau ke? Tak, kan? So, bukan kau sorang je boleh duduk sini." Penuh sinis Naim membalas.

Ariana terdiam. Giginya diketap rapat. Geram plus menyampah. Kemudian, lantas dia bangun dari duduk. Kerusi yang sudah jatuh kebelakang pun hanya diabaikan.

          "Okey fine! Kau duduklah situ puas-puas," ujar Ariana sambil menggalas beg sekolahnya. Rakan-rakan sekelasnya yang sibuk memerhati dijeling dahulu sebelum beredar ke tapak perhimpunan. Buat sakit hati je dia duduk sini.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now