27

2.8K 583 185
                                    

Oxyjeon • jjk

Oxyjeon • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Update kedua. ❤

Do votes, do komen.

--------

"Appa dah sihat. Kami rindu. Kenapa tinggal kami bertiga lama sangat?"rengek kedua-dua anak lelaki kami berdua.

Jungkook mendepakan tangan lalu dipeluknya erat dua kanak-kanak comel dan lincah itu. Syukur, suamiku menghormati permintaanku untuk berkelakuan normal di hadapan anak-anak.

Sedangkan hubungan antara aku dan dia semakin keruh dan tegang. Iris mata perangnya itu mengisyaratkan agar aku membawa Jung Min dan Min Woo ke bilik.

"Korang pergi tidur. Dah lewat ni. Appa dan eomma nak rehat dulu."ujar Jungkook dalam nada perlahan dan mendatar.

Setelah dia yakin anak-anak sudah beredar ke bilik tidur, riak wajah gembira segera ditanggal. Kemudian, Jungkook ganti pula dengan tatapan mata yang tajam.

Telapak tangannya menepis pautan lenganku di bahunya. Bunyi decitan halus menandakan dia kurang gemar berduaan denganku pada malam itu.

"Siapkan air mandian aku. Aku nak makan kejap. Kejap lagi aku naik atas nak mandi. Boleh?"soal Jungkook sambil menatap sepasang anak mata milik Minji.

Jungkook segera beredar ke dapur supaya dirinya dapat ditenangkan buat sementara waktu. Walaupun beberapa minit dia berduaan dengan wanita itu, lihatlah keadaan dia sekarang.

Air mata meleleh lagi. Dia kesat dengan mimik wajah keliru. Pantulan wajahnya di tingkap dapur menggusarkan hati lelakinya.

"Siapa aku sebenarnya? Aku tahu Minji ada sorokkan sesuatu. Aku pejam mata sekalipun, tetap jiwa aku tak tenang. A-aku buntu ya tuhan."

Pisau memotong sayur itu menjentik perasaan ingin tahu. Jungkook mencapainya lalu dia merenung lama bilah pisau yang tajam itu.

Seperti magnet, telapak tangannya meramas kuat sehingga cecair pekat berwarna merah mengalir keluar dari luka pada telapak tangannya.

"Aku suka semua ni?"luahnya bersendirian. Sebelah tangannya memaut hujung sinki dapur apabila sendi-sendi tubuhnya menjadi lembik.

Cahaya bulan yang menyinari malam itu menarik perhatian Jungkook. Lelaki itu melemparkan pisau tersebut ke dalam sinki. Sudut hujung bibirnya naik sedikit.

Sekali lagi, dia perhatikan imbasan wajahnya di tingkap dapur.

Iris matanya bertukar merah sebelum kembali menjadi warna asal iaitu warna perang semula.

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now