26

2.4K 548 124
                                    

Oxyjeon • jjk

A/N:Hope you gais like this chapter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:
Hope you gais like this chapter. ❤


Saya cuba usaha untuk update lebih hari ni. 💕

---------

Tiga Bulan Berlalu

"Minji, cepat bangun. Dia dah sedar."

Suara garau Namjoon menyedarkan aku daripada tidur yang lena. Aku segera bangun lalu langkah kaki sahabat baikku itu dituruti tanpa banyak soal.

Setelah penat bersengkang mata saban hari demi Jungkook, penantianku membuahkan hasil. Akhirnya, suamiku sedar dari koma.

Kesan tembakan itu memberi kesan besar kepada Jungkook. Satu perkara yang membuatkan aku cukup lega adalah Oxyjeon sudah lenyap. Sekarang, hanya satu suara hati yang mencetuskan kegelisahan aku.

Jika Oxyjeon dihapuskan, apa lagi yang wujud pada diri Jungkook?

Usai pintu dikuak boleh Namjoon, seorang doktor dan beberapa orang jururawat sedang sibuk mengerumuni jasad suamiku itu.

Dr Seongwoo menghampiri kami berdua. Jelas senyuman kecil tersungging di hujung bibir doktor muda itu.

"Saya sahkan keadaan Encik Jeon makin stabil. Dia seratus peratus sedar dari koma. Cuma, ada kemungkinan emosi dan ingatannya sedikit terjejas. Don't worry, he will be fine later. "ujar Dr Seongwoo.

Pandangan mata aku bertembung dengan si dia. Jungkook mengekalkan riak wajah kosong sambil menetapkan fokus pandangan ke luar tingkap.

"J-jungkook, rindu saya tak?"

Jungkook tetap membisukan diri. Cecair jernih perlahan-lahan mengalir keluar dari tubir matanya.

Aku tidak betah duduk diam. Perubahan sikap Jungkook merentap seluruh perasaanku ketika itu.

--------

Jungkook merengus kasar tika jemari Minji mengusap sisi kanan pipinya. Dia sendiri hairan dengan kadar denyutan jantungnya.

Setiap kali insan bernama Minji itu menyentuh kulitnya, dia boleh katakan jantungnya seperti mahu meletup.

Kuat betul penangan sentuhan berbisa wanita asing di hadapannya ini.

Siapa wanita cantik ini? Baru masuk bilik wad aje, terus nak sentuh-sentuh bagai?

"Please,  stop it. Aku tak kenal kau tapi kau buat hati aku makin terseksa. Just go away from here."

Namjoon yang bertindak sebagai pemerhati tersenyum penuh makna. Bahu Minji dirangkulnya mesra seraya bisikan halus dititipkan khas buat sahabatnya.

"Minji, suami kau bukan sama seperti dahulu lagi. Ingatan dia, segalanya tentang kau terhapus sejak aku rantai roh jahat tu. Aku janji Oxyjeon takkan kembali selagi kau tak seru dia. Jaga dia elok-elok. Cipta memori baru untuk dia."

Hati Minji diselubungi kesedihan teramat sangat apabila bait-bait kata Namjoon bakal memberi kesan kepada hubungan mereka berdua.

"Sekarang, tugas aku dah selesai. Kau jaga Jungkook. Dia takkan beri sebarang ancaman kepada kau lagi."

Selepas pemergian Namjoon, Minji tidak berani mengganggu susuk tubuh yang sedang berselimut itu. Jungkook yang baru ini terlalu sensitif.

Emosi suaminya juga tidak stabil kerana telinga Minji menangkap bunyi tangisan kecil Jeon Jungkook.

"J-jungkook, saya tak suka lihat awak menangis. Jebal, senyum sedikit untuk isteri awak ni."

Jungkook menekup kedua-dua telinganya sambil memandangku dengan pandangan sayu.

Jika aku tahu ini kesannya setelah roh jahat kau dirantai, aku lebih rela hidup bersama Oxyjeon.

Kau nangis. Hati aku bertambah sakit Jungkook.

"T-tak boleh. Aku tak faham dengan diri aku. Pandang wajah kau boleh buat aku menangis, hati aku macam kena robek. Sakit sangat. Siapa aku sebelum ni,  M-minji?"desak Jungkook.

Lidah aku mati kata-kata. Kesengsaraan Jungkook menimbulkan satu perasaan serba salah. Jika aku jujur, aku binasa.

Kalau aku berdegil untuk tegakkan penipuan ini, jiwa dan perasaan Jungkook akan terseksa.

-tbc-

A/N:

Hehehehehe

Camne bab ini?

Korang rasa apa Minji akan buat?

🙈

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now